GIANT

Monday, June 29, 2009


Salam sume..arini nak cerita sikit pengalaman pergi giant..asalnya ada seorang junior yang nak balik kg pas short sem ajak teman p beli tiket..apa lagi, pinjam moto n rempit r....sebelum bertolak, teringat plak nak beli barang-barang dapur..bawang,garam,telur n seangkatan dengannya sume dh hmpir abis.

Setibanya di Giant, kami pun memulakan sesi membeli belah dengan jayanya..biasanya saya dh set dalam mind, juz buy what u have planned to buy..tp arini rasa seronok sangat nak masak..teringin nak makan sambal udang..juniorku aisyah plak mencadangkan untuk membuat koktel...wa..sedapnya..tanpa melengahkan masa, kami membeli pelbagai bahan keperluan masak sambal udang n koktel..disebabkan terlalu excited, kami turut membeli barang-barang tidak kami senaraikan pada awalnya.

Setibanya di kaunter, kami mulai sedar yang kami membeli banyak giler barang..agak2 berapa ringgit? sebaik sahaja si chasier 2 menjumlahkan harga keseluruhan, kami berdua terkesima dan saling berpandangan.."kak,cukup x duit kak?" aisyah bertanya.."mst r xcukup dik..huhu.." kataku..nasib baik r kami p giant sebelum p beli tiket..hehe..hampir rm160 rupa2nya aku shopping arini..dah r naik moto, tp alhmdllh r moto yg kami pinjam 2 ada box kt belakang, blh gak sumbat dlm 2.

Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya pulang dengan jayanya dan memulakan aktiviti memasak dengan gembiranya walaupun tujuan asal, aisyah nk p beli tiket tidak kesampaian coz ari ahad kaunter 2 tutup..sabarlah adikku..ada hikmahnya 2.(",)

*moral of the story
1. please make ur planning b4 doing something and follow the planning
2. don't be too excited when u want to do something
3. think first
4. pentingkan yang lebih penting dari yang penting

Last but not least ,ingatan buat diriku n sahabat-sahabat yang suka membeli-belah..awaslah!!!jangan terlalu mengikut nafsu ketika bershopping..kerana di khuatiri akan menyebabkan pembaziran dan "sesungguhnya membazir itu adalah amalan syaitan"..nauzubillah..semoga kita sama-sama ambil ikhtibar dari kisah benar ni..wallahua'lam.(",)

1 comments:

Unknown said...

salam....wah, teringinnya nak makan masakan Jannah...

MANTOP LO NI...DA ADA BLOG SENDIRI!!!
MOGA TERUS ISTIQAMAH YE...