CEK COKLAT KUKUS

Tuesday, October 25, 2011

BAHAN2:

-1Cawan Serbuk Koko
-1 Cawan Gula Pasir
-1 Cawan Susu Cair
-1 Cawan Minyak Masak
-1/2 Cawan Susu Manis
-1 1/4 Cawan Tepung Gandum
-1 tsp baking powder
-1tsp soda bikarbonat
-3 bj telur

TOPPING

-1/2 tin susu pekat manis
-1/2 cwn serbuk koko
-(masak scra` double boiler hgga pekat)


CARA2:

1.Campur serbuk koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sbntr di atas api kecil shgga semua larut.
2.Tepung, soda bikabornat dan baking powder di ayak satu.
3.Telur dipukul kembang dan dicampur dgn serbuk koko (bahan2 cara 1) td.
4.Gaul rata dan campur tepung (bahan2 cara 2). Gaul sebati dan tuang acuan dan jgn smpai penuh sbb nnt adunan naik. Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak msk wap.
5.Kukus selama 1 jam br angkt dan sejukkan.
6.Tuangkan topping ke atas kek.

p/s: as per request..selamat mencuba.(",)

MINYAK WANGI

Monday, October 10, 2011

Hukum Memakai Minyak Wangi Beralkohol.



Q: Apa hukum minyak wangi yang ada alkohol? Sahkah solat menggunakan minyak wangi yang ada alkohol?


A: Pertama, saya ingin jelaskan bahawa alkohol bukanlah najis. Oleh itu minyak wangi yang ada alkohol tidak najis dan solat menggunakan minyak wangi yang ada alkohol juga adalah sah.

Persoalan alkohol berpunca dari kekeliruan tentang arak kerana dalam arak ada alkohol. Malah istilah alkohol juga digunakan untuk arak sehingga difaham bahawa arak itu alkohol dan alkohol itu arak (alkoholik adalah merujuk pada orang yang ketagihan arak). Maka orang menghukum alkohol sama seperti arak - najis dan haram.

Sebenarnya tidak begitu. Alkohol hanyalah salah satu dari bahan yang terkandung dalam arak. Bahan2 lain adalah air, gula dsb.. Jika diasingkan air yang terdapat dalam arak itu (dengan proses penyulingan atau proses lain), sudah tentu ia (air tersebut) suci dan tidak najis. Begitu juga dengan gula, alkohol yang terdapat dalam arak itu.

Yang haram dan najis adalah arak. Yang mudarat adalah arak. Yang memabukkan adalah arak berpandukan hadith Nabi s.a.w yang bermaksud "Tiap yang memabukkan adalah arak (khamar) dan tiap arak adalah haram". Jika arak terkena pada pakaian maka pakaian itu najis dan solat dengannya tidak sah.

Tapi ingat! Jika ada minyak wangi yang mengandungi bahan2 najis yang lain seperti bahan tertentu yang diambil dari binatang atau organ manusia maka minyak wangi itu adalah najis serta haram digunakan dan solat dengannya tidak sah.

Panduan umum tentang minyak wangi yang mengandungi bahan2 najis seperti itu adalah harganya yang mahal... Biasanya minyak wangi yang murah tidak mengandungi bahan najis tersebut... Terkecuali dari panduan umum ini minyak wangi yang menggunakan bahan yang sukar diperoleh seperti kasturi, ambar, gaharu dll kerana kadang2 harganya juga mahal...

Wallahu a`lam.
Sumber: Http://www.drbadrulamin.blogspot.com

--------------------------------------------------------------------------------
Hasilnya kesemua ulama empat mazhab sebelum itu pun telah menyebut bahawa arak adalah Najis.

1) Mazhab Hanafi, menurut kitab al-Fiqh al-Islami wa adillatuh (6/158) menyebut bahawa jika terdapat setitik arak sebesar syiling di baju seseorang, maka solatnya menjadi batal.

2) Mazhab Maliki, disebut oleh Ibn Rushd dalam Bidayat al-mujtahid (2/125); "Tiada satu jenis pun dari alkohol, bangkai dan najis boleh digunakan kecuali untuk tujuan perubatan"

3) Mazhab Shafi`i, arak disebut najis sebagaimana disebut oleh Imam An-nawawi di dalam al-Majmu` 2/569-570 (dipetik dari Imam al-Ghazali);

4) Demikian juga menurut mazhab Hanbali ( Ibn Quddama, al-Mughni, 9/152).

Benar 70 % atau lebih dalam arak adalah alkohol, tetapi ia jenis "Denatured alcohol" yang telah diproses untuk tujuan memberikan kemabukkan. Sila rujuk Denatured Alcohol . Adapun, alkohol yang ada di dalam minyak wangi adalah bukan jenis ethanol yang sama dengan apa yang ada di dalam arak, ia menggunakan ‘Absolute ethanol' iaitu satu jenis alkohol dengan hanya sedikit air dan campuran lain (maka kesannya juga berbeza dari kesan arak, malah ia tidak lagi digelar arak, barangsiapa yang meminumnya pula, ia mungkin boleh membawa seseorang itu ke alam barzakh dengan segera ! dan bukannya mabuk.

Kesimpulannya, menggunakan minyak wangi beralkohol adalah dikira suci dan tidak menjejaskan solat seseorang. Itulah pendapat saya berdasarkan hujjah di atas dan demikian juga pandangan yang diberi oleh guru-guru saya seperti Prof. Dr Abd Fatah Idris melalui kitabnya dan Syeikh Prof Dr Fadhal Hassan Abbas melalui kuliahnya.

BAGAIMANAPUN, AKHIR-AKHIR INI SAYA MENDAPAT INFOMASI TIDAK RASMI BAHAWA TERDAPAT PERFUME DARI BARAT YANG JUGA MEMPUNYAI ELEEMN 'LARD' ATAU BABI DI DALAMNYA. JIKA BENAR, MAKA ia adalah diharamkan dan tidak sah di bawa di dalam solat.

Sumber: Zaharudin.Net (Hukum perfume Alkohol)

--------------------------------------------------------------------------------
Soalan :
Saya keliru tentang hukum memakai minyak wangi beralkohol didalam sembahyang. Setengah pendapat berkata alkohol itu najis jadi tidak sah sembahyang kita. Tolong jelaskan..

Jawapan :
Alkohol yang terdapat di dalam minyak wangi boleh dipakai dan dibawa sembahyang. Hal ini kerana alkohol yang terkandung di dalam wangian bukan dari sumber yang najis..

Sumber: JAKIM


-------------------------------------------------------------------------------------
Masih ramai dikalangan kita orang Islam yang keliru dengan hukum pakai minyak wangi. Mereka hanya tahu hukum minyak 'attar'.Walhal hakikatnya adalah sama. Attar itu adalah minyak wangi dan minyak wangi itu adalah attar.Bahasa arab dan bahasa Melayu.

Alim Ulama kita dah lama bincang pasal ni.Dan dahpun ada hukum pemakaiannya. dek kerana sikap kita malas untuk mencari ilmu maka permasalahan ini masih timbul.

Saya bawakan beberapa pandangan ulama dalam masalah pemakaian perfume. semua pandangan ini adalah harus dan boleh dipakai..

1. Fatwa Majlis Kebangsaan :" Ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya."

2. Lembaga Fatwa Al Azhar berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis.

3. Fatwa almarhum Syeikh Sya'rawi (rh) dalam kitabnya " Anta Tas al Wa Islam Tujib " menjelaskan bahawa :" Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL hukumnya. Alkohol hukum-nya menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk."

4. Menurut Kitab " Al Fiqh Al Muzaahibil Arba'ah" dalam bab " An Najaasaat" juzu' 1menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti, hukumnya adalah HARUS.

5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsirnya yang masyhur iaitu " Tafsir Al Manar " menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang
kenajisannya.

6. Imam Asy - Syaukaani (rh) dalam kitabnya " Nailul Awthor " juga bersependapat diharuskan dan tidak najis

Sudut Pandangan saya....

Masalah yang berkait dengan perfume + alkohol ini dan settle. Yang masih menjadi masalahnya ialah Perfume + Bahan Najis. Macam Botox ada bahan najis. Inilah yang menyebabkan ianya haram dipakai di luar sembahyang dan dalam sembahyang.

kekadang bahan campuran yang haram(bukan alkohol) itu adalah yang menyebabkan ianya tak boleh dipakai

Sumber: http://precoms.blogspot.com/2008/06/hukum-memakai-minyak-wangi-beralkohol.html

HUDUD

Saturday, October 8, 2011

SEKILAS MENGENAI HUDUD SEBAGAI UQUBAT DALAM ISLAM

[SN278] Uqubat (hukuman) disyariatkan untuk mencegah manusia dari melakukan kejahatan. Allah SWT berfirman, “Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertakwa” [TMQ al-Baqarah (2):179]. Maksudnya, di dalam pensyariatan qisas (bunuh balas) bagi kalian, yakni membunuh si pembunuh, ada hikmah yang sangat besar, iaitu menjaga jiwa. Ini adalah kerana jika si pembunuh mengetahui yang ia akan dibunuh jika ia membunuh orang lain, maka ia akan merasa takut untuk melakukan pembunuhan. Itu sebabnya di dalam qisas ada jaminan hidup bagi jiwa. Pada ghalib (kebiasaan)nya, jika seseorang yang berakal itu mengetahui bahawa apabila ia membunuh orang lain, maka ia akan dibunuh, maka ia tidak akan melakukan pembunuhan tersebut. Dengan demikian, uqubat berfungsi sebagai zawajir (pencegah). Keberadaannya disebut sebagai zawajir, sebab dapat mencegah manusia dari melakukan kejahatan.

Kejahatan adalah perbuatan-perbuatan tercela (al-qabih). Al-qabih adalah apa sahaja yang dicela oleh Allah. Itu sebabnya, suatu perbuatan tidak dianggap kejahatan kecuali jika ditetapkan oleh syara’ bahawa perbuatan itu tercela. Ketika syara’ telah menetapkan bahawa perbuatan itu tercela, maka sudah pasti perbuatan itu disebut kejahatan. Hal itu tanpa memandang tingkat tercelanya, yakni tanpa memperhatikan besar kecilnya kejahatan. Syara’ telah menetapkan perbuatan tercela sebagai dosa (dzunub) yang harus dikenakan hukuman (uqubat). Demikianlah, dosa itu asasnya adalah kejahatan [Syeikh Abdul Rahman al-Maliki, Nidzamul Uqubat Fil Islam].

Tindakan-tindakan yang dikenakan uqubat adalah tindakan-tindakan (i) meninggalkan kewajiban (fardhu) (ii) mengerjakan perbuatan-perbuatan haram (iii) tidak mematuhi perintah atau melanggar larangan yang telah ditetapkan oleh Negara. Selain tiga hal ini, tindakan atau perbuatan apapun tidak akan dikenakan uqubat. Maksudnya, uqubat tidak akan dikenakan ke atas orang yang meninggalkan sesuatu yang sunat atau orang yang melakukan sesuatu yang makruh, apatah lagi perbuatan yang mubah (harus) sememangnya tidak akan dikenakan uqubat. Allah SWT hanya akan menyeksa orang-orang yang bermaksiat (meninggalkan kewajipan atau melakukan keharaman) sahaja. FirmanNya,

Dan barangsiapa yang memaksiati Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya baginya neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya” [TMQ al-Jin (72):23].

Juga firmanNya, “Dan barangsiapa yang memaksiati Allah dan Rasul-Nya dan melanggar ketentuan-ketentuanNya, nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka sedang ia kekal di dalamnya, dan baginya seksa yang menghinakan” [TMQ an-Nisa’ (4):14].

Ringkasnya, perbuatan-perbuatan yang dikenakan uqubat hanya terbatas pada dua sahaja yakni meninggalkan yang fardhu atau mengerjakan yang haram.

Uqubat terdiri dari empat jenis iaitu hudud, jinayat, ta’zir dan mukhalafat. Hudud adalah hukuman atas kemaksiatan yang telah ditetapkan had/kadarnya oleh syara’ dan terdapat hak Allah di dalamnya manakala jinayat adalah hukuman yang dijatuhkan ke atas tindakan pembunuhan atau kecederaan terhadap badan yang mewajibkan qisas atau diyat dan terdapat hak manusia di dalamnya. Ta’zir pula adalah hukuman yang ditetapkan atas tindakan kemaksiatan yang di dalamnya tidak ada had (kadar) dan kifarat. Manakala mukhalafat adalah hukuman yang dijatuhkan kerana mengerjakan perkara yang dilarang oleh pemerintah (Negara) atau meninggalkan perkara yang diperintahkan oleh negara. ‘Pemerintah’ yang dimaksudkan adalah pemerintah yang memerintah berdasarkan Islam. Perlu difahami di sini bahawa hudud hanyalah merupakan salah satu (bukan satu-satunya) uqubat di dalam Islam. Kesemua jenis uqubat di dalam Islam, baik hudud, jinayat, ta’zir dan mukhalafat adalah wajib untuk dilaksanakan kesemuanya, bukannya hudud sahaja.

Hudud

Hudud adalah kalimah jama’ (plural) dari had. Dari segi bahasa, asal kata ‘had’ adalah sesuatu yang memisahkan dua perkara dan mencegah percampuran di antara keduanya. Contohnya had rumah (pagar) adalah sesuatu yang memisahkan rumah. Hukuman zina dan yang lainnya dinamakan dengan had kerana batas hukumannya telah ditetapkan oleh syara’ yang mana ia tidak boleh dkurangi atau dilebihi sedikitpun. Kadang-kadang istilah hudud bermaksud kemaksiatan itu sendiri sebagaimana firman Allah SWT,

Itulah hudud (larangan) Allah, maka janganlah kamu mendekatinya” [TMQ al-Baqarah (2):187].

Kadang-kadang hudud dimaksudkan bagi syariat Allah dan laranganNya seperti firmanNya,

Itulah hudud (hukum-hukum) Allah dan barangsiapa yang melanggar hukum-hukum Allah maka sesungguhnya dia telah berbuat zalim terhadap dirinya sendiri” [TMQ at-Thalaq (65):1].

Hudud menurut istilah (syar’i) bermaksud “hukuman yang telah ditetapkan kadarnya oleh syara’ bagi suatu tindakan kemaksiatan untuk mencegah perlanggaran pada kemaksiatan yang sama” [Abdul Rahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat Fil Islam]. Kata had atau hudud dengan makna uqubat terhadap kemaksiatan, tidak disebut kecuali untuk jenis kemaksiatan yang di dalamnya terdapat hak Allah SWT. Dalam kesalahan hudud tidak ada pemaafan, tidak boleh menuntut pemaafan dan tidak boleh memberi pemaafan, baik oleh hakim, pihak yang mendakwa atau pihak yang didakwa, sebab hudud adalah hak Allah di mana tidak ada seorang manusia pun yang memiliki hak untuk menggugurkannya dalam keadaan apa sekalipun. Tindakan maksiat yang hukumannya termasuk ke dalam hudud ada tujuh iaitu zina, liwat, qadzaf, minum arak, mencuri, murtad, hirabah dan bughat (hirabah dan bughat diletakkan dalam satu kategori). Bagi setiap kesalahan, telah terdapat peringatan dan ketetapan dari Al-Quran dan As-Sunnah terhadap larangan dan hukumannya:-

Zina – Allah dan RasulNya telah mengingatkan manusia,

Dan janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk” [TMQ al-Isra’ (17):32].

Bagi penzina yang ghairu muhsan (belum berkahwin), hukuman untuk mereka adalah sebat 100 kali sebagaimana firmanNya,

Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali dera…” [TMQ an-Nur (24):2].

Manakala bagi penzina yang muhsan (telah berkahwin), mereka akan dihukum rejam hingga mati berdasarkan hadis Rasulullah SAW,

“Bahawa seorang lelaki mengaku di hadapan Rasulullah yang dia telah berzina. Kemudian baginda memerintahkan supaya lelaki tersebut disebat sebagai had kepadanya, tetapi kemudian didapati bahawa lelaki tersebut adalah muhsan, maka baginda pun merejamnya” [HR Abu Daud].

Liwat - Al-Quran menggolongkan liwat sebagai perbuatan keji. Allah SWT berfirman,

Dan (Kami juga telah mengutus) Lut (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya, ‘Mengapakah kamu mengerjakan perbuatan faahisyah (keji) itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu? Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan nafsu syahwatmu (kepada mereka) bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas” [TMQ Al A'raf (7):80-81].

Dari segi uqubat terhadap manusia yang mengikuti perbuatan keji kaum Lut ini, Rasulullah SAW bersabda,

Barangsiapa yang kalian dapati sedang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, maka bunuhlah kedua pelakunya” [HR Ahmad, Abu Daud, Ibn Majah & Tarmizi].

Qadzaf – Qadzaf adalah tuduhan zina terhadap orang yang tidak melakukannya. Allah SWT berfirman,

Sesungguhnya orang-orang yang menuduh (zina) wanita-wanita yang baik-baik, yang tidak terlintas pun untuk melakukan perbuatan keji itu, lagi beriman, mereka dilaknat di dunia dan akhirat dan bagi mereka azab yang besar” [TMQ An Nur (24):23].

Adapun uqubat ke atas si penuduh adalah dihukum 80 kali sebatan berdasarkan firman Allah,

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh kali dera” [TMQ an-Nur (24):4].

Khamar (minum arak) - Peringatan tentang larangan meminum arak juga disebut dengan jelas di dalam Al-Quran dan As-Sunnah. Allah SWT berfirman,

Wahai orang-orang yang beriman, bahawa sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala dan mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan” [TMQ al-Ma’idah (5):90].

Mengenai hukumannya, peminum khamar wajib disebat sama ada 40 atau 80 kali sebatan. Dari Anas bin Malik ra “Bahawa Rasulullah SAW memukul (para peminum khamar) sebanyak 40 kali dengan pelepah kurma dan sandal” [HR Bukhari].

Dari Hudhain bin Munzir dari Ali bin Abi Thalib “Nabi SAW menyebat 40 kali, Abu Bakar 40 kali, Umar 80 kali dan semuanya adalah sunnah”.

Mencuri – Haramnya mencuri besertauqubatnya telah dinyatakan dengan jelas di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Allah SWT berfirman,

Wahai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan baiah (janji setia), bahawa mereka tidak akan mempersekutu sesuatu apapun dengan Allah, tidak akan mencuri...” [TMQ al-Mumtahanah (60):12].

Uqubat bagi pencuri sudah dimaklumi oleh setiap Muslim yakni potong tangan (jika cukup nisab) berdasarkan firman Allah,

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan dari Allah dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” [Al-Ma’idah (5):38].

Manakala kadar nisab untuk dibolehkan had potong tangan dinyatakan di dalam hadis dari Aishah di mana Nabi SAW bersabda, “Tangan dipotong kerana mencuri (sekurang-kurangnya) ¼ dinar atau lebih” [HR Bukhari].

Murtad - Firman Allah,

Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya lalu dia mati dalam kekafiran maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya” [TMQ al-Baqarah (2):217].

Di dalam hadis disebutkan bahawa ketika Rasulullah SAW mengutus Muadz ke Yaman beliau bersabda kepadanya,

“Siapa sahaja lelaki yang murtad dari Islam maka serulah sampai ia kembali (memeluk Islam). Tetapi jika ia menolak, penggallah lehernya. Begitu pula jika ada perempuan yang murtad dari Islam, serulah ia sampai kembali (memeluk Islam). Namun jika ia menolak, penggallah lehernya”.

Hukuman ke atas orang murtad dan tidak mahu kembali kepada Islam setelah diseru, adalah bunuh berdasarkan sabda Nabi SAW,

“Barangsiapa menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia” [HR Bukhari].

Hirabah – Hirabah atau dikenali juga sebagai qutha’u thuruq adalah golongan yang melakukan perlanunan atau aksi terrorisme. Larangan dan hukuman terhadap kesalahan ini tercantum di dalam Al-Quran dan juga hadis. Firman Allah SWT,

Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya)” [TMQ Al-Mai’dah (5):33].

Berdasarkan hadis, uqubat ke atas mereka berbeza mengikut tindakan yang mereka lakukan. Jika mereka membunuh dan merompak, maka uqubatnya adalah mereka akan dibunuh dan disalib. Jika mereka membunuh tetapi tidak merompak, maka uqubatnya adalah dibunuh sahaja dan tidak disalib. Jika mereka merompak sahaja tetapi tidak membunuh, maka uqubatnya adalah dipotong tangan dan kaki mereka secara bersilang. Jika mereka hanya melakukan aksi terrorisme (menakut-nakutkan) tetapi tidak membunuh atau merompak, maka uqubatnya adalah dibuang negeri.

Bughat - Bughat adalah golongan yang memberontak terhadap Negara (Khilafah) dan menampakkan penentangannya melalui senjata dan mengumumkan perang terhadap Khilafah (telah dikupas lanjut di dalam SN268). Allah SWT berfirman,

Dan jika ada dua golongan dari orang-orang Mukmin berperang, maka damaikanlah antara keduanya. Jika salah satu dari kedua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang berbuat aniaya itu sehingga golongan itu kembali kepada perintah Allah. Jika golongan itu telah kembali (kepada perintah Allah) maka damaikanlah antara keduanya dengan adil dan berlaku adillah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil” [TMQ al-Hujurat (49):9].

Hukuman ke atas pelaku bughat adalah diperangi dengan peperangan yang bersifat mendidik. Dalam ayat di atas, Allah menyebut pelaku bughat sebagai orang-orang yang beriman. Ini bermakna bahawa melakukan bughat (semata-mata) tidak akan mengeluarkan mereka dari keimanan. Ayat ini juga menunjukkan dengan jelas akan wajibnya memerangi mereka dan menghentikan serangan terhadap mereka jika mereka kembali kepada perintah Allah sebagai sebuah sifat peperangan yang mendidik.

Demikianlah secara ringkas dalil-dalil Al-Quran dan As-Sunnah mengenai hudud dan uqubatnya yang terdiri daripada hukuman-hukuman tertentu yang telah ditetapkan had/kadarnya oleh Allah SWT. Selain dari perbincangan di atas, beberapa perkara lain yang perlu diketahui mengenai pelaksanaan hudud ialah hudud tidak boleh dijatuhkan kecuali ke atas orang yang sudah baligh dan berakal. Hudud wajib dikenakan ke atas Muslim dan juga non-Muslim yang menjadi warganegara Daulah Islam. Dari sisi pelaksanaan sebat, rotan atau alat sebat yang digunakan hendaklah yang ‘sederhana', tidak baru dan tidak lama. Orang yang dikenakan hudud tidak ditelentangkan atau ditelanjangi ketika hukuman dijalankan. Hal ini berdasarkan perkataan Ibnu Mas’ud,

“Dalam agama kami tidak ada penelentangan, pengikatan dan juga tidak ada penelanjangan”.

Tidak diperkeras pukulan iaitu tidak memperkeras sebatan sebab yang dimaksudkan di sini adalah mencegah untuk mencederainya. Pemukul juga tidak boleh mengangkat tangannya hingga terlihat ketiak. Hendaknya berusaha untuk hanya memukul badan dan wajib mengelak/menjaga kepala, wajah, kemaluan serta anggota badan yang boleh mematikan (bila dipukul) seperti jantung atau testis. Pemukulan terhadap organ tersebut kadang-kadang boleh mengakibatkan kematian atau melenyapkan fungsi organ tersebut. Kaum wanita diperlakukan sebagaimana lelaki akan tetapi dipukul dengan posisi duduk. Ali ra berkata,

“Perempuan dipukul dengan (posisi) duduk (sedangkan) lelaki dengan berdiri” [Abdul Rahman al-Maliki, Nidzamul Uqubat Fil Islam].


MANUSIA SELEPAS RAMADHAN

Tuesday, September 6, 2011

Salam Aidilfitri. Moga kita semua mendapat hati yang baru dan lebih cemerlang selepas sebulan di madrasah tarbiyah "Ramadhan". Sekadar perkongsian selepas tertarik membaca emel yang dikirimkan oleh seorang sahabat. Sama-sama kita hayati dan ambil ibrahnya:

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Malam-malam kita tidak lagi seperti sebulan yang lepas, yang syahdu di bawah lantunan kalam Ilahi dari para imam-imam tarawih. Penghujung malam kita pun tidak seperti sebelumnya lagi, yang larut dalam tahajjud panjang, lalu menggamit keberkatan sahur, sambil berzikir dan beristighfar di sela-sela sisa waktunya. Saat waktu Subuh tiba, saf-saf di masjid terlihat lebih padat dibandingkan waktu Subuh di luar Ramadhan. Selepas solat, sebahagian makmum lebih memilih untuk duduk berzikir menanti waktu syuruq, mereka berlumba-lumba mengejar pahala haji dan umrah yang disempurnakan dengan mengerjakan solat sunat dua rakaat. Solat kita pun tidak segagah di bulan Ramadhan lagi di mana kita lebih bersemangat memburu lima waktu berjamaah di masjid. Mengejar untuk mengkhatamkan Al Qur’an berulang kali, berlama-lama di masjid untuk satu, dua atau bahkan tiga juz Al Qur’an setiap hari. Suasana petang hari kita tidak lagi disibukkan dengan zikir petang dan doa. Sebelum ini kita larut dalam detik mustajab menjelang masuknya waktu Maghrib, menikmati dua ganjaran kebahagiaan; bahagia kerana berbuka dan bahagia kerana puasa kita menjadi ‘wasilah bertemu’ dengan Allah swt.


Setelah semua keindahan suasana itu berlalu, lantas bagaimana dengan hari ini, selepas Ramadhan? Bukankah Rabb yang menjanjikan ganjaran berlipat kali ganda selama Ramadhan juga adalah Rabb yang sama ketika di luar Ramadhan? Ada kata-kata yang menarik yang menyedarkan kita akan perkara ini :
"Kun rabbâniyyan, wa lâ takun ramadhâniyyan" (Jadilah hamba Rabbani bukan hamba di bulan Ramadhan)




Jangan menjadi manusia Ramadhan, yang kuat ibadahnya kerana berada di bulan Ramadhan sahaja, kerana setelah bulan itu berlalu, ia tidak akan mengalami perubahan hidup untuk menjadi lebih bertaqwa. Namun jadilah manusia selepas Ramadhan yang :
*Memiliki nilai keperibadian diri.
*Merasai perhambaan kepada Allah yang tidak kenal henti.
*Bertakwa tanpa batas.
*Menepati sasaran yang diharapkan dari penggembelengan yang dilakukan selama sebulan.
*Nilai ibadahnya terus meningkat sekali pun ia telah berada di luar bulan Ramadhan.



Para sahabat menyiapkan diri mereka selama enam bulan untuk menyambut kehadiran tamu agung bernama Ramadhan. Pastinya mereka bermati-matian untuk beribadah sepenuh masa selama sebulan penuh itu seumpama bertemu dengan seorang yang dirindui di mana kita ingin berlama-lamaan bersama dengannya, menjamu, memberinya layanan sebaik mungkin dan sudah tentunya kita akan merasakan kesedihan yang amat sangat ketika perlu berpisah dengannya. Perkara yang sama dirasakan oleh para sahabat Nabi di penghujung Ramadhan di mana mereka tidak gembira dengan baju baru, kueh-mueh dan makanan sempena Aidil Fitri sepertimana masyarakat secara umumnya menyambut, tapi mereka justeru bersedih kerana tamu agung itu sudah pergi meninggalkan mereka. Mâ ba’da Ramadhân? (Apakah agenda selepas Ramadhan)?



Inilah masa-masa yang paling mencemaskan bagi para sahabat Nabi. Mereka takut akan amalan yang tertolak di mana puasa, qiyam yang panjang, tilawah yang berulang kali khatam, infak harta, pengorbanan jiwa raga dari satu medan perang ke perang lainnya, serta segunung amalan ibadah lainnya yang mereka lakukan selama Ramadhan, semuanya itu telah menjadi sebuah kekhuatiran terbesar bagi diri mereka. Mereka lebih banyak bermuhasabah dalam sebuah tanda tanya :
“Apakah amal ibadahku di bulan Ramadhan sebelum ini diterima oleh Allah swt.?”
Para sahabat merawat Ramadhan dalam hati mereka dengan rasa ‘khauf’ (takut) dan ‘raja’(pengharapan). Mereka sekuat tenaga berusaha untuk istiqamah dalam amalan ibadah mereka. Jika mereka lengah sedikit, maka ini memberikan tanda bahwa amal ibadah mereka selama Ramadhan telah sia-sia kerana di antara ciri-ciri diterimanya amal ibadah seseorang dalam bulan Ramadhan adalah :
*Keringanannya dalam mengerjakan kebaikan dan ibadah.
*Jauhnya mereka dari melakukan kemaksiatan kepada Allah swt.



Enam bulan selepas Ramadhan, mereka masih bersedih memikirkan kepergian Ramadhan. Mereka memohon dengan sungguh-sungguh agar amalan ibadah selama sebulan penuh itu diterima oleh Allah swt sedangkan di separuh tahun sisanya, mereka kembali bergembira, bersiap diri menyambut kehadiran Ramadhan yang akan datang iaitu tetamu agung yang sentiasa mereka rindui. Begitulah putaran roda kehidupan para solehin terdahulu di mana rentang waktu dari Ramadhan ke Ramadhan berikutnya diisi dengan ’taqarrub ilallâh’ seakan-akan menutup semua celah untuk‘futur’ (merasa lemah) dalam beribadah. Rindu mereka adalah rindu keimanan. Begitu pula kesedihan mereka adalah kesedihan kerana iman sehingga hari-hari berjalan dengan penuh kekhusyukan, hati mereka tenang, diisi dengan mengingati Allah dalam apa keadaan sekalipun. Ini adalah kerana Allah swt telah memberi jaminan :
“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram.” (QS Ar Ra’du : 28)



Mereka memiliki keperibadiaan yang layak untuk diteladani. Lalu bagaimana dengan kita? Sudahkah ibadah kita melebihi mereka sehingga lebih merasa hebat dan yakin kalau amalan Ramadhan kita diterima? Sedarlah bahwa ibadah kita pastinya masih jauh dari kesungguhan para sahabat itu sehingga rasa‘khauf’ dan ‘raja’ yang kita miliki sepatutnya lebih besar berbanding mereka. Sesungguhnya ini bukanlah suatu perkara yang bersifat ‘fiksyen’. Kita baru sahaja meninggalkan stesen ‘ruhi’ di mana kita sudah memenuhkan kembali tenaga diri kita. Bateri yang ‘fully charged’yang kita miliki seharusnya mampu untuk bertahan bagi sebelas bulan berikutnya. Ramadhan memang sudah pergi kerana datang dan pergi sudah merupakan sebahagian dari sunnatullah dalam kehidupan ini. Memang dalam sebelas bulan ke hadapan, tidak ada puasa wajib seperti di bulan Ramadhan lagi, tapi sekarang kita masih memiliki amalan puasa yang lain, puasa sunnah 6 hari Syawal misalnya,yang keutamaannya telah dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam sebuah hadis :
“Barangsiapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari di bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun.” (HR Muslim)



Masih ada puasa lainnya seperti puasa sunnah Isnin dan Khamis, puasa ‘Arafah, puasa ‘Asyura, puasa Nabi Daud dan sebagianya. Qiyamullail juga masih boleh kita lakukan. Solat sunnah ini menempati tingkatan kedua selepas solat fardhu sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw :
“Solat yang paling utama sesudah solat wajib adalah qiyamullail.” (Muttafaqun ‘alaih)
Baginda juga menyebutnya sebagai ‘tradisi dari orang-orang soleh’.



Amal ibadah yang menjadi amalan rutin kita selama sebulan Ramadhan diharapkan memang sudah menjadi sebuah kebiasaan sehingga ketika Ramadhan telah berakhir, kita tidak mengalami kesulitan untuk memulainya kembali. Ketika masih terasa hangat aura Ramadhan kita, mari kita sama-sama hidupkan kembali amal rutin baik kita itu. Menjadikan amalan-amalannya sebagai sebuah kebiasaan sekali pun sedikit di mana yang penting kita memiliki amalan pengharap dan rutin dalam melaksanakannya kerana barangsiapa yang memiliki amalan rutin yang baik, ia tidak akan selamanya mengalami kerugian sekalipun terkena uzur di mana pahala akan tetap mengalir untuknya. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahwa Rasululullah saw telah bersabda :
“Apabila seseorang menderita sakit atau sedang berpergian maka dicatat pahala untuknya amal yang biasa ia kerjakan di saat ia sihat dan tidak berpergian.” (HR Bukhari)



Semoga kita tidak menjadi manusia Ramadhan yang optimum ibadahnya selama sebulan sahaja manakala kosong di sebelas bulan berikutnya.
Sebaliknya jadilah kita manusia ‘Rabbâni’, yang sentiasa mengingati Allah bila dan dalam keadaan bagaimana sekalipun sepertimana ciri-ciri ‘ulul albâb’ yang termaktub dalam Al Qur'an :
“(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring.” (QS Ali Imran : 191)


Ya Allah, anugerahkan kepada kami rasa takut kepadaMu yang membatasi antara kami dengan perbuatan maksiat kepadamu dan berikan ketaatan kepadaMu yang menghantarkan kami ke syurgaMu dan anugerahkan pula keyakinan yang akan menyebabkan ringan bagi kami segala musibah di dunia ini.

Ameen Ya Rabbal Alameen




p/s : Ya ALLAH,izinkan aku bertemu ramadhan lg..

TEMAN

Monday, June 27, 2011

" Wahai temanku, menjadi sebaik-baik Hamba dan Khalifah bukan semudah memetik dua jari.. itupun belum pasti bisa berunyi..hakikat insan memang penuh dengan kekurangan, namun tidak menjadi satu kesalahan untuk memperbaiki diri menjai sebaik-baik Hamba Allah..teruskanlah untuk melangkah meskipun dalam kepayahan ..kita Khalifah, mengapa mesti diuji dengan perkara yang mudah..sedang kepayahan itu perkara wajib sebelum tiba di Jannah..lalu,haruskah mengalah pada takdir yang sering menghadiahkan kita dengan kesukaran yang membuatkan kita terduduk & menangis hiba..belajarlah untuk tabah duhai hati seorang pejuang..tangisan itu pasti tidak akan sia2 andai langkahmu teguh menuju jalanNYA..salam mujahadah..Allah sentiasa bersammu.."

TERIMA KASIH GURU..

Thursday, May 26, 2011






Terima kasih guru



yang mengajarku dulu


membawaku ke ladang2 ilmu



dengan sabar tidak kenal jemu



kini kupetik buah kejayaan itu



dari pohon jasa seharum narwastu







Terima kasih guru budiman



yang merungkai erti kehidupan



menanam benih -benih kemanusiaan



memadam puntung-puntung kesombongan



bagai bintang dikegelapan malam



ditengah lautan jadi pedoman





Terima kasih guru jauhari



yang membugar perkebunan budi



lembut menyiram akal pekerti



tekun menyemai mulia peribadi



jasa baktimu terhampar pasti



moga Tuhan sentiasa memberkati






Terima kasih Guru tercinta



menyahut cabaran semangat perkasa



memperkukuh iltizam membina bangsa



gelanggang pendidikan diri diperhamba



modal insan dijana dipelihara



melahirkan pemimpin memacu negara







Tanpamu Guru




Bisakah kami menjadi kami yang sekarang




Terima kasih Guru


p/s: Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik seluruh dunia (dedicate 2 warga pendidik: SKPG, SK Simpor, SMKAY, KISAS, KMM, USIM,UKM)




C U NEXT SEM..(",)

Friday, May 6, 2011

With our beloved Microeconomic's lecturer (blue): Prof Dr Abdul Hamid


Salam cuti semester.(",).Alhamdulillah,pejam celik (2x),dah selesai 1 sem. Masa berlalu begitu pantas. Baru seminggu berpisah ngn classmates yg pelbagai ragam ni,rasa cm dah lama xjumpa. As perivous post, all of them are very unique.Gambar di atas hanya sebahagian my microeconomic's classmate. Lebih kurang 10 orang lagi yg dah balik (from German,Egypt,Libya,Iran n Malaysia). Sangat bersyukur dapat belajar bersama-sama mereka. Terlalu banyak perkara dapat dipelajari dari mereka dan insya'allah akan dikongsikan di post yg akan datang (dh msk maghrb).








From left(back): Muhammad(Iran), Tan Jun Jun (China), Masud (Iran), Nabi (Iran), Mokhtar (Nigeria), Makwan(Iraq),Iran,Me (Malaysia),Iran,Hajar (Uganda),Iran








p/s : Ayuh berusaha mengoptimumkan cuti 4 bulan!!!


















RINDU SEORANG ABID

Saturday, April 9, 2011

Tatkala diri hanyut dalam arus kegelapan

Sang suria memancar duka

Sang awan berarak lesu

membawa mendung kelabu

Rentak alam berlagu sepi

mengusap tiap titik jiwa yang mati


Bermula dari aku bangkit menjengah isi dunia

dengan izinMu Ya Allah,

telah banyak yang aku lalui

Hingga pernah resah jiwa ini

Hingga pernah gelisah hati ini

Cinta dunia merantai hati

walau tidak pernah aku zahiri


Saat itu Ya Allah

Engkau izinkan aku merasai kehangatan kasih dalam alpa

Engkau benarkan aku menikmati rindu Adam kepada Hawa

Engkau biarkan aku dalam bahagia yang sementara..


Cukuplah Wahai Tuhanku..

Saat berdua bersamamu di malam hari

aku terhenjut-henjut menangisi dosa lalu

cuba menggapai cintaMu itu

pada kemuncak kubah rindu dan menara kasihku

Menyaji maghfirah dan sakinah yang tak pernah luput


Tapi akhirnya

aku capai semua itu dengan nafsu amarahku

kucampak ke parit kederhakaan

Lantas kuketawa..

sambil aku menjunjung bangkai dan najis dunia..

kulumur pada hamparan sejadah

kuanyam pada tiap titis renik perjuangan

tanpa kusedar

bangkai dan najis itu yang kubilang cinta

Tiap hari kuucapkan

hidup dan matiku hanya untuk Allah

Tiap hari kulafazkan

aku ingin mati dalam perjuangan


Sangkaku..

aku rajin beribadah

bibir tak henti menyebut dakwah

maka selayaknya derita menjauh dariku

nikmat dunia seringkali menghampiriku


Wahai diri

engkau tak lebih dari seorang abid yang kufur


Ya Allah..

Aku pernah kehilangan cintaMu

Pernah gersang jiwaku

Pernah tandus imanku

Dilema itu merobek ketenanganku

Hati yang telah retak semakin retak


Solatku tiada lagi khusyuknya

Rukukku tiada lagi ikhlasnya

Sujudku bersama fikiran melayang entah ke mana

Tahajudku sudah hilang serinya

Munajatku sudah hilang air matanya

Imanku longlai untuk berkata-kata

Kusebut dengan panggilan apa saja untuk melukiskan ini adalah derita

Namun, syukur padaMu Tuhan atas segala kurniaan

Nikmat rasa cinta yang sedikit cuma padaMu ini

Jangan Engkau lenyapkan

Jangan Engkau kuburkan


Suburkanlah cintaku padaMu Tuhan

Biarkan hati ini terus mengharap, berpaut dan bergantung padaMu

Kurniakan kepadaku

Sekeping hati yang kuat

Agar ia terus hidup dalam cahayaMu selamanya..


karya: mawar mujahidah

DOA ISTIKHARAH

Tuesday, April 5, 2011


عن جابر بن عبد الله رضي الله عنهما قال: كان رسول الله صلى الله عليه و سلم يعلمنا الاستخارة في الأمور كما يعلمنا السورة من القرآن يقول: (( إذا هم أحدكم بالأمر فليركع ركعتين من غير الفريضة ثم ليقل:

اللهم إني أستخيرك بعلمك وأستقدرك بقدرتك وأسألك من فضلك العظيم فإنك تقدر ولا أقدر وتعلم ولا أعلم وأنت علام الغيوب. اللهم إن كنت تعلم أن هذا الأمر خير لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري فاقدره لي ويسره لي ثم بارك لي فيه وإن كنت تعلم أن هذا الأمر شر لي في ديني ومعاشي وعاقبة أمري فاصرفه عني واصرفني عنه واقدر لي الخير حيث كان ثم أرضني به)) رواه البخاري في صحيحه.


Dari jabir bin abdillah r.a berkata: nabi saw selalu mengajar kami menunaikan istikharah dalam byk perkara sepertimana baginda mengajar kami surah dari quran, seraya baginda bersabda: apabila salah seorang dari kamu terdetik utk memilih sesuatu perkara, hendaklah dia solat dua rakaat yg bukan wajib, lalu berdoa:

Ya Allah sesungguhnya aku beristikharah (meminta pilihan) kepadamu dengan ilmu mu dan aku memohon kudrat dengan kudratmu, dan aku memohon kebaikan darimu yg maha agung. Sesungguhnya engkaulah yg maha berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, engkau maha mengetahui dan aku tidak mengetahui dan engkaulah tuhan yg maha mengetahui perkara ghaib…

Ya Allah, sekiranya engkau tahu bahawa pilihanku ini (sebutkan pilihan itu) baik untuk agamaku, kehidupanku dan kesudahan hidupku, takdirkanlah ia untukku dan mudahkanlah ia untukku dan berkatilah ia untukku…

Dan jika engkau tahu pilihanku ini buruk untuk agamaku, kehidupanku dan kesudahan hidupku, jauhkanlah ia dari ku dan jauhkan ku darinya, dan takdirkanlah apa saja yg baik untukku dan redailah ia untukku… riwayat bukhari dan sahihnya.

Kaifiyyat:

  1. solat 2 rakaat seperti yg hadis anjurkan, tiada surah khas lepas alfatihah, tiada zikir khas dalam rukuk dan sujud..solar sunat mcm biasa

  1. tidak tempat khas utk doa dibaca..boleh dlm sujud atau lepas salam

  1. lepas solat dan doa, bulatkan hati utk pilih satu daripada byk pilihan yg ada. Jika proses/urusan dgn pilihan itu lancar, tiada masalah, itulah jawapan istikharah dari Allah swt.

  1. sebaliknya jika kita hadapi kesusahan demi kesusahan dengan pilihan itu, ternyata ia bukan pilihan yg terbaik utk kita

  1. tapi, jangan risau kerana Allah swt pasti gantikan ia/takdirkan utk kita dgn sesuatu yg lebih baik kerana itulah yg kita mohon padaNya dihujung doa.

  1. jika tiada jawapan pada kali pertama solat, ulang hingga tiga kali seperti yg ulama sarankan

  1. yakinlah dengan janji Allah swt dan sunnah rasulNya saw, apatahlagi ia diriwayatkan dalam sumber yg paling sahih selepas quran.

  1. istikharah mengajar seorang hamba tunduk dan berserah pada al-khaliq yg maha mengetahui...mengetahui perkara yg diluar pengetahuan insan yg amat terbatas...

  1. inilah masanya kita serah urusan kita yg lemah lagi kerdil kepada Allah yg maha kaya, maha mengetahui lagi maha pengayang...

QIAM

Sunday, February 27, 2011

Faktor yang memudahkan seseorang itu boleh bangun untuk berqiamullail:


Menurut Syeikh Muhammad Solih al-Munajjid, terdapat beberapa faktor penting yang dilihat boleh membantu umat Islam untuk bangun bagi melakukan solat di tengah malam seperti di bawah in

1. Ikhlas kepada Allah dalam setiap tindakan yang dilakukan bagi meraih keredaan-Nya, iaitu melakukan solat malam dengan merahsiakannya daripada pengetahuan orang ramai, ia bertujuan supaya tidak ada rasa riak dalam diri.

2. Hendaklah bagi orang yang melakukan solat malam itu mempunyai perasaan dalaman, bahawa Allah SWT menjemputnya untuk bangun di tengah malam.

3. Mengetahui sedalam-dalamnya ilmu mengenai kelebihan bangun di tengah malam berdasarkan pengajian dan perbincangan.

4. Memerhati kepada kesungguhan individu-individu terdahulu daripada kita yang istiqamah dan iltizam melakukan qiyamullail khususnya para solihin di kalngan para sahabat dan ulama

5. Tidur di atas lambung sebelah kanan akan memudahkan seseorang itu boleh bangun di tengah malam seperti yang ditunjukkan oleh baginda Rasulullah s.a.w.

6. Tidur dalam keadaan berwuduk seperti ditegaskan oleh Rasulullah; “Apabila anda hendak masuk tidur, berwuduklah seperti untuk menunaikan solat.” Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim daripada al-Barra Bin Azib.

7. Bersegera masuk tidur (tidur di awal waktu) terutama lepas solat Isyak seperti amalan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.

8. Berzikir dengan wirid-wirid yang Ma’thur seperti Ma’thurat sebelum tidur, kerana ia menjadi benteng diri daripada kejahatan Syaitan dan membantu untuk mudah bangun, atau ayat-ayat pilihan dari al-Quran, baca doa tidur, membaca tiga Qul dan sebagainya.

9. Seboleh-bolehnya tidur sebentar di siang hari yang dikenali sebagai ‘Qailulah’, iaitu sebelum masuk waktu Zohor atau selepasnya, ala kadar setengah jam.

10. Elak daripada banyak makan dan minum, kerana ia boleh membantutkan hasrat untuk bangun di tengah malam.

11. Bertekad sedaya upaya untuk bangun malam dalam apa jua keadaan.

12. Menjauhkan dosa dan maksiat, kerana ia dikenal-pasti sebagai penghalang pertama dan utama dari mudah untuk bangun di tengah malam.

13. Membuat perhitungan diri (muhasabah) jika tidak mampu untuk bangun di tengah malam.

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku sekelian!

Qiyamullail adalah ibadat yang menghubungkan hati kita dengan Allah selain ia adalah sunnah muakkadah yang sangat dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Baginda bersabda : “Hendaklah kamu lakukan solat di tengah malam, sesungguhnya ia merupakan kebiasaan kepada orang-orang soleh sebelum kamu, ia boleh mendekatkan kamu kepada Tuhan kamu, ia juga penghapus segala dosa, penghalang daripada terjebak kepada maksiat dan dosa dan penawar kepada penyakit yang ada di tubuh Hadis riwayat Imam Ahmad dan Tirmizi


Mari kita menyedarkan diri kita dgn maksud ayat 1 hingga 8 surah Al-Muzzammil:

[1] Wahai orang yang berselimut!.

[2] Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),

[3] Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,

[4] Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".

[5] (Sayugialah engkau dan pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu (Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang yang tidak bersedia menyempurnakannya).

[6] Sebenarnya sembahyang dan ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya.

[7] (Kami galakkan engkau dan umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;

[8] Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.

sumber terjemahan (http://quran.al-islam.com)

RASULALLAH..

Thursday, February 24, 2011

Salam Maulidur Rasul. Lagu yang sangat baik untuk dihayati bersama dalam mengembalikan ruh perjuangan yang acap kali luntur . Berjuanglah di medan masing2 dengan kemampuan masing2. Jadilah mata-mata rantai perjuangan Rasulallah Tercinta. 'Jika bkn sekarang,bila?'. Adakah kita boleh beri jaminan bahawa hari esok masih milik kita???




Berselawatlah...


PERLUKAH AKU KHABARKAN???

Saturday, January 29, 2011


Lihat pada permukaan
Nampaknya terlalu tenang
Tapi di dalam hati
Yang terpendam persoalan


Perlukah aku khabarkan yang ku alami
Apakah akan terjawab semua
Perlukah aku bukakan keaibanmu
Semuanya terletak dalam hati kecilku


Segala kebenaran atau penjelasanku
Mempunyai berbagai tafsiran tersembunyi


Ku mohon padaMu Tuhan
Berikanlah kekuatan
Untukku menghadapi semua ini


Tuhan ku terus berserah
Berikan aku hidayah
Agar tidak tersalah dan tersilap langkah.

KAFFAH

Tuesday, January 25, 2011

KELAS FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH (KAFFAH)

"KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI KAFFAH RABBANI"


KEISTIMEWAAN:

1. Bersifat Rabbani
2. Bersifat Kaffah (menyeluruh)
3. Pembelajaran yang anjal
4. Bersifat Kontemporari

MATAPELAJARAN:

1.Tahfiz, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
2. Fiqh Syahadah
3. Fiqh Taharah
4. Fiqh Solat
5. Sains Kaffah
6. Matematik Kaffah
7. Bahasa (BM+BI)
8. Lughah Al-Quran
9. Fiqh Siyam**
10. Fiqh Sirah**
11. Bahasa Rakyat (China+Tamil)**
12. Pendidikan Seni**
13. Pendidikan Jasmani**
** Subjek tahap 2 (tahun 4-6)

FALSAFAH

Suatu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu muslim sebagai hamba Allah dan khalifahNya untuk melahirkan insan rabbani (soleh) dan seimbang dari segi rohani, intelek,emosi dan jasmani berpaksikan prinsip tauhid dan berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah.

MATLAMAT

1. Melahirkan pelajar yang mempunyai kecintaan yang tinngi kepada Allah dan RasulNya serta cintakan Al-Quran
2. Melahirkan pelajar yang melaksanakan tuntutan ibadah yang sahihah dengan penuh rasa muraqabatullah
3. Melahirkan pelajar yang mempunyai akhlak mithali
4. Melahirkan pelajar yang memililki sifat ghairah yang tinggi kepada Islam dan mampu memsyarakatkan Islam di dalam lingkungan persekitarannya

ASAS KAFFAH

  • " Wahai orang-orang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam sepenuhnya (kaffah) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesunnguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang nyata"
(Surah Al- Baqarah:208)
  • "Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadaNya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: " hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang bersifat RABBANI (yang hanya menyambah Allah Taala- dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kamu selalu mempelajarinya."
( Surah Ali Imran:79)


WAKTU PEMBELAJARAN

Hari Sabtu/Ahad : Jam 8.00-11.30 pagi

SYARAT KEMASUKAN

Pelajar sekolah rendah berumur antara 7-9 tahun . Keutamaan diberikan kepada pelajar berumur 7 tahun

ATTITUDE AND CULTURE

Friday, January 21, 2011

Salam.Selamat Hari Thaipusam bagi yang menyambutnya.(ada ka peraya Thaipusam baca blog ni?he2).

Syu: akak,apa beza Deevapali n Thaipusam?
Ana: erm,xpasti la.try search kt google..(serentak kami tergelak)

Rentetan perbualan ni pagi tadi, ak tergerak men'search' kt google untuk mengetahui perbezaan sebenar,sekadar perkongsian dan pengetahuan.(",) :

  • Deepavali - For about one month before the festival, the Little India heritage district will be decorated. Its public streets will be festooned with colourful ornamental lights, often depicting Indian motifs, such as elephants, peacocks and oil lamps. At least two different Deepavali bazaars are held in different parts of the district, one at Little India Arcade, and another in an open field opposite Mustafa Centre. These markets are busy in the days leading up to the festival, and they contain small stalls selling Deepavali greeting cards, traditional foods and drinks, Indian-themed decorations for the home, traditional Indian costumes as well as more modern clothes, Indian music and video discs, sparklers and toys for children, oil lamps, incense, deities and other paraphenilia for family altars, etc. The districts becomes especially lively and colourful during this period, and many people, including non-Hindus residents and tourists will visit the area to enjoy the atmosphere.
  • Thaipusam - This is a major Hindu religious festival that is only celebrated in Singapore and Malaysia, since it was banned in India. As part of a penance to Lord Murugan, participants carry 'kavadis' along a processional route. Some of the adult male participants carry kavadis that are attached to their bodies via metal hooks and small spears that pierce their skin. This annual festival is the only time in contemporary Singapore when major roads in the city, including the parts of the prime Orchard Road area, are closed for a religious procession. The procession starts at the Sri Srinivasa Permal Temple in Serangoon Road, and winds through Orchard Road and Penang Road before ending at the Sri Thandayuthapani Temple at Tank Road, off Clemenceau Avenue. The festival is a major religious and urban event, which draws large numbers of participants, devotees, supportive family and friends as well as curious onlookers, photography enthusiasts and tourists

Malaysia amat terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan dalam masa yang sama dapat hidup aman sejahtera tanpa persengketaan dan pertumpahan darah yang melampau. Selain kaya dengan hasil bumi dan alam semulajadi yang terpelihara ,masyarakat majmuk juga merupakan antara daya penarik peningkatan pelancong seantero dunia datang ke Malaysia saban tahun. Kebiasaannya,bukan kecanggihan teknologi dan kehebatan binaan yang mereka mahu saksikan (negara mereka lagi canggih) tetapi ketenangan suasana di kampung dan kemesraan rakyat Malaysia menyambut mereka yang diperlukan. Alhamdulillah,ak bersyukur dan berbangga menjadi sebahagian rakayat Malaysia.

Namun,dalam kita berbangga dengan asset masyarakat majmuk,kita sering terlupa tentang beberapa 'sikap' rakyat Malaysia terutama masyarakat melayu yang hakikatnya merugikan masyarakat kita sendiri.Kita sering terdengar perbezaan antara sikap orang melayu dan orang cina,sikap orang melayu dengan orang india dan seangkatan dengannya. Contoh mudah ialah dari sudut ekonomi. Acap kali meniti dibibir kita bahawa masyarakat cina sentiasa berusaha keras, tidak mudah mengalah walaupun beberapa kali rugi dalam bussiness,sanggup tanggung risiko,suka bermula dari bawah,saling tolong menolong bagi menguntungkan rakan niaga yang lain dan banyak lagi. Sebaliknya,masyarakat melayu terkenal dengan sikap iri hati,suka menjatuhkan rakan niaga yang lain,persaingan yang xsihat,duri dalam daging dan sebagainya. Sedar tidak sedar penyakit ini turut menular dikalangan pelajar melayu,baik di bangku sekolah mahupun di menara gading.

Berbekalkan pengalaman sewaktu di bangku sekolah sehingga ke menara gading,kita akan semakin sedar akan penularan penyakit ini dan jika tidak dibendung,ia akan menjadi barah yang sukar diubati . Sewaktu di sekolah,mungkin kita belum sedar atau tidak kisah tentang kewujudan penyakit ini tetapi bagi diriku, pengalaman bergaul dengan masyarakat bukan melayu terutamanya warga asing cukup membuatkan ak terjaga dari mimpi ngeri. Disebabkan kurniaan itu,ku ingin kongsikan kepada semua agar kita menyedari hakikat penyakit ini dan sekaligus sama-sama merawat atau berusaha menjauhkan 'sikap' ini dari diri kita.Sewaktu mengetahui semua pelajar di UKM perlu menulis thesis masing-masing dalam B.Malaysia, ak terkesima sementara waktu dan bagaikan mahu memberitahu 1 dunia.."xmau..." . Ak termenung n terfikir sejenak, macam mana boeh xperasan perkara ini sewaktu menganalisis pro n cons samada nk masuk UM or UKM. "Kepunyaan-Nya-lah perbendaharaan langit dan bumi; Dia melapangkan rezki bagi siapa yang dikehendaki-Nya dan menyempitkan(nya). Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala sesuatu." [Asy Syuura:12].

Alhamdulillah,walaupun baru masuk minggu keempat ak mengutip ilmu Allah di bumi UKM,ak mula nampak hikmah ak ditempatkan disini.Banyak perkara baru yang dipelajari.Memang agak berbeza sistem pengajian di setiap institusi pendidikan. Dari sehari ke sehari ku cuba membumikan diriku di UKM. Minggu pertama masuk ke kelas,ak agak confius samaada ak belajar kt Malaysia or oversea.Mana tidak confius,dari hampir 3o students,tidak sampai 5 orang students Malaysia.Seperti biasa,kelas dimulakan dengan sesi taaruf. My classmates were from Iran,Iraq,Jordan,Libya,Uganda,China,Jerman and others (I can't remember some of their country's name).It was make me shocked when i can't understand even one word their conversation as i though they will use arabic language among arabic countries's students.Moreover,it was surprising me that they need to use English in order to communicate to each other.(Baru tau,rupa2nya antara negara arab pn bahasa mereka lain2.ingatkan guna arab standard.hu2.better late than never.(",)). It was so interesting to see their "gelagat". Alhamdulillah I have learn something about their attitude and culture. Most of them were so energetic and eager to learn.They always respect and appreciate others.They like to share their knowledges . They will never give up easily. They do not shy to make mistake in order to learn something..Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai umat manusia kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan kami menjadikan kamu berpuak-puak supaya kamu berkenalan. Sesungguhnya semulia kamu di sisi Allah adalah orang yang paling bertakwa. (Surah al Hujurat, ayat 13).

(to be continued)

p/s: terpaksa continue next time, ada keja sek nk kna submit esok..wallahua'lam.(",)


2011

Sunday, January 16, 2011

Salam 2011.Sebenarnya tengah pening,xreti buat keja sekolah.hu2.Sedar tidak sedar, sudah hampir 17 hari berlalu,namun masih belum terlewat kukira untuk mengucapkan selamat tahun baru kepada semua.he2.Moga2 tahun baru ini membawa sinar baru dalam hidup kita semua.Tahun yang bakal melakar lebih banyak kejayaan, tahun yang paling banyak sumbangan kepada agama,family & society,tahun mengukuhkan jati diri dan ku mahu meninggalkan tahun 2010 yang penuh dengan conflik diri dik kerana perlu melakukan pelbagai keputusan penting bagi memastikan perjalanan perjuangan lebih diberkati dan diredhai. Bukan sekadar azam dan semangat baru,tetapi kita perlu ada hati yang baru,jiwa yang baru dan strategy baru dalam menghayati dan mengaplikasikan mafhum Hadith Rasulullah SAW: “ Barangsiapa yang hari ini dia lebih baik dari semalam, maka dia dari kalangan mereka yanng beruntung. Barangsiapa yang hari ini dia sama seperti semalam, maka dia dari kalangan yang rugi. Barangsiapa yang hari ini dia, lebih teruk dari semalam, maka dia di kalangan orang yang celaka” . Hopefully this year is better than last year.

Sama seperti orang lain,Tahun 2011 telah membuka tirai dengan pelbagai warna warni kehidupan.Semakin hari,semakin ku sedar diri ini terlalu banyak kekurangan.Baik dari sudut ilmu,ahklak & adab,amalan dan seangkatan dengannya. Aku juga makin menghargai orang lain,terutamanya family dan sahabat2.Sukar nak digambarkan apabila dikaitkan dengan hati dan perasaan.Sejak kecil,diriku xpandai menunjukkan perasaan sayang walaupun kepada mak abah,apatah lagi kepada mak ayah tiri,adik2,sahabat2 dan orang sekeliling.Begitu juga dengan mak abah.Namun jauh disudut kecil hati masing2,kami saling menyayangi,juz tidak mampu dizahirkan.Hanya ALLAH sahaja yang mengetahui perasaan kami.Kadang-kadang kurasakan faktor ini yang menyebabkanku tidak pandai menghargai kasih sayang orang lain sehinggakan membuahkan ego yang mungkin diletakkan ditempat yang tidak sepatutnya. It's too difficult to cure the egoism disease.As it can destroy our soul,we need to overcome it immediately. Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat." al-Hijr 15:56.Hopefully i'll have the better soul this year.

Tahun 2011 juga perlu ku lalui dengan beberapa taklifan tambahan.Aku kembali menjadi mahasiswi,tetapi bukan lagi di USIM tercinta tetapi dilubuk ilmu yang baru,UKM.Terlalu berbeza keadaan sewaktu mengambil degree dan sekarang.Aku perlu lebih dewasa,perlu lebih bijak membahagi masa,perlu lebih sistematik,perlu lebih serius dan perlu lebih dekatkan diri dengan pencipta ilmu.Dalam erti kata yang lain,dah xboleh banyak main.hu2.Bukan sekadar (klu ijazah,segulung ijazah..klu master?) se.... master yang kuimpikan,tapi kudambakan ilmu yang berkat & diredhai yang bakal merubah kehidupanku sekeluarga menjadi lebih baik dan sebagai persediaan diri untuk memajukan masyarakat amnya dan meneruskan risalah perjuangan Rasulallah tercinta khususnya. Meskipun impianku mendalami ilmu dalam islamic finance, namun ku cuba meyakinkan diri bahawa pasti ada hikmah lebih besar yang ALLAH sembunyikan.Maybe after 10 years,i 'll find it.Hopefully,i'll realize it asap.

Namun begitu,taklifan sebagai GB merupakan suatu ujian yang berat & hebat bagiku. Mungkin bagi orang lain it's simple,but not for me.Bukan mudah bagiku.Ia merupakan amanah yang besar.Ku cuba melatih diri menjadi leader n follower yang baik.Bukan mudah untuk berhadapan dengan ibu bapa pelajar, pelajar-pelajar dan barisan pendidik yang pelbagai latar belakang, tahap pemikiran, karenah dan ragam . Uswah hasanah perlu disebatikan dalam diri.Kesabaran yang tiada maximum point perlu dipraktikkan. Tahap profesional perlu dioptimumkan.Terkadang khilaf pasti berlaku.Realiti kehidupan,unlimited desires and limited resourses = scarcity always exist.Segala ilmu berkaitan leadership & management yang kutimba di alam kampus akan ku cuba praktikkan dimedan sebenarnya ini."Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Baqarah 2:216. Besides, good attitude is the important element to be a good leader. (i need to practise my writing as 1 i miss all of them about 1 year already.hu2). Pengawalan emosi merupakan kelemahan utamaku sejak akhir-akhir ini. Usually,i can handle my emotion very well and also always doing profesionally.However, since i left my beloved campus 1 year ago, i realize that i become more sensitive and i can't control my emotion wisely. I hope that i can change it to improve myself in order to be a great or good leader, and at the same time to be the best follower.

Nothing impossible.If u care about principle,u wont care about label.U decide ur future. Everything belongs to Allah.Better late than never.Allah always with us.Strive 4 ur excellent.Don't give up,keep trying.Everything start from ourself."Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum,selagi kaum itu tidak mengubah nasib mereka". Antara kata-kata pemujuk diri disaat xtau nak wat assignment yang nak kena antaq esok.hu2.Hopefully i can submit my assignment tomorrow successfully.

Sekadar ini saja kali ini.Moga coretan ini bermanfaat kepada diriku dan pembaca.Pesan Rasulallah tercinta,"Sampaikanlah dariku walau satu ayat". Wallahua'lam.(",)