DAKWAH VS URUSAN KE TANDAS

Sunday, September 5, 2010

Seorang Murabbi mendapati mutarabbinya telah mulai menjauhkan diri daripada usrah, katibah dsb. Bila ditanya kenapa? Disebabkan 'bisnes'....! Bisnesnya telah maju dan mulai sibuk menguruskannya saban hari.Tiada lagi ruang untuk menumpukan kepada perkara lain kerana bimbang bisnesnya akan terjejas. Siang dan malam dia akan pastikan semua urusan bisnesnya berjalan lancar.Waktu siang dihabiskan untuk mengawal selia marketnya yang begitu sibuk dengan pelanggan yang berpusu-pusu datang hingga lewat malam, sedangkan waktu malam pula diuntukkan bagi mengemaskini wang yang diperolehi di siang harinya. Begitulah sepanjang-panjang hari dalam seminggu dan bulan.

Murabbinya lantas menziarahinya ke tempat bisnes. Dia menyambut dengan baik tetapi diselaputi kerisauan yang mendalam, bimbang akan ditanya perihalnya dengan dakwahnya. Akhirnya dia berterus terang saja dengan memberi alasan bahawa dia tidak mampu untuk membiarkan urusan bisnesnya diurus oleh pekerja-pekerjanya tanpa pemantauan daripadanya sendiri. Dia perlu sentiasa bersama pekerja-pekerjanya pada setiap masa.

Murabbi yang bijaksana telah bertanya..."Sedang saudara memantau pekerja-pekerja saudara keluar masuk melaksanakan kerja mengikut yang disuruh, tiba-tiba perut saudara sakit dan perlu segera ke toilet bagi melegakannya; apa yang saudara akan lakukan?" Dia menjawab sudah tentu saya akan ke toilet dengan segera kerana itu adalah keperluan mendesak yang tidak boleh dikompromi.....makruuf yang akhi...

Murabbinya lantas menyatakan: "Kalau demikian halnya, saudara telah menjadikan amal dakwah ini kurang pentingnya berbanding urusan saudara ke toilet...Ke toilet saudara kata penting dan perlu...kerananya bisnes mesti ditinggalkan. Tahukah saudara yang selama ini saudara telah meletakkan amal dakwah ini lebih rendah daripada martabat urusan saudara ke bilik air/tandas????"

Dengan jawapan Murabbinya, dia insaf dan kembali meletakkan dakwahnya di tempatnya yang paling tinggi dalam hidupnya. Sejak hari itu dia tidak lagi menguzurkan dirinya daripada menghadirkan dirinya ke program-program dakwah dan tarbiahnya....

Semoga ia menjadi pengajaran bagi kita semua insyaAllah...

Dipetik dari: http://abuamru1208.blogspot.com/

AKU,LIM DAN ISLAM

Monday, August 23, 2010

Salam Ramadhan.

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.

kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance' , semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...

Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?

kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.


Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

PUDING KARAMEL

Tuesday, June 29, 2010

BAHAN-BAHAN:

3 biji telur
1/2 tin susu pekat
2-3 titik esen vanila
5 sudu gula
air

CARA-CARA:

Karamel
1. Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air.
2. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah
sehingga perang.
3. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
Puding

1. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Kacau dengan perlahan sehingga sebati.
Jangan biarkan berbuih. (Dalam masa yang sama panaskan periuk kukus)
2. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan
sampai mendidih.
3. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi.
Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
5. Kukus dengan api sederhana selama 25minit
6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang
pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree
p/s: I wrote this menu as per request from my beloved sisters: ting,sa'dah,masyie n others..(",)

LURUSKAN HATIKU

Wednesday, June 16, 2010


Ya Allah
Dengan berkat NabiMu
Luruskanlah hatiku, agar agamaku lurus
Betulkanlah hatiku, agarku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku, agarku tak tergugat dengan ujian yang menimpa


Ya Allah
Tuhan yang mencipta hati
Bersihkanlah hatiku, agar mazmumahku
Tidak merosakkan agamaku dan tidak merosakkan kehidupan orang lain


Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati
Kuatkanlah hatiku, agar keyakinanku tak berubah
Supaya aku sentiasa tabah


Tuhan
Engkau rasakanlah hatiku,sentiasa bersamaMu
Supaya aku rasa, ada kawan melindungku
Agarku tak rasa sepi di dalam hidupku


Aku merasa malu melanggar perintah
Dan aku sentiasa siap siaga menunaikan suruhanMu

Ya Allah
Tuhan yang menjaga hati
Baikilah hatiku, agar selurus hidupku menjadi baik
Supaya tidak kianat dan tidak hasad dan tidak berdemdam sesama manusia

Tuhan
Limpahkanlah ke dalam hatiku, Ilmu dan hikmah
Hingga aku dapat menyuluh hati dan menyuluh kehidupanku
Supaya lahir batinku bersyariat, agar lahir batinku menjadi taat

Tuhan
Aku harap, Engkau kabulkanlah doaku ini


IKTILAT DI ALAM MAYA

Saturday, June 12, 2010

Salam sume..tertarik ngan isu yang dikupas oleh seorang junior di dalam blognya..sekadar renungan 4 sama2 kita muhasabah bersama.

With the name of ALLAH

Puji dan syukur dihadiahkan buat Al-Khaliq ALLAH SWT yang masih sudi meminjamkan diri ini dengan nikmat iman dan islam, masih dalam keadaan sihat jasad dan rohani.

Sudah lama rasanya tidak menulis di blog ni, dengan kekangan2 yang di hadapi, akhirnya hari ini dapat saya ufukkan masa biiznillah. Sebenarnya agak lama ingin dibicarakan isu ini, IKHTILAT DI ALAM MAYA. Secara majority, rata-rata di antara kita yang berbaiah utk sebuah perjuangan Islam dalam sebuah gerakan Islam, tidak pernah terlepas dari perkara ini, ALAM MAYA yang merupakan antara medium utama yang digunakan oleh golongan Abnaul Harakah ini. Sesungguhnya garapan artikel ini saya nukilkan khusus utk mengetuk diri sendiri yang sering lalai dan lemah ini, smg mnjadi peringatn yang berguna juga buat semua.


"Maka berilah peringatan, karena sesungguhnya kamu hanyalah orang yang memberi peringatan" (QS Al Ghaasyiyah : 88)
Dengan perkembangan zaman yang kian moden lagi canggh,plbagai medium mnjadi tapak kepada sebaran dakwah, Alhamdulillah apabila digunakan ke jalan yang betul. Namun, bgitu sedar atau tidak, brapa bnyak laman2 sosial yang ada di internet ini kita gunakan dengan sbenar-benar hakikat berdakwah?..

Namun, marilah kita renung sejenak..
SIKAP yang saya nak tekankan di sini ialah sifat MALU dengan bukan mahram.

Contohnya melalui shoutbox, sistem pesanan ringkas(sms), facebook, Yahoo Messenger (YM) dan lain-lain.

Peringatan buat dri ini, dalam 10 penggunaan, sedar atau tidak boleh dikatakan 8 daripadanya membawa kita kpada kelalaian. Sebagai seorang pndokong kpada gerakan islam, kita sering meletakkan ‘mnjaga ikhtilat’ dalam dri namun apabila berada di alam maya, kita mnjadi LUPA DIRI. Baik muslimn mahupun muslimat, astaghfirullahalzim , sedar kah kita?

APAKAH SEBENARNYA YANG DIKATAKAN IKHTILAT DI ALAM MAYA?

Dalam seminggu mahupun satu hari, boleh kita kira berapa kali kita online utk membuka facebook atau YM atau mana2 lagi lamn? Pasti lebh mudah kita kira brapa kali x online utk buka perkara2 tersebut.

Kemudian,apabila YM, kira pula berapa kali kita mnggunakan YM@Facebook ats tujuan utk berkomunikasi dengan yang berbeza jantina, antara min dan mat untuk urusan2 agama? Dalam 10 ‘perbncangan’ ,boleh dikatakan 6 mhampiri atau juga melaghakan, pasti ada yang kita selitkan dengan perkara2 yang melalaikan samada sedar atau tidak . Bergurau senda di antara min dan mat, tanpa ada tujuan sedangkan telah di perincikan oleh ulama’2 muktabar garis panduan interaksi antara min dan mat.

Secara rumusannya bolehlah disebutkan bahawa interaksi dan komunikasi yang berlaku antara muslimin dan muslimat yang ajnabi sepatutnya meraikan beberapa syarat seperti berikut:

- Meraikan suasana
Pastikan tidak meleret-leret hingga keluar dari topic asal.

- Perincian Topik
Perincian terhadap topik ini akan dilihat daripada beberapa aspek dan isu.

- Menjaga adab-adab percakapan
Hubungan dan interaksi tersebut tidak berlaku kecuali atas keperluan untuk menunaikan amanah jamaah dan membereskan segala tuntutannya.

Perlu kita sentiasa beringat sebagaimana dalam Surah Al- Ahzab, ayat 53, Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan bila mana kamu meminta sesuatu kepada mereka (isteri-isteri Rasulullah) maka mintalah dari belakang hijab.”

Di dalam Surah An-Nur ayat 30 dan 31, Allah berfirman yang bermaksud:

“Katakanlah kepada lelaki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka yang demikian itu lebih suci.”

FirmanNya yang bermaksud:

“Orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan itu saling mambantu menjalankan tugas menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar.”

Maka perlunya untuk kita sama-sama memahami dan menjaga ikhtilat di alam maya ini supaya prjuangan Islam yang kita bawa ini benar-benar dirasai kemanisannya apabila setiap sudut yang membuka kepada ‘lagha’ itu kita jauhi malah digunaka utk menyampaikan dakwah.

Sama-samalah kita koreksi diri, adakah kita mnjaga setiap plakuan kita? Beruntunglah Yahudi melihat lambakan dari pnggerak dakwah sendri menggunakan ciptaan mereka mengikut acuan yang mereka tetapkan, mncapai objektif utk melalaikan. Ini baru sentuh bab ikhtilat di alam maya, blum lagi bgaimana kita melalaikan dri dengan nikmat kemajuan ini..

Walaupun pada mulanya hanya niat untuk menuntut ilmu, bertanyakan hukum hakam, tetapi lama kelamaan bergurau dan mengusik.
Lama-kelamaan, perasaan minat, suka dan rindu tersemai.

“Isk, seronoknya kacau ‘dia’ ni.”

“Hari ni apa update dia di facebook ye?”

Sejurus sahaja orang yang diminati update status di facebook, terus sahaja ditinggalkan komen di facebook mereka.

Jadi, sama-samalah kita cuba sedaya upaya utk tidak mnjadi seorang ‘penagih’ kepada laman social yang menyebabkan kita lalai tetapi jadilah kita ‘ketagih’ utk mendapat mardhatillah.

Bagi mnutup artikel ini, saya bawakan suatu analisis kes yang diperoleh drp sahabt.

KES:

Td ana bru sahaja terchatting bersama salah seorg daripada banat x- amin, ahli YG fasa kita. (Ana ditegur oleh dia, dan apabila ana menta'aruf diri ana sbg seorg banin, maka dia terus berhenti dari meneruskan perbualan, dgn katanya "xpelah xnk sembang dgn bnn". Ana setuju, kami masing² menghentikan perbualan. begitulah berakhirnya) .

ANALISIS KES:

1. Banat yg berkenaan dgn kefahaman yg dia miliki berusaha utk mengelakkan daripada berlakunya ikhtilat tak syar'ie.

2. Ikhitlat yg kita semua cuba elakkan adalah ikhtilat tak syar'ie. Tapi ana tak pasti, adakah semua dikalangan kita memahami tentang apa yg dimaksudkan dgn ikhtilat tak syar'ie ?. kerana di sana terdapat ikhtilat Syar'ie yg dibenarkan oleh syara'.. yg hukumnya jatuh menjadi harus.

3. Apakah keadaan dan status medium YM yg kita gunakan dalam Muamalah bighairi an-Nazhar baina mukhatabatain fa aksar, baina Rijal wa Nisa' (komunikasi tanpa melihat antara dua communicator atau lebih, antara lelaki dan perempuan), adakah dikira sebagai medium ikhtilat tak syar'ie atau ikhtilat syar'ie ?

4. Jika YM ini adalah medium bagi ikhtilat tak syar'ie antara lelaki dan perempuan ajnabi atau bukan mahram, maka apakah boleh kita menggunakannya? apakah bezanya antara YM dan YG?, yg keduanya² merupakan wasilah berkomunikasi atas dasar sms dan emel, dgn perbezaan YM (komunikasi secara langsung) manakala YG (komunikasi secara tak langsung).

Jika YM merupakan medium ikhtilat tak syar'ie maka YG juga jatuh hukum ikhtilat tak syar'ie? Kerana dalam YG juga berlakunya hubungan komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram. (ini adalah pendapat yg agak syadid, menolak penggunaan kedua²nya secara total dari konteks asasnya tanpa ruang toleransi).

5. Perbezaan kedua; YM merupakan bentuk komunikasi personal dan privacy antara 2 individu manakala YG komunikasi dalam bentuk umum lebih daripada dua individu. Dalam erti kata lain YM blh dikira sebagai medium berdua²an ikhtilat tak syar'ie yang dilarang oleh Islam. manakala YG terkeluar daripada kondisi berdua²an kerana komunikasi yg berlaku walaupun antara lelaki dan perempuan bkn mahram, ianya diketahui umum. (Ini adalah pendapat yg mu'tadil, tak brp syadid, memberi ruang toleransi dan membezakan secara jelas konteks asas penggunaan YM dan YG)
6. Dalam sudut yg lain, pendapat yg membenarkan penggunaan YM dengan mengatakan bahawa YM tak termasuk dalam medium tak syar'ie dgn berpegang bahawa ikhtilat tak syar'ie hanya berlaku apabila perbualan itu terdapat unsur² yg tak baik. Jika perbualan itu berkisar ttg perkara² asasi dan umum seperti: kabar sihat sakit, pengajian, kerja dsb serta tak meleret² tanpa tujuan maka ianya adalah dibenarkan.

PENJELASAN:

Dalam masalah ini, kita mempunyai beberapa pilihan berdasarkan beberapa qaedah fiqhiyyah;

1. Pilihan pertama: kita menolak secara total komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram via YM berdasarkan qaedah 'Saddu az-Zara'ie'. (menyekat atau menolak segala punca berlakunya ikhtilat tak syar'ie kerana dikhuatiri kita tak mampu mengawalnya jika dibiarkan berterusan). qaedah ini agak syadid dalam konteks muamalah alam maya.

2. Pilihan kedua: kita tidak menolak secara total komunikasi antara lelaki dan perempuan yg bukan mahram via YM berdasarkan qaedah 'La Tafrit Wa La Ifrat '. (Tidak terlalu longgar dan tidak terlalu melampau). Melalui qaedah ini kita mengawal perbualan kita supaya tidak meleret² tanpa hala tujuan dan terkeluar dari maslahat asasi dan umum. KIta tak terlalu syadid menolak penggunaan YM sehingga menolak qaedah 'al-Aslu fil Asyya' al-Ibahah' (Asal sesuatu perkara itu adalah harus atau dibolehkan).

sebenarnya ada byk lg perbahasan dan bermacam² qaedah fiqhiyyah yg menyentuh bab muamalah antara lelaki dan perempuan bukan mahram secara umum mengikut jumhur. cuma ana hanya menyentuh berdasarkan skop asas maslahah sahaja tanpa huraian lbh dalam.

KESIMPULAN:

Ikhtilat dalam Islam terbahagi kepada 2:

Ikhtilat Syar'ie dan Ikhtilat Tak Syar'ie.

Ikhtilat Syar'ie dibenarkan oleh Islam berdasarkan hukum harus iaitu khusus kepada sebarang bentuk muamalah maslahat umum selagi mana tidak bercanggah dgn Al-Quran dan As-Sunnah.

Manakala Ikhtilat Tak Syar'ie adalah dilarang oleh Islam kerana jelas bercanggah dgn Al-Quran dan As-Sunnah.

Maka, kesimpulannya terpulang kepada kita untuk menggunakan mana² qaedah yg dirasakan terbaik dan sesuai bagi diri masing². Samada syadid atau mu'tadil, keras atau bertolak ansur, kerana Islam adalah agama yg mudah dan tak membebankan berdasarkan syarah atau huraian sebuah Hadis Sahih yg juga merupakan salah satu daripada qaedah utk kita beramal dgn agama Islam ini: al-Akhzu bil Yasir wa Tarku at-Ta'siir. (Ambil yg hukum yg ringan dan tinggalkan hukum yg berat demi kemaslahatan diri kita).

Sila respon demi maslahat bersama...

waAllahu'alam bi ilmin Zaid 'Ala Zatih.

" Kamu sentiasa menjadi alim selagi kamu menjadi pelajar; maka apabila
kamu merasa cukup (perasaan kaya ilmu)... kamu telah menjadi jahil"

Riwayat Al Imam Ibn Abd Barri dan Abdul Ghassan (Riwayat Muslim)

-www.ria-insyirah. blogspot. com-

TINGKAT-TINGKAT KEYAKINAN

Thursday, June 10, 2010

Salam sume..sekadar perkongsian dari majalah Solusi.."Hitung kesyukuranmu bukan kesukaranmu".

"Setiap orang Islam mempunyai potensi untuk menjadi orang yang bertaqwa. Potensi dalaman itu sebenarnya ada pada setiap umat Islam.Percayalah kita lebih kuat daripada apa yang kita sangka. Jika kekuatan ini benar-benar dioptimumkan, kita tidak akan terkesan oleh gangguan luaran"

Tingkat-tingkat Keyakinan:

1. ILM AL-YAKIN

Keyakinan yang tehasil daripada ilmu, atau yang diberitakan dan kemudiannya
didengari telinga.

DALIL:
Firman Allah yang bermaksud:
"Jangan sesekali(bersikap demekian)!kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang
buruk semasa hendak mati)-Surah al-Takathur-

CONTOH:
Si A tidak mengenali madu, apatah lagi merasai madu. Namun diberitakan oleh
seseorang yang dipercayainya bahwa madu itu manis rasanya. Maka si A percaya
sepenuhnya madu itu manis walaupun dia tidak pernah melihat atau merasai madu itu.

2. AIN AL-YAKIN
Keyakinan yang terhasil daripada apa yang dilihat dengan mata.

DALIL:
Firman Allah yang bermaksud:
"Selepas itu-demi sesungguhnya!-kamu (wahai orang yang derhaka) akan melihatnya
dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!"
- Surah al-Takathur:7-

CONTOH:
Si B tidak pernah merasai madu, namun dia pernah melihat setompok madu yang
tumpah dihurungi semut. Dia hanya melihat rupa bentuk madu,kelikatan madu dan
semut menghurungi madu, maka si B yakin bahawa madu itu manis,walaupun dia belum
merasai madu.

3. HAQ AL-YAQIN
Yakin yang terhasil daripada pengalaman dan amalan.

DALIL:
Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini"
- Surah al-Waqiah:95-

CONTOH:
Si C sudah merasai sendiri madu. Tangannya sendiri pernah menyentuh madu, rasa
kelikatan madu bagai bancuhan gula yang pekat. Dia juga sudah mmerasai sendiri
madu dengan lidahnya,yakni dia merasai manisnya madu,maka dia amat yakin bahawa
madu itu manis.

-PAHROL MOHAMAD JUOI,SOLUSI-

KECERDASAN OTAK KANAK-KANAK

Monday, June 7, 2010


Salam sume..sama2 la kita doakan pejuang2 ke Gaza selamat dan di lindungi Allah. Hanya doa yg mampu kita iringi.Disamping kita tingkatkan ibadah dan kurangkan maksiat. Moga2 dosa2 kita bukan penghijab utama kejayaan Israel.

Tengah wat research psl prkmbgn kanak-kanak,tertarik plak ngn artikel ni. Moga-moga bermanfaat.

Soalan.

Tuan Doktor,

Saya telah mendengar tentang mengajar kanak- kanak berenang diperingkat awal yang mana ini akan meningkatkan tahap kecerdasan dan sikap berdikari kanak- kanak. Apa pendapat doktor?

Jawapan.

Puan,

Kecerdasan pemikiran dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Faktor baka penting. Jika seseorang itu berketurunan dari orang- orang yang berilmu dan berakhlak murni, insyaallah mudahlah ciri- ciri ini membenih dalam jiwanya. Tetapi setiap individu boleh mengubah dirinya jika dia mempunyai azam yang kuat untuk mencapai matlamat yang diingininya. Dia mampu mengatasi faktor- faktor yang menyekat kemajuannya. Umpamanya walaupun keluarga, atau saudaramara yang terdekat tidak ada yang menunjukkan pencapaian yang diidamkannya kerana faktor kemiskinan, tidak mustahil baginya untuk berjaya menjadi seorang cendekiawan atau hartawan yang disegani.

Selain baka, faktor asuhan juga adalah pendorong kepada kecerdasan mental kanak- kanak. Ibu- bapa yang berakhlak mulia, mengasuh anak- anak mereka dengan baik serta memastikan yang segala keperluan anak- anak mereka dipenuhi, anak dididik,ditegur jika berkelakuan sumbang, diawasi supaya tidak terpengaruh dengan anasir anasir negatif

Semuanya ini memberi positif kepada perkembangan anak.

Makanan mempegaruhi pertumbuhan dan perkembangan fisikal, mental dan kerohanian anak anak. Justeru itu makanan mestilah dari unsur yang bersih dan halal. Pemakinan mestilah seimbang untuk memenuhi keperluan fisikal, mental anak yang kian membesar. Tertib makan dan minum hendaklah dipupuk agar anak anak tidak menjiwai sikap rakus yang boleh menjejas pula kesihatan zahir dan batinnya. Didiklah mereka supaya kenal makanan yang baik dan mengamalkan kesederhanaan apabila makan dan minum

Gejala gejala yang boleh merosakkan perkembangan sahsiah anak anak perlu dikenalpasti dan dibenteras. Ini boleh datang dari pelbagai sudut dan kadangkala tidak disedari. Saya pernah bertemu seorang kanak kanak berusia 8 tahun yang terlalu asyik dengan cyberpad sehingga tidak patuh langsung kepada arahan ibu bapa malahan berlaku biadab terhadap mereka. Setiap unsur dipersekitaran boleh mendatangkan manfaat tetapi boleh juga merosakkan. Ibu bapa perlu sentiasa menimbang dan tidak mengikut segala kemahuan anak anak. Adakalanya pergaulan prlu disekat kerana dirasakan lebih banyak menyebabkan anak- anak menerap ciri- ciri yang kuranag baik. Jika mereka tidak mudah dipengaruhi oleh rakan- rakan yang nakal, elok juga diperingatkan supaya tidak lalai

Walaupun media massa termasuk televisyen membawa manfaat Pemikiran anak- anak boleh diracuni. Suasana masa kini dengan adanya teknologi maklumat (Information technology atau IT) yang canggih memerlukan latihan jiwa untuk anak- anak agar mereka tidak mudah diracuni dengan gaya pemikiran yang tidak sihat. Akibat batin mereka diracun, mereka mudah menjadi mangsa rayuan dan umpan oleh pihak– pihak yang akan membawa kepada kehancuran pemikiran manusia.

Riadah seperti berenang atau lain- lain jenis sukan adalah baik untuk kesihatan jasmani dan rohani anak- anak dari berfoya- foya atau leka menonton televisyen sehingga berjam- jam lamanya. Anak- anak hendaklah digalakkan supaya suka kepada ilmu. Pupuklah sikap suka membaca dan suka berdamping dengan orang yang berilmu dan berakhlak mulia.

Sikap berdikari boleh dipupuk dari kecil lagi dengan memberi tanggungjawab yang bersesuasaian dengan umurnya. Galakkanlah anak- anak supaya rajin berusaha. Didiklah mereka supaya sentiasa bersabar dan mangambil iktibar dari kegagalan. Cara ini akan memupuk sikap berdisiplin dan menanam semangat juang yang kuat. Tekankan pentingnya sikap optimis kerana ia adalah penting bagi anak- anak supaya tidak mudah putus-asa.
Sumber: home.hamidarsihat.com