TINGKAT-TINGKAT KEYAKINAN

Thursday, June 10, 2010

Salam sume..sekadar perkongsian dari majalah Solusi.."Hitung kesyukuranmu bukan kesukaranmu".

"Setiap orang Islam mempunyai potensi untuk menjadi orang yang bertaqwa. Potensi dalaman itu sebenarnya ada pada setiap umat Islam.Percayalah kita lebih kuat daripada apa yang kita sangka. Jika kekuatan ini benar-benar dioptimumkan, kita tidak akan terkesan oleh gangguan luaran"

Tingkat-tingkat Keyakinan:

1. ILM AL-YAKIN

Keyakinan yang tehasil daripada ilmu, atau yang diberitakan dan kemudiannya
didengari telinga.

DALIL:
Firman Allah yang bermaksud:
"Jangan sesekali(bersikap demekian)!kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang
buruk semasa hendak mati)-Surah al-Takathur-

CONTOH:
Si A tidak mengenali madu, apatah lagi merasai madu. Namun diberitakan oleh
seseorang yang dipercayainya bahwa madu itu manis rasanya. Maka si A percaya
sepenuhnya madu itu manis walaupun dia tidak pernah melihat atau merasai madu itu.

2. AIN AL-YAKIN
Keyakinan yang terhasil daripada apa yang dilihat dengan mata.

DALIL:
Firman Allah yang bermaksud:
"Selepas itu-demi sesungguhnya!-kamu (wahai orang yang derhaka) akan melihatnya
dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!"
- Surah al-Takathur:7-

CONTOH:
Si B tidak pernah merasai madu, namun dia pernah melihat setompok madu yang
tumpah dihurungi semut. Dia hanya melihat rupa bentuk madu,kelikatan madu dan
semut menghurungi madu, maka si B yakin bahawa madu itu manis,walaupun dia belum
merasai madu.

3. HAQ AL-YAQIN
Yakin yang terhasil daripada pengalaman dan amalan.

DALIL:
Firman Allah yang bermaksud:
"Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini"
- Surah al-Waqiah:95-

CONTOH:
Si C sudah merasai sendiri madu. Tangannya sendiri pernah menyentuh madu, rasa
kelikatan madu bagai bancuhan gula yang pekat. Dia juga sudah mmerasai sendiri
madu dengan lidahnya,yakni dia merasai manisnya madu,maka dia amat yakin bahawa
madu itu manis.

-PAHROL MOHAMAD JUOI,SOLUSI-

0 comments: