Wednesday, April 7, 2010

GHURABA'

Salam sume..sja berkgsi peristiwa yg berlaku kt office kelmarin. Kira2 kl4.30 ptg, msg2 dh mula mengurangkan bebanan kerja. Ada mengemas2 tmpt,beg dan fail,ada yg makan2 dan kurang gak yang sembang2 dan bergurau2. Ada ja isu klu nk kenakan orang lain. Aku pn apa krgnya. xkering gusi. Tapi anggota2 TH mmg happening. xpernah sunyi office ni.

Pada masa yang sama aku membuka beberapa blogs shbt2 Usim dan salah satu blog 2 ada nasyid "GHURABA'". Aku cuba mengamati bait2 liriknya wlpn xpndai sngat bahasa arab. Seperti biasa ,klu ak xtau sesuatu,mst nk trs tnya,xksh r kt sapa..so,ak pn tnya bbrpa anggota TH psl cerita d sebalik mkna "GHURABA". Perbincangan ringkas berlaku, masing2 melontarkan pendapat masing2. Aku sukakan keadaan ni, waktu kt campus dulu selalu berlaku keadaan ini. Walaupn msg2 krg ilmu, tp bla setiap orang berkongsi, sdkt sbnyk bertambah ilmu sume org.(rindunya kt USIM).


Bagi meyakinkan lg perbincangan kami, kami pn merujuk kpd salah seorg anggota lain yg dikenali sbg ustaz di sini,wlpn dia bkn ustaz. Dengan yakinnya,dia memberikan kpd kami buku "Empat Puluh Hadith Tentang Peristiwa Akhir Zaman" susunan Ustaz Abu Albanjari Adnadwi. Yang menariknya,buku lama ini dicetak pd thn 1994 dalam bahasa jawi. Merangkak2 slh seorg kami membaca buku 2, mklmlah jrg2 bca tulisan jawi, ps2 ada gak ejaan2 yg dh berubah. Ak pn membaca keterangan mengenai hadith kesembilan dalam buku tersebut kepada anggota2 lain.

Daripada Abu Hurairah r berkata: Bersabda Rasulallah S.A.W :

"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), dan ia akan kembali asing pula. Maka, Beruntunglah orang2 yang asing."

(Hadith riwayah Muslim)

KETERANGAN:

Islam mulai tersebar di Mekah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendokong kalau di bandingkan dengan penentangannya. Kemudian, setelah itu Islam tersebar keseluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan dari pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang2 Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang Iltizam (Istiqamah) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang Istiqamah dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai peribadi yang sohih. Contohnya kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang , tiba2 ada seseorang yang meminta diri
untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan itu dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda2 ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk. Begitulah seterusnya nasib Islam diakhir zaman.....ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisiih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

Terdapat banyak lagi contoh2 realiti kehidupan yang menyokong hadith. Kita yang bertudung labuh pn dpndg pelik, tp yang xpakai tudung xpelik. Kita yang mencegah kemungkaran dianggap menyibuk, tp yang tengok ja kemungkaran xpa. Tiba-tiba terdapat salah seorang anggota yang memberi pandangan, bahawa faktor utama perkara ini berlaku ialah umat Islam tidak mengamalkan ayat 208 dalam surah Al-Baqarah secara total:

" Wahai orang2 beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu mengikut ajakan syaitan. Sesungguhnya, syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."

Erm,mmg xdpt di nafikan.Tp xsmpt nk coretkan sume perbincangan kami kt cn arini.Insya'allah smbg len kali. Wallahua'lam.(",)

0 comments: