KELAS FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH (KAFFAH)
"KE ARAH MELAHIRKAN GENERASI KAFFAH RABBANI"
1. Bersifat Rabbani
2. Bersifat Kaffah (menyeluruh)
3. Pembelajaran yang anjal
4. Bersifat Kontemporari
MATAPELAJARAN:
1.Tahfiz, Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
2. Fiqh Syahadah
3. Fiqh Taharah
4. Fiqh Solat
5. Sains Kaffah
6. Matematik Kaffah
7. Bahasa (BM+BI)
8. Lughah Al-Quran
9. Fiqh Siyam**
10. Fiqh Sirah**
11. Bahasa Rakyat (China+Tamil)**
12. Pendidikan Seni**
13. Pendidikan Jasmani**
** Subjek tahap 2 (tahun 4-6)
FALSAFAH
Suatu usaha berterusan ke arah perkembangan potensi individu muslim sebagai hamba Allah dan khalifahNya untuk melahirkan insan rabbani (soleh) dan seimbang dari segi rohani, intelek,emosi dan jasmani berpaksikan prinsip tauhid dan berdasarkan Al-Quran dan Al-Sunnah.
MATLAMAT
1. Melahirkan pelajar yang mempunyai kecintaan yang tinngi kepada Allah dan RasulNya serta cintakan Al-Quran
2. Melahirkan pelajar yang melaksanakan tuntutan ibadah yang sahihah dengan penuh rasa muraqabatullah
3. Melahirkan pelajar yang mempunyai akhlak mithali
4. Melahirkan pelajar yang memililki sifat ghairah yang tinggi kepada Islam dan mampu memsyarakatkan Islam di dalam lingkungan persekitarannya
ASAS KAFFAH
- " Wahai orang-orang beriman! Masuklah kamu ke dalam Agama Islam sepenuhnya (kaffah) dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesunnguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang nyata"
(Surah Al- Baqarah:208)
- "Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadaNya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: " hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah". Tetapi (sepatutnya ia berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang bersifat RABBANI (yang hanya menyambah Allah Taala- dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu dan kamu selalu mempelajarinya."
( Surah Ali Imran:79)
WAKTU PEMBELAJARAN
Hari Sabtu/Ahad : Jam 8.00-11.30 pagi
SYARAT KEMASUKAN
Pelajar sekolah rendah berumur antara 7-9 tahun . Keutamaan diberikan kepada pelajar berumur 7 tahun
0 comments:
Post a Comment