Salam.Sekadar perkongsian ilmu pemakanan.Untung juga ada sepupu deititian ni walaupun selalu kena bebel cos tidak menjaga pemakanan seimbang. Boleh dikatakan setiap kali pergi ke 'tempat lepak' (umah sepupu), mesti dapat free lecture pasal pemakanan.(",)
PANDUAN PEMAKANAN UNTUK PENCEGAHAN ANEMIA
- Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi
- Zat besi terdapat dalam makanan dari sumber haiwan dan tumbuhan.
- Walaubagaimanapun zat besi yang terdapat dalam makanan daripada sumber haiwan seperti daging merah dan makanan laut mudah diserap oleh tubuh berbanding dengan zat besi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan.
- Keperluan yang disarankan untuk anda adalah seperti berikut:
Jenis makanan | Saiz hidangan | Kandungan zat besi | Cadangan pengambilan dalam seminggu |
Makan Sumber Haiwan | |||
Daging | 2 keping saiz kotak mancis | 1.2 mg | 6-8 keping |
Ayam | 1 ketul paha saiz sederhana | 0.5 mg | 3-4 ketul |
Hati/pedal ayam | 1 ketul | 2.2 mg | 1 ketul |
Hati lembu | 1 keping saiz kotak mancis | 2.5 mg | 1 keping |
Kerang | 20 biji | 4.1 mg | 20 biji |
Ikan | 1 ekor saiz sederhana | 0.9 mg | 3-4 ekor |
Ikan bilis | 1 sudu makan | 0.05 mg | 5 sudu makan |
Makanan Sumber Tumbuh-tumbuhan | |||
Peria | 1 cawan | 7.3 mg | 7 cawan |
Kangkung | 1 cawan | 4.0 mg | 7 cawan |
Bayam | 1 cawan | 2.3 mg | 7 cawan |
Taugeh | 1 cawan | 1.5 mg | 7 cawan |
- Tingkatkan pengambilan vitamin C
- Kadar penyerapan zat besi yang terdapat dalam makanan sumber tumbuh-tumbuhan seperti bijirin, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran adalah lebih rendah berbanding dengan kadar penyerapan zat besi daripada sumber haiwan.
- Oleh itu untuk meningkatkan kadar penyerapan zat besi daripada sumber bijirin, kekacang dan sayur-sayuran, anda digalakkan untuk makan makanan tersebut bersama dengan makanan yang kaya dengan vitamin C. Vitamin C boleh meningkatkan kadar penyerapan zat besi. Kandungan vitamin C dalam pelbagai jenis buah-buahan adalah seperti berikut:
Makanan | Saiz hidangan | Kandungan Vitamin C |
Jambu batu | 1 potong | 97 mg |
Buah kiwi | 1 biji | 65 mg |
Limau manis | 1 biji | 30 mg |
Limau nipis | 1 biji | 17 mg |
Mangga | 1 biji | 30 mg |
Nenas | 1 potong | 16 mg |
Belimbing besi | 1 biji | 26 mg |
Tembikai | 1 potong | 2.2 mg |
Buah betik | 1 potong tanpa kulit | 112 mg |
- Selain daripada itu, kehadiran makanan daripada sumber haiwan seperti daging dan ikan juga boleh meningkatkan penyerapan zat besi daripada bijirin, kekacang dan sayur-sayuran.
- Kawal pengambilan makanan yang menghalang penyerapan zat besi
- Anda dinasihatkan supaya mengawal pengambilan teh atau kopi kerana minuman ini mengandungi tanin yang boleh menghalang penyerapan zat besi daripada sumber bijirin, kekacang dan sayur-sayuran.
- Jika hendak minum sekali-sekala, hendaklah diminum 2 jam selepas waktu makan utama untuk mengelakkan gangguan ke atas penyerapan zat besi.
- Anda tidak digalakkan untuk minum teh atau kopi sewaktu makan tengahari atau makan malam.
- Anda digalakkan minum jus buah-buahan bagi menggantikan teh atau kopi untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
- Begitu juga dengan kalsium yang terdapat dalam susu dan hasil tenusu. Ia merupakan bahan yang boleh merencat penyerapan zat besi daripada sumber haiwan. Oleh itu, pastikan anda minum susu 2 jam selepas waktu makan utama.
- Waktu terbaik untuk minum minuman bersusu adalah pada waktu minum pagi, minum petang dan sebelum tidur iaitu 2 jam selepas waktu makan utama.
- Makanan-makanan lain yang mengandungi bahan yang boleh merencat penyerapan zat besi adalah seperti berikut:
Jenis makanan | Bahan perencat penyerapan zat besi |
Oat dan gandum bijirin penuh | Fitat |
Teh, kopi, koko | Polifenol dan tanin |
Susu dan hasil tenusu | Kalsium |
Kuning telur | Fosvitin |
- Anda dinasihatkan agar mengatur pengambilan makanan tersebut supaya ia tidak mengganggu penyerapan zat besi.
- Amalkan pengambilan hematinik
- Pil suplemen ini terdiri daripada zat besi, asid folik, vitamin C dan vitamin B kompleks. Pil-pil suplemen ini akan meningkatkan paras hemoglobin dalam darah anda dan boleh mencegah anemia, insya-Allah.
- Pengambilan suplemen ini mesti mengikut dos dan kekerapan yang disarankan oleh anggota/pakar kesihatan.
p/s: Prevention is better than cure..selamat beramal.(",)