MENGHITUNG HARI

Friday, November 13, 2009



Salam sume..saja nk tenangkan diri dlm kesibukan berjuang nk menyiapkan thesis (tengah wat thesis kt libry.(",))..rasa cm xpercaya dengan apa yg sudah berlaku, sedang berlaku dan akan berlaku...dlm masa 1 bulan,banyak benda yang perlu di settlekan...terpaksa menjadi terlalu rajin dan menjadikan libry sbgai rumah kedua..tapi seronok sebenarnya kehidupan sebegini...lumrah manusia, apabila ada perkara yang mendesak, kita akan berubah mengikut desakan..apabila keadaan memerlukan kita bekerja keras, walaupun perkara 2 kita xsuka, kita sanggup tinggalkan perkara yang kita suka demi memenuhi tuntutan tadi. " tidak sume perkara yang kamu sukai adalah terbaik buatmu, tidak sume perkara yg kamu xsuka tidak baik buatmu"..sesungguhnya hanya pencipta terbaik, tahu apa yg terbaik untuk hambaNYA.


Tidak dapat dinafikan, setiap orang kemampuannya berbeza, daya tahannya berbeza, minatnya berbeza, pemikirannya juga berbaza, caranya mengatasi atau mengharungi sesuatu perkara juga berbeza..kesimpulannya, setiap orang ada cara tersendiri dan cukup berbeza. Oleh itu, kita perlu menerima setiap cara itu seadanya dengan hati yang terbuka demi memastikan kemaslahatan bersama dan demi mengelakkan pertelingkahan, perselisihan, bruk sangka, mengumpat dan seangkatan dengannya. (apa yg ak bebel ni..(",))


Berat sungguh hati ini bila mengenangkan 2 minggu ja lagi dah nak tiggalkan Nilai tercinta..terlalu banyak kenangan, suka duka, perit getir, mehnah tribulasi yang sudah dilalui di Usim..pengalaman yang terlalu berharga dan memang xdapat dijual beli..terlalu indah..berjumpa dengaan pelbagai ragam dan jenis makhluk ciptaan Tuhan..pelbagai ujian yang sedikit2 mematangkan diri, bermula dengan masuk sebagai student FST, jadi MPP, join SPMM dan akhirnya akan meninggalkan Usim demi menimba pengalaman di luar campus selama 1 sem.


18 Nov 09 - Hantar final draf

- Bengkel LI


19 N ov 09 - Perjumpaan ngan Prof K (external examiner)


20 N OV 09 - Present thesis


22- 25 nov 09 - Konvensyen Pendakwah Muda Malaysia Peringkat Kebangsaan 2009 (WEHDAH 09)

27 & 28 Nov 09 - Hari Raya Haji (raya kt Nilai la jwbnya..)


< 30 Nov 09 - Hantar thesis!!!!! (hardcover)


1 Dis 09 - LI kt Tabung Haji, Alor Star


* Di kesempatan ni, nk minta maaf kt sume yg pernah mengenali diri ini ,yang pernah bekerjasama secara direct or indirect..xlupa gak kpd adk2 yg selalu kena buli dan selalu kna bebel ngn akak (e.g:sa'dah)..kutiplah mutiara, tinggalkan kaca..mungkin mutiara yg akak tgglkn msh malap, gilaplah...mg allah permudahkan urusan kita sume..wallahua'lam.(",)

1 comments:

Unknown said...

sedihnya...selalu menjadi mangsa buli k.jan

semoga sukses selalu...