ZAT BESI

Friday, December 31, 2010

Salam.Sekadar perkongsian ilmu pemakanan.Untung juga ada sepupu deititian ni walaupun selalu kena bebel cos tidak menjaga pemakanan seimbang. Boleh dikatakan setiap kali pergi ke 'tempat lepak' (umah sepupu), mesti dapat free lecture pasal pemakanan.(",)

PANDUAN PEMAKANAN UNTUK PENCEGAHAN ANEMIA

  1. Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi

- Zat besi terdapat dalam makanan dari sumber haiwan dan tumbuhan.

- Walaubagaimanapun zat besi yang terdapat dalam makanan daripada sumber haiwan seperti daging merah dan makanan laut mudah diserap oleh tubuh berbanding dengan zat besi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan.

- Keperluan yang disarankan untuk anda adalah seperti berikut:

Jenis makanan

Saiz hidangan

Kandungan

zat besi

Cadangan pengambilan dalam seminggu

Makan Sumber Haiwan

Daging

2 keping saiz kotak mancis

1.2 mg

6-8 keping

Ayam

1 ketul paha saiz sederhana

0.5 mg

3-4 ketul

Hati/pedal ayam

1 ketul

2.2 mg

1 ketul

Hati lembu

1 keping saiz kotak mancis

2.5 mg

1 keping

Kerang

20 biji

4.1 mg

20 biji

Ikan

1 ekor saiz sederhana

0.9 mg

3-4 ekor

Ikan bilis

1 sudu makan

0.05 mg

5 sudu makan

Makanan Sumber Tumbuh-tumbuhan

Peria

1 cawan

7.3 mg

7 cawan

Kangkung

1 cawan

4.0 mg

7 cawan

Bayam

1 cawan

2.3 mg

7 cawan

Taugeh

1 cawan

1.5 mg

7 cawan

  1. Tingkatkan pengambilan vitamin C

- Kadar penyerapan zat besi yang terdapat dalam makanan sumber tumbuh-tumbuhan seperti bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah lebih rendah berbanding dengan kadar penyerapan zat besi daripada sumber haiwan.

- Oleh itu untuk meningkatkan kadar penyerapan zat besi daripada sumber bijirin, kekacang dan sayur-sayuran, anda digalakkan untuk makan makanan tersebut bersama dengan makanan yang kaya dengan vitamin C. Vitamin C boleh meningkatkan kadar penyerapan zat besi. Kandungan vitamin C dalam pelbagai jenis buah-buahan adalah seperti berikut:

Makanan

Saiz hidangan

Kandungan Vitamin C

Jambu batu

1 potong

97 mg

Buah kiwi

1 biji

65 mg

Limau manis

1 biji

30 mg

Limau nipis

1 biji

17 mg

Mangga

1 biji

30 mg

Nenas

1 potong

16 mg

Belimbing besi

1 biji

26 mg

Tembikai

1 potong

2.2 mg

Buah betik

1 potong tanpa kulit

112 mg

- Selain daripada itu, kehadiran makanan daripada sumber haiwan seperti daging dan ikan juga boleh meningkatkan penyerapan zat besi daripada bijirin, kekacang dan sayur-sayuran.

  1. Kawal pengambilan makanan yang menghalang penyerapan zat besi

- Anda dinasihatkan supaya mengawal pengambilan teh atau kopi kerana minuman ini mengandungi tanin yang boleh menghalang penyerapan zat besi daripada sumber bijirin, kekacang dan sayur-sayuran.

- Jika hendak minum sekali-sekala, hendaklah diminum 2 jam selepas waktu makan utama untuk mengelakkan gangguan ke atas penyerapan zat besi.

- Anda tidak digalakkan untuk minum teh atau kopi sewaktu makan tengahari atau makan malam.

- Anda digalakkan minum jus buah-buahan bagi menggantikan teh atau kopi untuk meningkatkan penyerapan zat besi.

- Begitu juga dengan kalsium yang terdapat dalam susu dan hasil tenusu. Ia merupakan bahan yang boleh merencat penyerapan zat besi daripada sumber haiwan. Oleh itu, pastikan anda minum susu 2 jam selepas waktu makan utama.

- Waktu terbaik untuk minum minuman bersusu adalah pada waktu minum pagi, minum petang dan sebelum tidur iaitu 2 jam selepas waktu makan utama.

- Makanan-makanan lain yang mengandungi bahan yang boleh merencat penyerapan zat besi adalah seperti berikut:

Jenis makanan

Bahan perencat penyerapan zat besi

Oat dan gandum bijirin penuh

Fitat

Teh, kopi, koko

Polifenol dan tanin

Susu dan hasil tenusu

Kalsium

Kuning telur

Fosvitin

- Anda dinasihatkan agar mengatur pengambilan makanan tersebut supaya ia tidak mengganggu penyerapan zat besi.

  1. Amalkan pengambilan hematinik

- Pil suplemen ini terdiri daripada zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. Pil-pil suplemen ini akan meningkatkan paras hemoglobin dalam darah anda dan boleh mencegah anemia, insya-Allah.

- Pengambilan suplemen ini mesti mengikut dos dan kekerapan yang disarankan oleh anggota/pakar kesihatan.

p/s: Prevention is better than cure..selamat beramal.(",)

3 comments:

Unknown said...

saya mohon copy ya.. ^^ nanti letak kredit..

Bunda_nora said...

assalamualaikum,

salam ziarah dari bunda...

or@nge bLueZz said...

thanks for the info..haemoglobin saya mmg sgt rendah..dah dua kali saya pergi utk derma darah n tak lepas...jd dr. nasihatkn sy utk mkn mknan tinggi zat besi..n i got this...thank you so much..