Memang xdpt di nafikan,ukhwah itu tersangat indah dan xdpt di jual beli dengan kemewahan harta benda mahupun keangkuhan pangkat darjat..hanya insan terpilih dikurniakan PENCIPTA UKHWAH nikmat berukhwah dan ku akui setakat ini,ukhwah terhebat yang ku rasai ialah bersama sahabat-sahabat seperjuangan di KMM..Bukan niatku nak assabiah, tp itulah realiti n hakikatnya..walaupun kdg2 ada sahabat lain yang tersalah tafsir, tp hanya Allah yang tahu bahawa sesungguhnya keterikatan hati2 kami hanya kerana Allah dan demi mendaulatkan Islam tercinta, mungkin juga berkat doa rabitah yang selalu kami baca.
Ku petik kata-kata ini dari emel seorang sahabat cukup yang menyentuh kalbuku buat renungan sume:
“Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada’,tetapi para nabi dan syuhada’ mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:”Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhny a wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih.”♥
“dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka(orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua(kekayaan) yang berada di bumi,nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka.Sungguh Dia Mahaperkasa, Mahabijaksana.”(surah Al-anfal, 8:63).....
*Teringat plak ayat yang selalu di sebut oleh seorg junior ...UKHWAH HANYA DI BIBIR..moga2 kita sume bukanlah di dalam golongan ini..yang waktu senang bersama, waktu susah entah kemana..sama-samalah pelihara Ukhwah sesama kita kerana salah satu cara untuk merasai Halawatul Iman ialah dengan kita bertemu dan berpisah dengan seseorang hanya kerana Allah..hargailah sahabat-sahabat yang ada sebelum terlambat kerana belum tentu kita dapat bertemu lagi dengan sahabat yang seperti sahabat kita sekarang..TERIMA KASIH KEPADA SUME SAHABAT2KU TERSAYANG YANG SUDI MENJADI SAHABATKU..moga ukhwah kita kekal dunia akhirat..wallahua'lam.(",)