RASULULLAH: Siapa pula yang sama (tarafnya) seperti engkau?
IBLIS : Orang-orang yang meringankan syariat Tuan Hamba dan membenci orang
orang yang mempelajari Islam.
RASULULLAH: Siapakah pula yang memberikan cahaya pada muka engkau?
IBLIS : Orang-orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan (menjadi) saksi
pembohong serta memungkiri janji
RASULULLAH: Hai Iblis! Siapakah saudaramu?
IBLIS : Iaitu orang yang tidur nyenyak di waktu subuh, maka dia masih tidur dan
tidak segera solat subuh, maka hamba akan mengulitnya sehingga dia lena
sehingga terbit matahari dan begitu juga pada waktu zohor, asar dan maghrib,
hamba akan beratkan hatinya (sehingga) menjadi malas mengerjakan solat.
RASULULLAH: Hai Iblis!Dengan jalan manakah yang boleh membinasaknmu?
IBLIS : Orang yang banyak menyebut nama Allah dan banyak memberikan sedekah
dengan tidak diketahui orang, memperbanyakkan tadarrus Al-Quran serta
solat di waktu malam.
RASULULLAH : Apa pula yang memecahkan penglihatan engkau?
IBLIS : Orang yang banyak beriktikaf di masjid kerana Allah .
RASULULLAH: Apakah lagi yang memecahkan penglihatan engkau?
IBLIS : Orang yang taat kepada (kedua) ibubapanya serta membantu (menjaga)
makan dan minum serta pakaian mereka kerana Tuan Hamba telah bersabda
"bermula Syurga itu adalah di bawah (tapak) kaki ibubapa".
RASULULLAH: Apa pula yang merantai engkau?
IBLIS : Penjual (peniaga) yang betul timbangan dan sukatannya, ukuran dan
tukarannya.
RASULULLAH : Apabila umatku memberi salam antara satu dengan yang lain, bagaimanakah
keadaanmu?
IBLIS : Apabila dua orang Muslim bertemu di tengah jalan, lantas memberikan salam
dan dijawab oleh saudaranya, maka terasa seperti pecah dada hamba, maka
hamba pun meratap kerana kedua-duanya telah diampunkan (dia dan
saudranya) apabila berpisah keduanya.
(to be continued)
0 comments:
Post a Comment