UMAT ISLAM SENTIASA BOLEH!!!

Monday, April 26, 2010

Umat Islam harus cemerlang
Hari ini mesti lebih baik dari semalam
Jangan buang masa
Siapa kata kita tidak boleh

Kita ada Allah Maha Kuasa
Kita punya kuasa tenaga
Doa sebagai senjata
Umat Islam sentiasa boleh


Umat Islam zaman lampau
Taat perintah Rasulullah
Bersama berusaha bersatu tuju wawasan
Dunia dan akhirat


Wawasan dunia dan akhirat
Akhirnya Islam cemerlang seluruh dunia
Wawasan diri penuhi dada dengan ilmu
Wawasan agama bekalan masa depan dan akhirat


Kuat usaha jujur dan amanah
Sentiasa mengharap keredhaan Allah
Akidah ibadah harus sempurna
Ibadah tanpa akidah wawasan syaitan


Ulama' warisan anbiya'
Pegangan mereka harus diikut
Ajaran sesat wajib hindari



"TAWAKKAL"

Thursday, April 22, 2010

Salam sume..alhamdulillah,sahabat yg send emel cerita ni tampil..godeh2, alhmdulillah berjaya bertemu ngn emel yg dikirim pada 23 Januari 2007..thanks Ummu..(",)..Jauh sngt cerita kami..hehe..apa2 pn,smga mnjd iktibar kepada sume..(",)

Bercerita tentang tawakal, terdapat sebuah kisah antara Imam Syahid Hassan AlBanna dan Abbas As Sissi.

Setelah Abbas mendapat diploma dari Sekolah Menengah Teknik pada tahun 1939, beliau berangkat ke Kaherah untuk mencari kerja. Beliau pergi menemui al fadhilah al mursyid am Hassan Al Banna r.a di Markas Am Ikhwan di Al-Hilmiyah Jadidah. Setelah almursyid mengalu-alukan kedatangannya, almuryid bertanyakan sebab-sebab kehadiran beliau di kota Kaherah itu.

Abbas: Untuk mencari kerja.

Almursyid: Tidakkah kau terfikir untuk bekerja secara sukarela di Sekolah Teknik/ Mekanik Peperangan?

Abbas: Sesungguhnya keluarnya aku dari sekolah teknik ini adalah semata-mata untuk membebaskan aku dari perkhidmatan tentera.

Almursyid: akan tetapi risalah kita mewajibkan kita berkhidmat di dalam jurusan ini (jurusan ketenteraan).

Abbas: Itu tidak ada halangan, tetapi aku tidak akan berjaya di dalam pemeriksaan Doktor kerana sebelah dari mataku kabur (rabun).

Almursyid: Bertawakallah kepada Allah s.w.t supaya berjaya.

Abbas: Bagaimana aku akan berjaya di dalam pemeriksaan Doktor padahal mataku dalam keadaan yang demikian.

Almursyid: Justeru kerana itulah aku berkata: bertawakallah kepada Allah kerana jika matamu sejahtera, kamu akan bertawakal kepada matamu.

Pengertian ini benar-benar menggoncangkan kewibawaan Abbas sekaligus beliau merasakan iman menyelinap ke dalam perasaaannnya. Beliau berangkat menuju ke Sekolah Teknik Peperangan di Al Abbasiyah dengan bertawakal kepada Allah s.w.t. Beliau diiringi oleh seorang pegawai tentera menuju rumah sakit tentera dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah s.w.t, berserah sebulat-bulatnya kepadaNya dengan harapan mendapat kejayaan. Setelah melalui pemeriksaan Doktor secukupnya, beliau termasuk di kalangan orang-orang yang berjaya. Lantaran itu, beliau memasuki sekolah tersebut dan bermulalah hidupnya di dalam jurusan yang baru dan di luar dari perhitungan awalnya.

Beliau juga tidak lupa, bagaimana apabila meletus sahaja perang dunia kedua, kementerian telah menyegerakan penamatan kursus(graduation) bagi membolehkan mereka berangkat ke medan perang di padang pasir sebelah Barat. Beliau beserta rakan-rakannya seramai sekitar 100 orang pergi ke Dharbu An Nar, medan tempat ujian menembak (sebelum lulus). Beliau berasa sangat dukacita kerana bimbang akan gagal di dalam latihan menembak itu kerana kelemahan mata kirinya. Spontan beliau teringat kata-kata AlImam - tawakallah kepada Allah, kamu akan berjaya. Serentak dengan itu meresaplah pengertian tawakal ke dalam jiwanya dan beliau benar-benar yakin akan hakikat bertawakal itu. Beliau melakukan latihan menembak itu dengan sepenuh kepercayaan dan ketenangan walaupun hanya menggunakan sebelah matanya yang terang. Akhirnya Husin Ahmad, panglima yang melatih mereka mengisytiharkan bahawasanya pemenang yang pertama ialah Abbas Al Sisi. Keputusan ini memeranjatkan mereka yang mengetahui hakikat ini tetapi inilah satu daripada hakikat kebenaran bertawakal kepada Allah s.w.t.

Sememangnya besar peranan tawakal dalam hidup seorang muslim yang mukmin. Tawakal itu ialah berusaha bersungguh-sungguh menurut batas-batas kemampuan manusia, kemudian menyerahkan tadbir segala urusan kepada Allah s.w.t, yang menjadi kunci segala kebaikan, segala berkat serta pemeliharaan dan perlindungan dari segala kejahatan.

Anda tahu mustahaknya tawakkal?

Tawakal menambah baik aqidah anda.

Bagaimana?

Kalau tak bertawakal kepada Allah, anda akan bertawakal kepada bermacam-macam, kepada manusia, kepada alat atau kepada teknologi

Boleh beri contoh?

Orang yang kuat study dan hanya confident kepada guru dan tuisyen tidak sama dengan orang yang memohon supaya diberi ilmu di samping mencari guru dan kelas tuisyen yang bermutu. Di luar nampak serupa, tetapi pegangan hati berbeza

Apa akibat jika lemah atau tidak bertawakal kepada Allah?

Banyak. Satu, mudah diperdaya orang. Dengar penjual berkempen hebat barangan make-up atau kesihatan, terpukau, rasa rugi kalau tak beli. Beli dan menaruh harapan menggunung nak jadi anggun atau sihat. Jadilah dia pembeli tetap tiap kali ada promosi. Berbeza dengan orang yang bertawakal, harapannya kepada Allah. Dia akan membeli barangan kesihatan apabila disyor oleh doktor. Itupun, ia lebih banyak memohon daripada Allah Maha Penyembuh.

Lagi!

Orang yang bertawakal boleh mengawal tekanan perasaan. Jika ia memohon kerja, ia kemudian akan susuli doa yang berterusan. Ia tidak bimbang jika gagal kerana ia tahu bahawa setiap ketentuan Allah adalah yang terbaik baginya. Jika ditakdirkan mendapat suami yang berpendapatan rendah, ia tidak bimbang. Baginya rezeki yang berkat walau sedikit lebih baik daripada rezeki yang banyak tetapi melalaikan

Ada yang bahaya daripada itu?

Ada. Sampai melanggar larangan Allah! Bimbang barangan tak laku peniaga jumpa bomoh, jampi serapah Hindu klasik - runtuh aqidah. Bimbang tak dapat jodoh si gadis peraga diri, mendedahkan tubuh di khalayak, bermata keranjang, jadi bebas dan liar. Patut sampaikan hasratnya melalui para ibu, dan memohon kepada Allah agar dikurniakan lelaki soleh. Jangan terkejut, ada suami zaman ini yang melacurkan isteri dan anak gadis kerana desakan hidup. Tak ada pendirian, tak ada maruah. Harimau yang buas pun cemburu jika ada harimau jantan menghampiri pasangan betinanya. Suami itu adalah adayus. Orang dayus diharamkan syurga. Kerana tiada tawakal rosak masa depan isteri dan anak gadis itu.

TAWAKKAL

Salam sume...Salam imtihan...Salam jihad ilmu...pas baca blog SPMM td,teringat satu kisah..xingat sangat jalan cerita yg sebenar2nya dan xingat siapa yang ceritakan, tp cukup terkesan di hati.Selalu juga cerita kt adk2 di Usim terutamanya waktu minggu orentasi(ramai kecewa xdpt jurusan or universiti idaman dan takut xdpt skor dalam jurusan yang ditawarkan).

Pada satu zaman,seorang hamba Allah (A)bercita-cita menjadi seorang tentera.Dia tidak pernah pergi temuduga,tetapi selalu mengharapkan dia akan jd tentera.Gurunya selalu menasihatinya supaya pergi temuduga bagi membolehkannya menjadi seorang tentera."tapi,saya kan rabun...sah2 la syarat utama dh xlepas" kata si A."xpa,usaha dulu,sambil2 berdoa dan tawakkal" kata Gurunya.

Ramai sahabat-sahabat A yang dah pergi temuduga, tetapi hanya beberapa orang sahaja yang terpilih ke saringan seterusnya. Keadaan ini menyebabkan semangatnya semakin luntur. Tetapi setiap kali berjumpa dengan gurunya,si guru akan menasihati perkara yang sama dan menceritakan pentingnya memahami konsep tawakkal itu sendiri.

Akhirnya,si A bertekad untuk mengikuti saranan gurunya. Dia pun pergi menghadiri sesi temuduga.Masyaallah,dia sangat terkejut kerana dia terpilih ke saringan seterusnya. Dia sangat gembira dan menceritakan kepada gurunya.Gurunya hanya tersenyum sambil mengucapkan Alhamdulillah.

Hari berikutnya,si A pergi menghadiri temuduga peringkat seterusnya.Subhanallah, dia berjaya dan diterima menjadi seorang tentera. Dia tersangat gembira dan bersyukur kerana impiannya selama ini dimakbulkan.Dia menjumpai gurunya dan meluahkan apa yang tersirat di hatinya(dia musykil cmna yang dikatakan tawakkal sedangkan saya memang rabun). Gurunya berkata "tawakkal ialah menyerahkan segala ketentuan selepas berusaha bersungguh-sungguh kepada pencipta, yakin segalanya (termasuk usaha kita )milik Allah dan hanya Allah yang berkuasa terhadap segala-galanya". Si A masih musykil."Menghadiri temuduga itu merupakan usaha walaupun kamu sedar kamu rabun. Keadaan ini membuktikan kamu betul2 bertawakkal kepada Allah bukan pada matamu".

Sama juga dengan situasi kita yang sedang berjihad ilmu. Kita berusaha bersungguh-sungguh dengan belajar siang malam, berjaga malam (qiam), kurangkan berbual kosong dan seangkatannya. Semua perkara itu adalah usaha tetapi kita tidak boleh sandarkan bahawa kejayaan atau kegagalan itu disebabkan usaha kita, sebaliknya usaha itu hanya wasilah kejayaan or kita .

DIALOG IBLIS DAN RASULULLAH SAW

Wednesday, April 21, 2010

RASULULLAH: Siapa pula yang sama (tarafnya) seperti engkau?
IBLIS : Orang-orang yang meringankan syariat Tuan Hamba dan membenci orang
orang yang mempelajari Islam.
RASULULLAH: Siapakah pula yang memberikan cahaya pada muka engkau?
IBLIS : Orang-orang yang berdosa dan bersumpah bohong dan (menjadi) saksi
pembohong serta memungkiri janji
RASULULLAH: Hai Iblis! Siapakah saudaramu?
IBLIS : Iaitu orang yang tidur nyenyak di waktu subuh, maka dia masih tidur dan
tidak segera solat subuh, maka hamba akan mengulitnya sehingga dia lena
sehingga terbit matahari dan begitu juga pada waktu zohor, asar dan maghrib,
hamba akan beratkan hatinya (sehingga) menjadi malas mengerjakan solat.
RASULULLAH: Hai Iblis!Dengan jalan manakah yang boleh membinasaknmu?
IBLIS : Orang yang banyak menyebut nama Allah dan banyak memberikan sedekah
dengan tidak diketahui orang, memperbanyakkan tadarrus Al-Quran serta
solat di waktu malam.
RASULULLAH : Apa pula yang memecahkan penglihatan engkau?
IBLIS : Orang yang banyak beriktikaf di masjid kerana Allah .
RASULULLAH: Apakah lagi yang memecahkan penglihatan engkau?
IBLIS : Orang yang taat kepada (kedua) ibubapanya serta membantu (menjaga)
makan dan minum serta pakaian mereka kerana Tuan Hamba telah bersabda
"bermula Syurga itu adalah di bawah (tapak) kaki ibubapa".
RASULULLAH: Apa pula yang merantai engkau?
IBLIS : Penjual (peniaga) yang betul timbangan dan sukatannya, ukuran dan
tukarannya.
RASULULLAH : Apabila umatku memberi salam antara satu dengan yang lain, bagaimanakah
keadaanmu?
IBLIS : Apabila dua orang Muslim bertemu di tengah jalan, lantas memberikan salam
dan dijawab oleh saudaranya, maka terasa seperti pecah dada hamba, maka
hamba pun meratap kerana kedua-duanya telah diampunkan (dia dan
saudranya) apabila berpisah keduanya.


(to be continued)

Wednesday, April 7, 2010

GHURABA'

Salam sume..sja berkgsi peristiwa yg berlaku kt office kelmarin. Kira2 kl4.30 ptg, msg2 dh mula mengurangkan bebanan kerja. Ada mengemas2 tmpt,beg dan fail,ada yg makan2 dan kurang gak yang sembang2 dan bergurau2. Ada ja isu klu nk kenakan orang lain. Aku pn apa krgnya. xkering gusi. Tapi anggota2 TH mmg happening. xpernah sunyi office ni.

Pada masa yang sama aku membuka beberapa blogs shbt2 Usim dan salah satu blog 2 ada nasyid "GHURABA'". Aku cuba mengamati bait2 liriknya wlpn xpndai sngat bahasa arab. Seperti biasa ,klu ak xtau sesuatu,mst nk trs tnya,xksh r kt sapa..so,ak pn tnya bbrpa anggota TH psl cerita d sebalik mkna "GHURABA". Perbincangan ringkas berlaku, masing2 melontarkan pendapat masing2. Aku sukakan keadaan ni, waktu kt campus dulu selalu berlaku keadaan ini. Walaupn msg2 krg ilmu, tp bla setiap orang berkongsi, sdkt sbnyk bertambah ilmu sume org.(rindunya kt USIM).


Bagi meyakinkan lg perbincangan kami, kami pn merujuk kpd salah seorg anggota lain yg dikenali sbg ustaz di sini,wlpn dia bkn ustaz. Dengan yakinnya,dia memberikan kpd kami buku "Empat Puluh Hadith Tentang Peristiwa Akhir Zaman" susunan Ustaz Abu Albanjari Adnadwi. Yang menariknya,buku lama ini dicetak pd thn 1994 dalam bahasa jawi. Merangkak2 slh seorg kami membaca buku 2, mklmlah jrg2 bca tulisan jawi, ps2 ada gak ejaan2 yg dh berubah. Ak pn membaca keterangan mengenai hadith kesembilan dalam buku tersebut kepada anggota2 lain.

Daripada Abu Hurairah r berkata: Bersabda Rasulallah S.A.W :

"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), dan ia akan kembali asing pula. Maka, Beruntunglah orang2 yang asing."

(Hadith riwayah Muslim)

KETERANGAN:

Islam mulai tersebar di Mekah dengan keadaan yang sangat asing dan dagang. Sangat sedikit penganut dan pendokong kalau di bandingkan dengan penentangannya. Kemudian, setelah itu Islam tersebar keseluruh pelusuk dunia sehingga dianuti oleh dua pertiga penduduk dunia. Kemudian Islam kembali asing dan dirasa ganjil dari pandangan dunia, bahkan dari pandangan orang Islam sendiri. Sebahagian daripada orang2 Islam merasa ganjil dan pelik bila melihat orang Islam yang Iltizam (Istiqamah) dengan Islam dan cuba mengamalkan tuntutan Islam yang sebenar. Seorang yang Istiqamah dengan Islam dipandang sepi oleh masyarakat dan terlalu susah untuk diterima sebagai peribadi yang sohih. Contohnya kalau ada sesuatu program kemasyarakatan kemudian masuk waktu sembahyang , tiba2 ada seseorang yang meminta diri
untuk menunaikan sembahyang, maka tindakan itu dianggap tidak sopan dan kurang wajar. Sedangkan orang yang tidak bersembahyang sambil bersenda2 ketika orang lain bersembahyang tidak dianggap sebagai perbuatan yang salah dan terkutuk. Begitulah seterusnya nasib Islam diakhir zaman.....ia akan terasing dan tersisih dari masyarakat, bahkan tersisiih dari pandangan orang Islam sendiri yang mengaku sebagai umat Islam dan marah apabila dikatakan yang dia bukan orang Islam.

Terdapat banyak lagi contoh2 realiti kehidupan yang menyokong hadith. Kita yang bertudung labuh pn dpndg pelik, tp yang xpakai tudung xpelik. Kita yang mencegah kemungkaran dianggap menyibuk, tp yang tengok ja kemungkaran xpa. Tiba-tiba terdapat salah seorang anggota yang memberi pandangan, bahawa faktor utama perkara ini berlaku ialah umat Islam tidak mengamalkan ayat 208 dalam surah Al-Baqarah secara total:

" Wahai orang2 beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu mengikut ajakan syaitan. Sesungguhnya, syaitan itu adalah musuh kamu yang nyata."

Erm,mmg xdpt di nafikan.Tp xsmpt nk coretkan sume perbincangan kami kt cn arini.Insya'allah smbg len kali. Wallahua'lam.(",)

Sunday, April 4, 2010

THE MATCHLESS PEARL

“The teacher was listening to the students complaining about their parents’ attitudes toward them. Most of the students were complaining about their fathers, because of the great pressure they put on them. One after another….as the number of his friends complaining about their fathers increased, his eyes filled with tears, because he did not have father to complain about. The unbearable and incomparable explosion of pain caused by the absence of his father in his childhood memories filled the void in his mind and heart. Alas, all that pain did not change anything, because he had been permanently disabled by not having a father during his childhood…”

Orphans are disabled people who are never categorized as disabled, but who suffer the consequences of this “neglected” disability. It is the disability of not having a mother or father during the period of your life until the age of six; a period when you are constructing your inner world, making up sub-conscious paradigms to understand the outer world, and developing manners by which to express yourself among others. In other words, you are setting up the connections between your material and spiritual aspects. A person whose mother is absent during their childhood is disabled in terms of being able to fully understand and experience spirituality; and a person whose father is absent in the same period is disabled in their interactions with the material world.

It was November of 1979 when I joined the world of the disabled;it was my father who disappeared. But I was too young to comprehend the situation. It took me twenty-six years to understand my state as an orphan, and to finally start thinking about the ways that I could overcome my disability. As I have difficulty in understanding and experiencing the outer world, I am not able to express my inner world in the outer one as I wish.Also, I am not able to analyze the message I receive from other people as I am expected to. The outcome of such a disconnection between other people and me is failure in social interactions.


However, this disability helps me better appreciate certain things that other people do not. For example, there are many holy people whose fathers were absent during their childhood for one reason or another. The most prominent of these people are the prophets Moses, Jesus, and Muhammad, peace be upon them. Because of the absence of their fathers during childhood, it is expected that they would become people who experienced difficulties in their relations with others, or people who could not develop strong self-esteem, which is essential in becoming a leader. Contrary to these expectations, they had a very successful life in realizing the goal of their missions, which was to convey the world of god as it is revealed and to form an exemplary community of believers. On the other hand, the apparent setback of being an orphan became an advantage and worked as a preconditioned for the mission which they were destined to undertake. Though their fathers were absent, they were supported by their mothers, whose existence and education deeply inculcated compassion and spiritually in them. Thus, they naturally had a great potential to develop a strong bond with God and deep compassion towards their people.

Considering the life story of the Prophet Muhammad, these facts can be observed very clearly. His father, Abdullah, died before his birth. So, the Prophet Muhammad only had his mother,Amina as his parent. Then, at the age of six, he lost his mother too. This meant that he had neither parent for the remainder of his childhood. After his mother had passed away, Abdulmuttalib, his grandfather, undertook his guardianship. Unfortunately,his grandfather could not stay with him for a long time, his death coming two years later. Among his uncles, the poorest one, Abu Talib, despite his old age and his many other children, agreed to foster Muhammad, the matchless orphan pearl. Today's statistics show that a child in such misery, if not cared for properly, is a potential future criminal, if not a victim of suicide. However, the events in the prophet's life that would remind him of his orphan state did not finish there. Nine years after he started to teach Islam, his wife Khadijah and his uncle Abu Talib died. These two deaths came at a time when Muhammad was terribly in need of support. In the later years of his life, three of his four daughters passed away. This sequence of losses kept him constantly in the psychology of being an orphan throughout his life.


Aside from these tragic events, when the achievements of his lifetime are examined, one cannot help but admire him. He started to teach Islam alone, but eventually conquered the hearts of thousands. He ministered in a society where the most abominable sins were commited daily and moral values were almost non-existent;yet he was able to transform that society into people of righteousness with high moral values. He established a state that grew to become the source of civilization;and he did this despite resistance from his own tribe and other super powers of the time. It is a miracle in addition to all the others that the Prophet Muhammad was able to overcome his situation as an orphan and achieve all these great things. This is a fact that points to God as the protector and educator of this orphan.

It has been about 1,400 years since the line of prophethood ended. Today, in 2006, looking at my current situation, I find myself in a struggle to overcome my disability. The similiarity between my life story and the life story of the Prophet Muhammad, who is one of the most esteemed prophets, give me the light of hope;a light that carries the warmth of compassion and the serenity of wisdom of God.


-SERMED OGRETIM, A TRIBUTE TO THE PROPHET MUHAMMAD, CELEBRATING THE BLESSED BIRTH-

PUDING KOKTEL

BAHAN-BAHAN:

2 tin susu cair
1 tin susu pekat
2 sudu tepung jagung
4 sudu tepung kastard
6 sudu gula
1 1/2 tin air
1 tin koktel
1 paket sumi
1 bekas nata de coco
ais

CARA-CARA::

PUDING:

1. Masukkan 1 tin susu cair+2 sudu tepung jagung +4 sudu tepung kastard + 6 sudu
gula+3/2 tin air ke dalam periuk.
2. Panaskan dan kacau sehingga pekat
3. Masukkan dalam bekas yg sesuai dan biarkan sejuk.

KOKTEL:

1. Campurkan buah koktel+ 1 tin susu pekat+1 tin susu cair+nata de coco+ sumi


*klu nk lg sedap,campurkan ais

p/s: I wrote this menu as per request from my beloved sisters .(",)