NASI BUKHARI

Friday, December 25, 2009

Bahan-bahan:

Ayam
Rempah Bukhari
Susu cair
Soso cili
Halia
Bawang besar
Bunga cengkih
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Beras

Cara-cara:

AYAM

1.Mesin/tumbuk bawang dan halia
2.Tumiskan bersama bunga cengkih+bunga lawang+kulit kayu manis
3.Masukkan rempah + susu cair + cili soso (kacau smpai masak rempah)
4.Tambah perisa (garam+gula+aji)
5.Asingkan sedikit kuah (untuk nasi)
5.Masukkan ayam (yang dh di goreng)

NASI

1. Tumis bawang + halia
2. Masukkan susu cair + air + kuah ayam
3. Masukkan beras

MENGHITUNG HARI

Friday, November 13, 2009



Salam sume..saja nk tenangkan diri dlm kesibukan berjuang nk menyiapkan thesis (tengah wat thesis kt libry.(",))..rasa cm xpercaya dengan apa yg sudah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku...dlm masa 1 bulan,banyak benda yang perlu di settlekan...terpaksa menjadi terlalu rajin dan menjadikan libry sbgai rumah kedua..tapi seronok sebenarnya kehidupan sebegini...lumrah manusia, apabila ada perkara yang mendesak, kita akan berubah mengikut desakan..apabila keadaan memerlukan kita bekerja keras, walaupun perkara 2 kita xsuka, kita sanggup tinggalkan perkara yang kita suka demi memenuhi tuntutan tadi. " tidak sume perkara yang kamu sukai adalah terbaik buatmu, tidak sume perkara yg kamu xsuka tidak baik buatmu"..sesungguhnya hanya pencipta terbaik, tahu apa yg terbaik untuk hambaNYA.


Tidak dapat dinafikan, setiap orang kemampuannya berbeza, daya tahannya berbeza, minatnya berbeza, pemikirannya juga berbaza, caranya mengatasi atau mengharungi sesuatu perkara juga berbeza..kesimpulannya, setiap orang ada cara tersendiri dan cukup berbeza. Oleh itu, kita perlu menerima setiap cara itu seadanya dengan hati yang terbuka demi memastikan kemaslahatan bersama dan demi mengelakkan pertelingkahan, perselisihan, bruk sangka, mengumpat dan seangkatan dengannya. (apa yg ak bebel ni..(",))


Berat sungguh hati ini bila mengenangkan 2 minggu ja lagi dah nak tiggalkan Nilai tercinta..terlalu banyak kenangan, suka duka, perit getir, mehnah tribulasi yang sudah dilalui di Usim..pengalaman yang terlalu berharga dan memang xdapat dijual beli..terlalu indah..berjumpa dengaan pelbagai ragam dan jenis makhluk ciptaan Tuhan..pelbagai ujian yang sedikit2 mematangkan diri, bermula dengan masuk sebagai student FST, jadi MPP, join SPMM dan akhirnya akan meninggalkan Usim demi menimba pengalaman di luar campus selama 1 sem.


18 Nov 09 - Hantar final draf

- Bengkel LI


19 N ov 09 - Perjumpaan ngan Prof K (external examiner)


20 N OV 09 - Present thesis


22- 25 nov 09 - Konvensyen Pendakwah Muda Malaysia Peringkat Kebangsaan 2009 (WEHDAH 09)

27 & 28 Nov 09 - Hari Raya Haji (raya kt Nilai la jwbnya..)


< 30 Nov 09 - Hantar thesis!!!!! (hardcover)


1 Dis 09 - LI kt Tabung Haji, Alor Star


* Di kesempatan ni, nk minta maaf kt sume yg pernah mengenali diri ini ,yang pernah bekerjasama secara direct or indirect..xlupa gak kpd adk2 yg selalu kena buli dan selalu kna bebel ngn akak (e.g:sa'dah)..kutiplah mutiara, tinggalkan kaca..mungkin mutiara yg akak tgglkn msh malap, gilaplah...mg allah permudahkan urusan kita sume..wallahua'lam.(",)

WEHDAH' 09

Saturday, November 7, 2009


Salam imtihan kepada semua tenaga gerak kerja WEHDAH09. Tidak juga dilupakan kepada semua IPT yang turut bergelumang dengan musim peperiksaan. Moga kejayaan milik kita bersama. InsyaAllah. Sepohon kemaafan dari pihak jawatankuasa WEHDAH09 atas kekangan masa untuk mengupdate informasi terkini. InsyaAllah buat kalian yang sering berkunjung ke blog ini, kami akan cuba sedaya upaya untuk memberikan intipati yang terbaik buat anda!



PENGISIAN UTAMA DI DALAM KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN (WEHDAH’09)

TARIKH : 23-25 NOVEMBER 2009

TEMPAT : KAMPUS USIM




TARIKH : 23 NOVEMBER 2009

MASA: 9.00 PAGI
SLOT : UCAPTAMA WEHDAH'09
TEMPAT : DKP 3 & 4
OLEH : DR. MOHD FARID B.MOHD SHAHRAN (TIMBALAN DEKAN, FAKULTI ILMU PENGETAHUAN BERTERASKAN WAHYU UIAM)

MASA: 11.00 PAGI
SLOT : WACANA 1
TEMA : SIKAP SOSIAL
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA :
1. KESEDARAN BERDAKWAH
2. CABARAN : MEHNAH & TRIBULASI BERDAKWAH
3. PERSIAPAN PARA PENDAKWAH MUDA

PEMBENTANG DI DKP3 :
1. DR. KAMIL IBRAHIM - PENGARAH KAMPUS UITM SEGAMAT
2. DR. AMINI AMIR – PENSYARAH UPM
3. IR. DR. MUHAMAD FUAD – TIMBALAN PRESIDEN MACMA

PEMBENTANG DI DKP4 :
1. UST. KAMARUL ZAMAN NOOR MOHAMED
2. PN. ROSMAWATI ZAINAL
3. UST. ANN WAN SENG

MASA : 2.30 PETANG
SLOT : WACANA 2
TEMA : STRATEGI DAKWAH
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA :
1. RASULULLAH SEBAGAI SURI TELADAN : MANHAJ & STRATEGI DAKWAH RASULULLAH
2. DAKWAH KONTEMPORARI / DAKWAH BIL HAL
3. KESATUAN DALAM USAHA GERAKAN

PEMBENTANG DI DKP3 :
1. UST. ABDUL NASIR ABDUL WAHAB
2. UST. PAHROL MOHAMAD JUOI
3. DR. MOHAMAD RUSHDAN JAILANI

PEMBENTANG DI DKP4
1. UST. ZAKARIA OTHMAN
2. SDR. MOHD FAIZAL MUSA (FAISAL TEHRANI)
3. UST. NIK MOHD NIZAM NASIR

MASA: 8.30 MALAM
SLOT : FORUM
TAJUK : GENERASI MUDA MENJANA TRANSFORMASI UMMAH
TEMPAT : DKP 3 & 4
AHLI PANEL :
1. DATO’ HAJI MOHD NAKHAIE AHMAD
2. DR. HARLINA HJ.SIRAJ
3. UST. HARIRI DAUD


TARIKH : 24 NOVEMBER 2009

MASA : 9.00 PAGI
SLOT : ESQ PREVIEW TRAINING
TEMPAT : DKP 3 & 4

MASA : 11.00 PAGI
SLOT : BENGKEL 1 (DISKUSI TOPIK WACANA 1 & 2)
TEMPAT : BILIK TUTORIAL & BILIK KULIYAH SEDERHANA FAKULTI SYARIAH UNDANG-UNDANG

MASA : 2.30 PETANG
SLOT : BENGKEL 2 (PEMBENTANGAN TOPIK WACANA 1 & 2)
TEMPAT : DEWAN KULIYAH SEDERHANA FSU

MASA : 5.00 PETANG
SLOT : MESYUARAT PERWAKILAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR [PENUBUHAN URUSETIA SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA (SPMM)]
TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA FAKULTI KEPIMPINAN & PENGURUSAN

MASA : 8.30 MALAM
SLOT : PERKONGSIAN AKTIVITI DAKWAH & RESOLUSI
TAJUK : PERKONGSIAN DAKWAH KAMPUS
TEMPAT : DKP 3 & 4


TARIKH : 25 NOVEMBER 2009

MASA : 8.30 PAGI
SLOT : RUMUSAN / PEMBENTANGAN RESOLUSI KESELURUHAN WEHDAH’09
TEMPAT : DKP 3 & 4

MASA : 9.00 PAGI
SLOT : WACANA KHAS
TAJUK : CABARAN MISSIONARY KRISTIAN DI MALAYSIA
PENCERAMAH : BRO. SHAHKIRIT KALKULAL GOVINDJI

MASA : 11.00 PAGI
SLOT : MAJLIS PERASMIAN PENUTUP WEHDAH'09
OLEH : YB MENTERI PENGAJIAN TINGGI



TENTATIF PROGRAM KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN (WEHDAH’09)

MASA : 22-25 NOVEMBER 2009 (AHAD-RABU)

ANJURAN SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA (SPMM)
&
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPTM)


22 NOVEMBER 09 (AHAD)
12.00-6.30 PTG - KETIBAAN PARA PESERTA WEHDAH’09 & PENDAFTARAN (SUTERA & ACACIA)
6.30-8.00 MLM - MALAM MAKAN MALAM
8.00 - 12.00 MLM -TAKLIMAT URUSETIA & PESERTA WEHDAH’09 (DKP3 & DKP4)


23 NOVEMBER 09 (ISNIN)
6.00-7.00 PG - PERSIAPAN KENDIRI
7.00-8.00 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS USIM (DKP3 & 4)
8.00-9.00 PG - SARAPAN PAGI
9.00-11.00 PG - UCAPTAMA WEHDAH’09 (DKP3)
11.00-1.00 TGHRI - WACANA 1 (DKP3 & DKP4)
1.00-2.00 PTG -MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZUHUR
2.30-4.30 PTG - WACANA 2(DKP3&4)
4.30-5.00 PTG - MINUM PTG & SOLAT ASAR
5.00-6.30 PTG - REHAT
6.30-8.00 MLM - MAKAN MALAM
8.00-11.00 MLM - FORUM WEHDAH’09 (DKP3 & DKP4)
11..00-12.00 MLM - REHAT

24 NOVEMBER 09 (SELASA)
6.00-7.00 PG - PERSIAPAN KENDIRI
7.00-8.00 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS USIM (DKP3 & 4)
8.00-9.00 PG - SARAPAN PAGI
9.00-11.00 PG - ESQ PREVIEW TRAINING (DKP3&4)
11.00-1.00 PTG - BENGKEL 1 (BTS & BKS FSU)
1.00-2.30 PTG - MAKAN TENGAHARI & SOLAT ASAR
2.30-4.30 PTG - BENGKEL 2 (DKS FSU)
4.30 - 5.00 PTG - MINUM PETANG & SOLAT ASAR
5.00-6.30 - SIDANG SPMM (FKP)
6.30-8.00 MLM - MAKAN MALAM
8.00-11.00 MLM- PERKONGSIAN AKTIVITI DAKWAH DI KAMPUS & RESOLUSI (DKP3 & DKP4)
11.00-12.00 MLM - REHAT

25 NOVEMBER 09 (RABU)
6.00-7.00 PG - PERSIAPAN KENDIRI
7.00-8.00 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS USIM (DKP3 & 4)
8.00-9.00 PG - SARAPAN PAGI
9.00-11.00 PG -RESOLUSI & WACANA KHAS (DKP3 & 4)
11.00-1.00 PTG - MAJLIS PERASMIAN PENUTUP WEHDAH’09 (DKP3)
1.00-2.30 PTG - MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZOHOR
2.30 PTG - BERSURAI (SALAM WEHDAH'09!)


* Tertakluk kepada perubahan & pindaan dari semasa ke semasa.

PETUNJUK :

TEMPAT PENGINAPAN PESERTA : KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH & ACACIA AVENUE

DKP 3 & 4 : DEWAN KULIYAH PUSAT 3 & 4

BTS & BKS FSU : BILIK TUTORIAL & BILIK KULIYAH SEDERHANA FAKULTI SYARIAH & UNDANG-UNDANG

FKP : BILIK MESYUARAT UTAMA FAKULTI KEPIMPINAN & PENGURUSAN

Untuk penyertaan sila hubungi : Izwan (013-323 3780) @ Mira (013-334 6542)


UPDATE TERKINI : SETIAUSAHA WEHDAH'09

RAHMAT UJIAN

Wednesday, October 28, 2009

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit luka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu


Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai pelbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelas membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

HILANG LAGI..

Monday, October 19, 2009

Salam sume...ku cuba bermuhasabah,adakah ini dugaan? ujian? peringatan ?amaran?teguran?musibah?rahmat atau nikmat? ku sangkakan panas sampai ke petang, rupa2nya hujan di tengah hari...ku harapkan pisang xberbuah dua kali, rupa2nya pisang berbuah berkali2... Di bulan Ramadhan yg lepas,laptopku rosak..smpai skrg xciap2 lg..Di bulan syawwal yg indah ini, nsetku hilang lg..Sdh berhari2 hidupku tanpa nset..disebalik dugaan ini,terselit hikmahnya..ketenangan yg ku kejar, sedikit demi sedikit mula menjengah..tp terlalu sdkt..ku perlukan lbh dr itu Ya Rabbi..Ya Allah,bantulah hambaMu yg hina ini..TanpaMu siapalah aku..Aku kian lemah!!!!!..

" jangan menyerah sebelum berjuang"..kata2 yg selalu kuungkapkan untuk memotivasikan diri sendiri..namun dugaan dan cabaran sepanjang sem ini terlalu hebat bg ku..satu persatu silih berganti..walaupn ku sedar...dugaan dan cabaran yg dilalui kekasih allah jauh lebih dhsyt..tp,ak hanya insan hina yg lemah..ku perlukan bimbingan dan inayahMu ya Rabbi...tabahkanlah hati hambaMu..tp,ingatlah wahai diriku..jgn berputus asa dgn nikmat Allah.."mana milik kita?tidak ada milik kita...sume allah yang punya..."


#kepada shbat2 n kwn2 n sesiapa shj yg ada menghubungi atau msj sejak ari khamis yg lalu...seinfiniti kemaafan dipohon kerana nset xdpt dknl pst lokasinya..stkt ni msh on, menandakan msh blm ada org menjumpainya..tlg doakn agr nset dpt dijumpai smla..wallahua'lam..(",)

Fajr Capital Labur Sektor Kewangan di Negara Islam

Wednesday, October 7, 2009

Oleh Azli Ayob
azliayob@bharian.com.my

FAJR Capital Ltd, firma pelaburan Islam yang turut dimiliki Khazanah Nasional Bhd dilancarkan semalam dengan tumpuan pelaburannya dalam bidang perkhidmatan kewa-ngan di negara Islam serta bidang pertumbuhan baru yang berkaitan.

Khazanah melabur AS$150 juta (RM525 juta) bagi 25 peratus ekuiti dalam firma pelaburan yang mempunyai modal awal AS$600 juta (RM2.058 bilion) itu.

Pemegang saham lain dalam firma pelaburan berkenaan ialah Agensi Pelaburan Brunei, Majlis Pelaburan Abu Dhabi dan sebuah syarikat persendirian dari Arab Saudi, Masic yang dimiliki Al Subeaei Group.

Fajr Capital dalam kenyataannya berkata, firma pelaburan itu yang beribu pejabat di Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai dan mempunyai pejabat di Kuala Lumpur serta London akan bertindak sebagai pelabur yang bertanggungjawab dan komited dalam aspek pembangunan masyarakat tempat di mana ia melabur.

“Bagi tujuan itu, Fajr Capital telah melantik penyelia syariah bebas bagi memastikan ia beroperasi sejajar prinsip undang-undang serta etika Islam,” katanya.

Mengulas pembabitan Khazanah dalam Fajr Capital, Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar dalam kenyataannya berkata, ia bermatlamat menyediakan hubungan lebih erat antara Malaysia dengan negara Islam utama, menyediakan asas bagi kerjasama ekonomi lebih kukuh dan menyokong aspirasi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC).

Katanya, ia juga sejajar dengan komitmen Malaysia terhadap perkhidmatan kewangan Islam.

“Perkongsian ini melambangkan hubungan semakin erat antara Malaysia dan Asia Barat serta dunia Islam secara keseluruhannya yang menjadi sumber modal penting dan suatu pasaran yang menarik di mana kita mungkin melabur,” katanya yang juga seorang pengarah Fajr Capital.

Fajr dalam kenyataannya berkata, Pengerusi Organisasi Perakaunan dan Pengauditan untuk Institusi Kewangan Islam (AAOIFI), Sheikh Ebrahim Khalifa Al-Khalifa yang juga berpengalaman dalam industri perkhidmatan kewangan Islam dilantik sebagai pengerusinya.

Katanya, beliau akan dibantu kumpulan pengurusan yang juga terdiri daripada individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang perkhidmatan kewangan Islam diketuai bekas pengasas dan Ketua Eksekutif HSBC Amanah, Iqbal Khan, sebagai ketua eksekutif.

Eksekutif kanannya yang lain termasuk beberapa pakar bidang perkhidmatan kewangan yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang itu dan pernah bekerja di bank terkemuka dunia seperti di HSBC, Citigroup, Bank Islam Malaysia Bhd dan institusi terkemuka lain.

Firma pelaburan itu turut menegaskan bahawa profil pemegang sahamnya yang terdiri daripada institusi pelaburan terkemuka serantau akan memberikan kelebihan kepadanya untuk bersaing.

THESIS!!!!!!!!!!

Saturday, October 3, 2009


Salam sume..xtau nk tulis apa sebenarnya, juz nk kongsi beberapa perkara berkaitan thesis yang akan saya cuba ciapkan dalam masa sebulan..huhu..doa2 r bg sempat..(",)

Memang tak dapat dinafikan, terlalu banyak cabaran dan dugaan dalam nak memulakan perjuangan menghasilkan thesis ni..pembacaan yang luas , commitment dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan . Kadang-kadang, rasa xmau lalui sem ni..xmau wat thesis....klu ada U sendiri, boleh kot cam2..(",)..Tapi, setiap kesusahan pasti akan disusuli kesenangan or hikmah. Walaupun terpaksa memaksa diri untuk membaca pelbagai journal, buku dan bahan bacaan lain, terbukti, melalui pembacaan yang luas, kita akan mengetahui banyak perkara baru. Keadaan ini bertepatan dengan ayat Allah s.w.t dalam surah pertama yang diwahyukan kepada baginda tercinta, Rasulallah SAW yang menyeru supaya kita sentiasa membaca.

Berdasarkan resolutions of the securities commission shariah advisory council:

"At its 13th meeting on 19 M arch 1998, the SAC resolved that the mechanism for stock index futures contracts does not contradict Shariah principles. Therefore, stock index trading is allowed as long as it is Shariah compliant, and this is done by ensuring that the index component is made up of Shariah compliant securities."

"There are two types of financial futures contracts in the futures industry in Malaysia. These are the Kuala Lumpur Composite Index (KLCI) futures contracts and KLIBOR futures contracts which are traded on Bursa Malaysia Derivative Bhd. The SAC decided that both of these contracts are not permissible by Shariah. This is because the KLCI futures contract is based on the underlying index where most of its components are securities of companies that have not been approved by the SAC. On the other hand, the KLIBOR futures contract is based on interest rates and hence, contains the element of riba."

"Nevertheless, it is important to discuss the extent to which the stock index mechanism is permissible according to Shariah in the context of risk management. Added to this was the launch of the Shariah Index by Bursa Malaysia. It functions as a benchmark for the performance of Shariah compliant securities. The increase in the Shariah Index depicts an increase inthe share prices in this sector and vice-versa."

Dalam masa berbaki xsampai 2bulan , diri ini masih tercari2 cara yang bagaimana untukku mewaqafkan diriku kepada agamaku yang tercinta selepas keluar dari USIM nanti. Tapi bila tengok fakta di atas, memang terbukti...Memang Malaysia masih dikuasai oleh conventional finance, conventional banking and conventional economics walaupun kita sering di war2kan bahawa Malaysia adalah negara ISLAM. Oleh itu, menjadi tanggungjawab yang besar untuk kita, mahasiswa/i Islam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang sebenar2nya termasuklah sistem ekonominya, yang berteraskan AL-Quran dan As-Sunnah sepenuhnya, satu hari nanti insya'allah (",).

As a financial mathematics's student, saya sekali lagi terasa bagai baru terjaga dari tido yang indah selama ini apabila terbaca fakta ini :

" for islamic financial institutions, a financial engineering challenge is to introduce new shariah -compatible products to enhance liquidity in the market and to offer tools to manage risk and to diversify portfolios".

Bunyi macam senang kejanya, tapi berat telinga mendengar, berat lagi otak yang perlu berfikir..dalam nak memastikan sesuatu product baru dihasilkan, banyak faktor perlu di titikberatkan supaya selari dengan syariah dan kepentingan ummah.

Semoga kita semua yang bergelar mahasiswa dan generasi pewaris bangsa sentiasa amk ihtimam dan sedar bahawa amanah dan tanggungjawab kita cukup besar kerana kitalah yang bakal mencorakkan dan mewarnai Malaysia, negara tercinta..satu hari nanti..Oleh itu, kita perlu melakarinya dari sekarang.

Moral of the story:

* Leader is reader- sebagai pemimpin dan bakal pemimpin, perlu banyakkan membaca!!!

* Kuasai bidang ilmu masing2 -kita perlu bertanggungjawab kepada agama , bangsa dan negara!!

* Sentiasa berusaha memperlngkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran

Hakikatnya, pesanan diatas adalah untuk diri sendiri dan sahabat2 sume.."Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya tidak akan masuk kepada orang yang membuat maksiat"..dan sedarlah!!hanya Allah pemilik hakiki seantero ilmu....Oleh itu,bagi memastikan ilmu yang kita kejar benar2 diberkati, marilah sama2 kita sentiasa mendekatkan diri kepada pemilik ilmu dan sentiasa memastikan diri kita melakukan segala suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA.

# Kepada shabat2 yang tengah berjuang menyiapkan thesis masing2, mari sama2 kita ikhlaskan niat, berusaha semaximum mungkin, menggunakan masa yang ada seoptimum yang boleh dan don't give up disamping memohon kekuatan dan petunjuk dari pencipta..moga2 segala usaha kita diberkatiNYA.."Ya allah, permudahkanlah segala urusan hamba2mu.."..wallahua'alm.(",)

ACCOUNTING,ECONOMICS,FINANCE?

Thursday, October 1, 2009

  • Finance (kewangan) = 1 bidang yang mengandungi fakta, prinsip dan theory tentang pengumpulan dan penggunaan wang oleh individu, badan perniagaan dan badan kerajaan. Pada umumnya, bidang kewangan di anggap sebagai satu bidang fungsian khusus dalam pentadbiran perniagaan.
  • Hakikatnya, prinsip dan theory yang terdapat dalam bidang kewangan kebanyakan di pinjam dan di ubahsuai daripada bidang2 lain seperti bidang perakaunan dan bidang ekonomi. Sahubungan itu, bidang kewangan harus dibezakan daripada bidang perakaunan dan bidang ekonomi.
  • Accounting (perakaunan) = melibatkan aktiviti dan proses mengumpul, mencatat dan melaporkan maklumat perakaunan dengan tepat.
  • Finance (kewangan) = melibatkan aktiviti dan proses membuat keputusan berdasarkan maklumat perakaunan yang telah disediakan.

HIKMAH KEMBARA

Sunday, September 27, 2009

18 September : alhamdulillah,dpt balik kedah ngn bas free..terima kasih LG dan tv9


1 Syawal : mak, abah, abang dan anak2 menakan tersayang

3 Syawal : seronok sangat dapat dengar MB berucap..bersahaja tapi penuh hikmah

6 Syawal : sebelum balik dari Keluang, mak Yati sempat bawa kami p parit raja


On the way ke Muar..mula2 ingtkn simbolik apa..rupa2nya..tgn tengah pahat batu















CINTA AGUNG

Friday, September 11, 2009


Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rizkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan



Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

JIHAD NAFSU

Wednesday, September 2, 2009

Salam sume..
Berdasarkan nas-nas al-Quran terdapat dua pembahagian besar terhadap Jihad, Pertama; Jihad Agung iaitu Jihad ke atas nafsu serta menentang tipu daya syaitan. Kedua; Jihad Kecil , iaitu meliputi bentuk-bentuk Jihad yang lain seperti Jihad dengan hati (berdoa), Jihad dengan lisan (nasihat dan tutur kata) atau kalam (penulisan), Jihad dengan ilmu dan pelajaran (memberi pengetahuan), Jihad dengan harta (infak dsb.) dan seterusnya Jihad dengan tubuh badan dan nyawa.

Jihad nafsu bermaksud jihad untuk membersihkan jiwa dan mensucikan hati dan sifat-sifatnya yang rendah dan keji untuk diisi dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Ringkasnya ia merupakan Jihad untuk mentaati Allah, tunduk kepada perintahNya sepanjang masa. Ia dianggap Jihad Agung kerana luas medan perjuangannya yang tidak terbatas dan terhad bagi menangkis musuh yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera.

Sebagaimana yang dijelaskan di atas bahawa Jihad yang paling tinggi ialah Jihad melawan nafsu. Jihad melawan nafsu meliputi kesanggupan kita bersabar terhadap segala kesulitan dan cabaran-cabaran getir dalam menjalankan dakwah semata-mata kerana Allah S.W.T. Termasuk juga Jihad melawan nafsu adalah Jihad melawan syaitan. Menurut Ibn Al-Qaiyim, hal ini dapat dilakukan dengan dua cara, iaitu, Pertama: dengan cara menolak bisikan yang dilemparkan ke dalam hati, sama ada perasaan waswas, syak wasangka atau keraguan yang menggoyahkan keimanan. Kedua: dengan melawan bisikan syaitan di dalam hati yang sentiasa mengajak melakukan perbuatan maksiat dan mungkar. Untuk melawan kedua-duanya ini hendaklah iman diperkukuh dan sentiasa sabar dan menahan diri.

Dalam hubungan ini, Jihad Agung iaitu melawan dan menundukkan nafsu yang bersarang dalam hati lebih diutamakan daripada Jihad melawan musuh yang berbentuk luaran. Apabila gagal menundukkan nafsunya untuk berbakti kepada Allah S.W.T., tidak mungkin baginya berdaya memerangi musuh yang berada di luar, kerana ia masih terkongkong oleh nafsunya sendiri.

Al-Qhardawi menjelaskan bahawa pendidikan (tarbiyah) dan pembinaan insan adalah lebih utama dalam melaksanakan Jihad. Tarbiyah dan pembinaan yang dimaksudkan ialah pembangunan insan mukmin yang mampu dan sanggup membawa beban dan tugas dakwah, tidak bakhil harta dan jiwa serta teguh dalam menghadapi setiap dugaan dan cubaan yang dilaluinya, demi menegakkan kalimah Allah S.W.T. Ibnu al-Qaiyim menjelaskan bahawa termasuk Jihad melalui bidang ilmu ialah dalam aspek pembabitan kita dalam aspek-aspek perancangan, termasuk menyediakan perancangan berstrategik, pelaksanaan dan sebagainya.
(To Be Continued)

EXSPRESI 09

Tuesday, September 1, 2009

En.Syafful, urusetia program dan para peserta..


Salam sume...alhamdulillah..akhirnya berjaya gak dapat beberapa gambar sepanjang program baru2 ni..program Exsplorasi Pemerkasaan Sahsiah 2009 (EXSPRESI 09) telah berjaya di adakan pada 19-21 Ogos yang lalu bertempat di Laman Bestari Resort...walaupun terlalu banyak dugaan dan cabaran sebelum dan selepas program, alhamdulillah hasilnya amat memuaskan . Memang benar ,perjuangan yang berliku-liku dan di penuhi mehnah dan tribulasi akan membuahkan kemanisan andai kita sabar,tidak mudah berputus asa dan yakin akan janjiNYA


.Bersama Bro Amin Idris

Terlalu banyak kenangan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ni berlangsung, penceramah-penceramah yang di jemput telah berjaya merialisasikan impian pihak penganjur..setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih di ucapkan kepada sume peserta, urusetia (Shahril, Amir Sufi, Aisyah, K.nana, Farid Hadhari, Tobrani, Syuhada, Maimunah, Saifuddin, Firdausil Afnan dan Akalili) dan sume penceramh (Dr.Rushdan, Ustaz Najib, Bro Amin Idris, Dr. Azri, Sdr Hariri Daud, Sdr Alif Ismail, Sdr Ridhuwan Remly, Sdr Zaini Othman dan Sdr Afiq Ali) kerana sanggup berkorban masa, tenaga dan wang demi menjalankan taklifan yang di berikan..hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.(",)

(To Be Continue)

BINGKAI KEHIDUPAN

Monday, August 24, 2009

Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna di telan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan


Allah qhoyatuna
Arrasul qudwatuna
Alquran dusturuna
Aljihadu sabililuna
Almautu fi sabilina
Asma amanina

SEDAR VS TAHU

Saturday, August 22, 2009

Salam sume..salam ramadhan..moga2 madrasah ramadhan kali ni menjadikan kita sume HAMBA yang sebenar-benar Hamba.. Jika ditanyakan siapakah kita, ramai yang tahu bahwa kita adalah Hamba ALLAH. Namun, berapa ramai antara kita yang sedar bahawa kita Hamba Allah?

Ya, ramai manusia hanya tahu, tetapi tidak sedar bahawa dirinya Hamba allah. Justeru ramai yang berlagak seolah-olah 'tuan' dalam kehidupan sehari-hari. Sikap angkuh ,tamak, pemarah dan bangga diri yang sepatutnya tidak ada pada diri seorang hamba, menjadi tabiat dan budaya dalam kehidupan.

Tahu dan sedar adalah dua perkara yang sangat berbeza. Tahu letaknya di akal yakni dengan memiliki ilmu dan maklumat. Tahu hanya di permukaan yakni baru bersifat pengetahuan dan teori. Manakala kesedaran letaknya di hati yakni dengan memiliki penghayatan dan hikmah. Ini menjelaskan mengapa ada pelajar yang lulus A1 dalam mata pelajarn agama Islam tapi tidak solat. Dia mungkin tahu tentang kebaikan n kewajiapan solat tp tak menghayati akan kebaikan dan kewajipan itu. Sedar adalah mendalam,melibatkan kemahuan dan praktikal.

Berkata Saidina Ali yang antaranya bermaksud " manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur(mimpi), bila mati baru mereka terjaga".

Rupa-rupanya hanya apabila seseorang itu mati kelak barulah hakikat kehidupan ini tersingkap dengan sejelas-jelasnya. Setelah berada di alam barzakh (alam kubur), barulah manusia insaf apakah yang sebenarnya yang perlu dicari dan dimiliki dalam hidupnya ketika di dunia dahulu.
Aneh, hanya apabila meninggal dunia , baru manusia menyedari tentang hakikat hidup didunia. Seperti kata pepatah, "setelah terantuk (mati) baru terngadah (sedar). Dalam alam kubur, ketika debu-debu tanah menjadi "bumi" dan "langit", barulah kita terjaga daripada "mimpi" selama ini. Sayangnya pada ketika itu, segala-galanya sudah terlambat. Apa gunanya sedar di alam kubur kerana saat itu kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi untuk memperbaiki keadaan. Sepatutnya kesedaran itu perlu kita miliki sewaktu hidup didunia dilalui dengan penuh kesedaran, barulah ada kebaikan dan manfaatnya.
Kesedaran itu terletak di mana? apabila sayidina ali menggunakan istilah "tidur" dan "terjaga", apakah beliau merujuk kepada mata? Selalunya, ketika hidup mata seseorang terbuka (terjaga) dan apabila mati matanya tertutup. Tetapi anehnya, sayidina ali menyatakan sebaliknya apabila hidup, yakni ketika mata terbuka itu yang dikatakan bermimpi manakala apabila mati (mata tertutup) dikatakan terjaga.
Apa yang dimaksudkan oleh sayidina ali dengan 'terjaga', tidaklah merujuk kepada mata di kepala, sebaliknya merujuk kepada mata di hati. Ramai manusia yang hidup dengan mata hati yang tertutup. Apabila mati baru mata hati itu terbuka. Mata hati inilah yang disebut dalam alquran sebagai yang berada di dalam dada. Firman allah s.w.t yang bermaksud:
" apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu dengan hati yang mereka miliki dapat memahaminya atau dengan telinga yang mereka miliki dapat memahaminya atau dengan telinga yang mereka miliki dapat mendengar semuanya? sesungguhnya (mereka yang tidak memahaminya) bukanlah kerana mata yang buta, tetapi yang buta itu ialah hati yang tersembunyi di dada." (surah al-haj 22: 46)
Seseorang akan memiliki satu kesedaran hanya apabila mata hatinya terbuka. Dia melihat sesuatu bukan hanya dengan pandangan mata kepala malah disertai demgan pandangan mata hati. Pandangan mata hati adalah pandangan paling tepat dan benar kerana ia mampu melihat yang tersirat di sebalik yang tersurat ,dapat menerobos yang batin daripada yang lahir dan mampu membezakan antara yang hakiki dengan yang ilusi.
Sebenarnya manusia memandang apa sahaja di dunia engan 4 jenis pandangan:
1. pandangan mata
2. pandangan akal
3. pandangan nafsu
4. pandangan mata hati

Hakikatnya pandangan mata hati adalah yang terbaik dan hakiki. Moga-moga kita sume tergolong dalam golongan yang sentiasa memandang dengan pandangan mati hati dan tindakan kita di dasari keimanan dan ketaqwaan , bukannya di alasi nafsu dan perasaan semata-mata...wallahua'lam.(",)

UKHWAH BUKAN DI BIBIR

Monday, June 29, 2009

Salam sume...tiba2 hati ini tergerak 4 menaip lg arini di blog tersayang ni..baru ja pas baca beberapa emel drpd beberapa orang sahabat..hatiku cukup tersentuh apabila seorang sahabat A terus membela seorang sahabat B apabila ada orang C berkata sesuatu kepada sahabatnya td walaupun hakikatnya sahabat A td tersalah tafsir kata-kata sahabat C. Keadaan itu membuktikan A mempunyai sensitiviti yang sangat tinggi terhadap sahabatnya.

Memang xdpt di nafikan,ukhwah itu tersangat indah dan xdpt di jual beli dengan kemewahan harta benda mahupun keangkuhan pangkat darjat..hanya insan terpilih dikurniakan PENCIPTA UKHWAH nikmat berukhwah dan ku akui setakat ini,ukhwah terhebat yang ku rasai ialah bersama sahabat-sahabat seperjuangan di KMM..Bukan niatku nak assabiah, tp itulah realiti n hakikatnya..walaupun kdg2 ada sahabat lain yang tersalah tafsir, tp hanya Allah yang tahu bahawa sesungguhnya keterikatan hati2 kami hanya kerana Allah dan demi mendaulatkan Islam tercinta, mungkin juga berkat doa rabitah yang selalu kami baca.

Ku petik kata-kata ini dari emel seorang sahabat cukup yang menyentuh kalbuku buat renungan sume:

“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhny a wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.”♥


“dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa, Mahabijaksana.”(surah Al-anfal, 8:63).....

*Teringat plak ayat yang selalu di sebut oleh seorg junior ...UKHWAH HANYA DI BIBIR..moga2 kita sume bukanlah di dalam golongan ini..yang waktu senang bersama, waktu susah entah kemana..sama-samalah pelihara Ukhwah sesama kita kerana salah satu cara untuk merasai Halawatul Iman ialah dengan kita bertemu dan berpisah dengan seseorang hanya kerana Allah..hargailah sahabat-sahabat yang ada sebelum terlambat kerana belum tentu kita dapat bertemu lagi dengan sahabat yang seperti sahabat kita sekarang..TERIMA KASIH KEPADA SUME SAHABAT2KU TERSAYANG YANG SUDI MENJADI SAHABATKU..moga ukhwah kita kekal dunia akhirat..wallahua'lam.(",)


GIANT


Salam sume..arini nak cerita sikit pengalaman pergi giant..asalnya ada seorang junior yang nak balik kg pas short sem ajak teman p beli tiket..apa lagi, pinjam moto n rempit r....sebelum bertolak, teringat plak nak beli barang-barang dapur..bawang,garam,telur n seangkatan dengannya sume dh hmpir abis.

Setibanya di Giant, kami pun memulakan sesi membeli belah dengan jayanya..biasanya saya dh set dalam mind, juz buy what u have planned to buy..tp arini rasa seronok sangat nak masak..teringin nak makan sambal udang..juniorku aisyah plak mencadangkan untuk membuat koktel...wa..sedapnya..tanpa melengahkan masa, kami membeli pelbagai bahan keperluan masak sambal udang n koktel..disebabkan terlalu excited, kami turut membeli barang-barang tidak kami senaraikan pada awalnya.

Setibanya di kaunter, kami mulai sedar yang kami membeli banyak giler barang..agak2 berapa ringgit? sebaik sahaja si chasier 2 menjumlahkan harga keseluruhan, kami berdua terkesima dan saling berpandangan.."kak,cukup x duit kak?" aisyah bertanya.."mst r xcukup dik..huhu.." kataku..nasib baik r kami p giant sebelum p beli tiket..hehe..hampir rm160 rupa2nya aku shopping arini..dah r naik moto, tp alhmdllh r moto yg kami pinjam 2 ada box kt belakang, blh gak sumbat dlm 2.

Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya pulang dengan jayanya dan memulakan aktiviti memasak dengan gembiranya walaupun tujuan asal, aisyah nk p beli tiket tidak kesampaian coz ari ahad kaunter 2 tutup..sabarlah adikku..ada hikmahnya 2.(",)

*moral of the story
1. please make ur planning b4 doing something and follow the planning
2. don't be too excited when u want to do something
3. think first
4. pentingkan yang lebih penting dari yang penting

Last but not least ,ingatan buat diriku n sahabat-sahabat yang suka membeli-belah..awaslah!!!jangan terlalu mengikut nafsu ketika bershopping..kerana di khuatiri akan menyebabkan pembaziran dan "sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan"..nauzubillah..semoga kita sama-sama ambil ikhtibar dari kisah benar ni..wallahua'lam.(",)

ANAK VS IBU BAPA

Wednesday, June 24, 2009

Salam sume...Dalam arus perdana yang kian mencabar ini, semakin teknologi canggih, semakin banyak kemudahan, semakin banyak hiburan, semakin banyak yang lupa daratan, semakin banyak masalah sosial, semakin banyak penderhakaan, semakin banyak yang lupa tuhan, semakin banyak macam-macam lagi...siapa yang bertanggungjawab????

Ada sesetengah pihak akan menyalahkan ibu bapa, ada pihak akan menyalahkan pihak sekolah, ada pihak akan menyalahkan kerajaan,a da pihak akan menyalahkan si anak, ada pihak akan menyalahkan rakan sebaya, ada pihak akan menyalahkan pihak industri, ada pihak akan menyalahkan masyarakat sekeliling, namun wujudkan pihak yang menyalahkan diri sendiri dan berusaha mencegah penyakit-penyakit ini dari terus menular???

Sepanjang menempuh kehidupan yang fana, demi menuju ke destinasi yang hakiki, sememangnya kita perlu meredah mehnah dan tribulasi bagi mematangkan kehidupan..dan samada kita telah lalui, sedang lalui atau akan lalui semua fasa kehidupan ini..mana mungkin kita bukan pihak-pihak diatas..si anak akan menjadi ibu dan bapa, si bapa dan ibu pernah menjadi anak, si guru mempunyai anak murid dan pernah menjadi anak murid kepada guru yang lain, si jiran pernah mempunyai sahabat dan akan mempunyai sahabat ...Sedar atau tidak , semua pihak di atas adalah KITA SEMUA???


Sekadar perkongsian untuk renungan bersama,yang dipetik dari majalah I jun 2008;

4 KEJAHATAN ORANG TUA TERHADAP ANAK

1. Memaki dan menghina anak

Seorang lelaki pernah mendatangi Umar bin Khattab seraya mengadukan kederhakaan anaknya. Umar kemudian memanggil anak tersebut, orang tuanya memarahinya atas kederhakaannya. Tidak lama kemudian anak itu berkata, "Wahai Amirul Mukminin,bukankah anak memiliki hak atas orang tuanya?"
"Betul," jawab Umar.
" Apakah hak anak?"
"Memilih calon ibu yang baik untuknya,memberinya nama yang baik, dan
mengajarkan Al-Quran," jawab Umar
"Wahai AMIRUL Mukminin,sesungguhnya ayahku tidak melakukan satu pun
dari apa yang engkau sebutkan tadi. Adapun ibuku, ia adalah wanita berkulit
hitam bekas hamba sahaya orang majusi; ia menamakanku Ju'lan (kumbang)
dan tidak mengajariku satu huruf pun dari Al-Quran," kata anak itu.
khalifah umar segera memandang orng tua itu dan berkata kepadanya, "engkau datang untuk mengadukan kederhakaan anakmu,padahal engkau telah derhaka kepada nya sebelum ia menderhakaimu. engkau telah berbuat buruk kepadanya sebelum ia berbuat buruk kepadamu"

2. Melebihkan seorang anak dari yang lain

3. Mendoakan keburukan bagi si anak

4. Tidak memberi pendidikan kepada anak

*Jika hari ini kita seorang anak, moga2 ibu bapa kita tidak akan melakukan 4 kejahatan ini kepada kita dan kita tidak akan melakukanny kepada anak-anak kita kelak, jika hari ini kita seorang ibu atau bapa, moga2 kita tidak pernah melakukannya kepada anak-anak kita dan ibu bapa kita tidak pernah melakukannya kepada kita ..Seandainya ibu bapa kita pernah melakukannya, maafilah mereka sebelum mereka meninggalkan kita atau kita meninggalkan mereka buat selama-lamaya...tanpa mereka, siapalah KITA...moga allah merahmati ibu bapa kita semua di dunia akhirat...SELAMAT HARI BAPA KEPADA SUME YG PERNAH,SEDANG DAN AKAN MENJADI BAPA..wallahua'lam.(",)

KEM HARAPAN SAPURA

Tuesday, June 16, 2009

Salam sume.."KEM HARAPAN SAPURA " sebuah kem yang menjanjikan sejuta harapan kepada adik2 sekitar negeri sembilan dan selangor..mereka terdiri daripada pelajar yang bakal menempuhi UPSR,PMR dan SPMM,yang kebanyakannya datang dari keluarga yang kurang berkemampuan dan anak-anak yatim.

1st time dengar pasal kem ni, hatiku dah berkobar-kobar untuk turut menyertainya,..dengan 1 harapan, saya dapat berkongsi segala ilmu dan pengalaman yang saya ada bersama adik2 peserta agar mereka lebih bersemangat menghadapi kehidupan mendatang, kerana saya selalu yakin bahawa semua hamba allah yang tidak mudah berputus asa akan memiliki apa yg mereka idamkan.

Slot yang paling tidak dapat dilupakan ialah "titik hitam"..walaupun saya hanya sempat bersama adik-adik di hujung slot, namun pengakuan salah seorang adik ldk saya mengenai titik hitam dalam hidupnya cukup melegakan saya..bukan seronok kerana dapat tau kisah silam orang lain, tapi kagum dengan adik tersebut yang sudi berkongsi pengalamn hidup untuk dijadikan sempadan oleh rakan- rakan yang lain dan alhamdulillah, abang saya pernah diuji dengan perkara yang hampir sama dengan kisah adik tersebut,membuatkan saya mampu memberikan semangat atau petunjuk arah agar adik sedar, insaf,tidak mengulanginya lagi dan yakin kehidupan tidak berhenti di situ,kebahagian serta kejayaan menanti di depan dan sinar harapan sentiasa akan memancar jika kita berlari ke arahnya, bukan melarikan diri daripadanya. Wahai adikku!!!!!!!!bangunlah sayang, bangunlah dari mimpi ngerimu..perjalananmu masih panjang..yakinlah tiada apa yang di ciptakan oleh Rabbuna sia-sia melainkan ada hikmah yang tersingkap..sama ada kita akan temui hikmah itu sekarang, minggu depan,tahun depan atau 10 tahun akan datang,hanya allah selayaknya menetukannya..kuatkanlah semangatmu, tabahkanlah hatimu ,lawanlah nafsumu, tingkatkanlah imanmu, istiqamahkan amalanmu, yakinlah allah bersamamu!!!

Tempoh perjalanan kem yang begitu terhad, membuatkanku begitu gusar..saya sangat takut jika taklifan sebagai fasilitator tidak berjaya disempurnakan dengan sebaik mungkin dan lebih azab lagi, klu adik2 peserta xdapat apa2 pun sepanjang bersama saya..nauzubillah..moga2 perkongsian, usaha murni, pengorbanan, niat nak mendaulatkan islam dan usaha dakwah saya dan sahabat2 SPMM mendapat keredhaan and keberkatan dari Rabbuna...wallahua'lam.(",)

SEPUTIH KAPAS

Monday, June 8, 2009

Salam sume..Agak tidak keterlaluan sy mengatakan adik2 tamhidi yg bru menjejakkan kaki ke USIM pd 22hb Mei yg lalu ibarat kapas putih yg masih suci bersih dan perlu dicorakkan dengan acuan yang sebenarnya yg bukan sahaja cantik pada pandangan manusia tp yg lebih penting,jg cantik pada pandangan Rabbuna.Pengalaman menjadi pembantu urusetia semasa minggu taaruf tamhidi yg lalu cukup berharga dan membuatkan sy berkobar-kobar untuk melihat adik2 baru tidak tersalah langkah dalam memilih haluan yg diredhai dalam proses membina jati diri masing2.Memang sudah suratan ilahi,di awal usia remaja,kita perlu berdepan dengan konflik identiti but we need to decide our future..kita yg perlu mencari dan terus mencari,bukan sekadar memahami segala teori demi teori,tp pengaplikasian itu yg di dambakan.Dalam semua aspek,"teori memang mudah dijadikan madah,tp sejauh mana pengaplikasiaan kta??????????",tepuk minda,tanya iman,koreksi diri.Sedarlah dan pasakkanlah dalam hati wahai diriku dan saudara2ku sekalian,Rabbuna telah memberi amaran kepada kita dalam surah As-Saf.."Wahai org2 beriman,mengapakah kamu berkata sesuatu yg tidak kamu lakukan?sesungguhnya kecelakaan yang amat besar bg org yg menyatakan sesuatu yg tidak di lakukan"..nauzubillahiminzalik..Meskipun begitu,hal ini tidak bermakna kita perlu menjdi perfect dulu sebelum nk mengamalkan amar ma'ruf wa nahi mgkar coz kita sebagai hamba yg hina ni mmg xkn perfect..so,atas dasar itu,sy meraikan jemputan seorang sahabat untuk menjadi mc or pemudah cara dalam 1 program motivasi semalam..namun,"kita merancang dan allah juga merancang,hakikatnya perancangan allah adalah yang terbaik"..hampir 10minit menunggu,motivator jemputam masih xsampai2..terpaksa r sy backup,konon2 motivator gak r..beberapa kisah ditayangkan dan dikongsi bersama adik2..walaupn secara on da spot,alhmdullah allah permudahkan urusan..bangga sungguh ngn adk2 ni,setiap respon yg diberikan membuatkn sy kagum,kesedaran terhadap kepentingan islam as the way of life tinggi dan sebagai kakak yg makan susu lebih awal dari mereka pasti memiliki segunung harapan serta impian agar adik2 istiqamah dan menjadi product USIM yg effective beberapa tahun lg kerana perjalanan adik2 masih pnjg,ruang dan peluang masih terbuka luas..kutiplah adik2ku semampu boleh ilmu dan pengalaman di bumi USIM yg tercinta ini ..penantian demi penantian,akhirnya 1 jam kemudian,sampai gak penceramah jemputan ,rupa2nya sesat jalan..5 minit kemudian,tklifn sbgai pemudah cara dimulakan dan alhmdulillah program berjalan dengan jayanya..sedar atau tidak,tarbiyah dari pencipta tarbiyah adalah tarbiyah yg terhebat..sesat jalan pn merupakan 1 tarbiyah yg bkn sekadar kepada individu yg sesat,tp juga kepada individu2 yg berkaitan dengan individu yg sesat td..sebelum majlis berakhir,kesimpulan yg biasany di buat seminit dua menjadi 10-15 minit..bkn apa,risau adik2 xdapat apa yg cuba ku kongsikan,bukan senang dapat peluang camni...allahuakbar!!!baru teringat,ada benda penting yg belum selesai..insya'allah,jumpa lagi..wallahua'lam.(",)

KETENANGAN n KEYAKINAN

Sunday, June 7, 2009


Salam sume..."akak,kenapa muka akak sangat bahagia setiap kali akak naik moto?"..asked one of my junior yesterday..I juz smile at her..hakikatnya,sy memang suka naik moto dan bawa laju2..hehe.."janah,apa yg best sangat merempit ni..","akak,sy xberani nak naik ngan akak".. pernah beberapa individu memberi respon...erm,persoalan yg sukar untuk diterjemahkan jawapannya..mmg sy sangat2 gembira setiap kali ada peluang untuk "merempit",xkira sama ada atas urusan peribadi,tolong sahabat,urusan stady n others...tp apa yg hendak sy kongsikan ialah perasaan sy yang mungkin berbeza ngan orang len iaitu satu KETENANGAN n KEYAKINAN akan wujud automatically in myself everytime sy naik moto..belive it or not,that's a reality..KETENANGAN yg sukar untuk di tafsirkan n berbeza ketika buat aktiviti len..waktu "merempit" adalah waktu yg paling stategik untuk menyanyi sepuas2nya n time baik sikit,zikir sepuas2nya..I mean zikir sekuat hati..hehe..but I also learn something that I think all drivers need to do when they r driving in order to avoid an accident n feel save in the road = FOCUS+BE PATIENT+OBEY THE RULES+KEBERGANTUNGAN KEPADA PENCIPTA..berdasarkan statistik kajian sendiri, punca utama kemalangan kat Malaysia ni adalah kecuaian,so disarankan kepada sume pemandu untuk meningkatkan tahap fokus masing2 untuk kebaikan sejagat...sebelum mengakhiri perkongsian kali ini,ingin dinasihatkan kepada sume adik2 n sahabat2 yg takut nak naik moto,try to bulid ur confidency n don't afraid to face difficulties or challenging ,redah ja mula2..xkisah r ada lesen or x..coz semakin kita lari dr sesuatu masalah or something yg kita takut or xsuka,sampai bila2 kita xakan mampu menghadapinya n menyelesaikannya.."ALLAH TIDAK AKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM,SELAGI KAUM 2 TAK MULA UNTUK MENGUBAHNYA"...wallahua'lam.(",)

DH JUMPA!!!!!!!!

Salam sume..alhamdulillah,setelah hampir 1tahun brainstorming,akhirnya berjaya gak bertemu semula ngan password blog ni..hehe..thanks so much kepada sahabat2 yg sudi bg komen kt my blog dan sume yg sudi bg sokongan untuk meneruskan usaha untuk belajar menulis dan berkongsi di blog ni..memang hakikat yg xdpt disangkal bahawa sy mmg xpandai menulis,xbanyak idea,xcreative thinking dan seangkatan dengannya...tp atas sokongan sume sahabat2,sy akan try slow2 2 improve myself...hopefully,sume sahabat xjemu bg komen...hanya allah dapat membalas jasa kalian.(",)