RAHMAT UJIAN

Wednesday, October 28, 2009

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit luka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu


Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai pelbagai tafsiran

Segala takdir
Terimalah dengan hati terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya


Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelas membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatnya

Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

HILANG LAGI..

Monday, October 19, 2009

Salam sume...ku cuba bermuhasabah,adakah ini dugaan? ujian? peringatan ?amaran?teguran?musibah?rahmat atau nikmat? ku sangkakan panas sampai ke petang, rupa2nya hujan di tengah hari...ku harapkan pisang xberbuah dua kali, rupa2nya pisang berbuah berkali2... Di bulan Ramadhan yg lepas,laptopku rosak..smpai skrg xciap2 lg..Di bulan syawwal yg indah ini, nsetku hilang lg..Sdh berhari2 hidupku tanpa nset..disebalik dugaan ini,terselit hikmahnya..ketenangan yg ku kejar, sedikit demi sedikit mula menjengah..tp terlalu sdkt..ku perlukan lbh dr itu Ya Rabbi..Ya Allah,bantulah hambaMu yg hina ini..TanpaMu siapalah aku..Aku kian lemah!!!!!..

" jangan menyerah sebelum berjuang"..kata2 yg selalu kuungkapkan untuk memotivasikan diri sendiri..namun dugaan dan cabaran sepanjang sem ini terlalu hebat bg ku..satu persatu silih berganti..walaupn ku sedar...dugaan dan cabaran yg dilalui kekasih allah jauh lebih dhsyt..tp,ak hanya insan hina yg lemah..ku perlukan bimbingan dan inayahMu ya Rabbi...tabahkanlah hati hambaMu..tp,ingatlah wahai diriku..jgn berputus asa dgn nikmat Allah.."mana milik kita?tidak ada milik kita...sume allah yang punya..."


#kepada shbat2 n kwn2 n sesiapa shj yg ada menghubungi atau msj sejak ari khamis yg lalu...seinfiniti kemaafan dipohon kerana nset xdpt dknl pst lokasinya..stkt ni msh on, menandakan msh blm ada org menjumpainya..tlg doakn agr nset dpt dijumpai smla..wallahua'lam..(",)

Fajr Capital Labur Sektor Kewangan di Negara Islam

Wednesday, October 7, 2009

Oleh Azli Ayob
azliayob@bharian.com.my

FAJR Capital Ltd, firma pelaburan Islam yang turut dimiliki Khazanah Nasional Bhd dilancarkan semalam dengan tumpuan pelaburannya dalam bidang perkhidmatan kewa-ngan di negara Islam serta bidang pertumbuhan baru yang berkaitan.

Khazanah melabur AS$150 juta (RM525 juta) bagi 25 peratus ekuiti dalam firma pelaburan yang mempunyai modal awal AS$600 juta (RM2.058 bilion) itu.

Pemegang saham lain dalam firma pelaburan berkenaan ialah Agensi Pelaburan Brunei, Majlis Pelaburan Abu Dhabi dan sebuah syarikat persendirian dari Arab Saudi, Masic yang dimiliki Al Subeaei Group.

Fajr Capital dalam kenyataannya berkata, firma pelaburan itu yang beribu pejabat di Pusat Kewangan Antarabangsa Dubai dan mempunyai pejabat di Kuala Lumpur serta London akan bertindak sebagai pelabur yang bertanggungjawab dan komited dalam aspek pembangunan masyarakat tempat di mana ia melabur.

“Bagi tujuan itu, Fajr Capital telah melantik penyelia syariah bebas bagi memastikan ia beroperasi sejajar prinsip undang-undang serta etika Islam,” katanya.

Mengulas pembabitan Khazanah dalam Fajr Capital, Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar dalam kenyataannya berkata, ia bermatlamat menyediakan hubungan lebih erat antara Malaysia dengan negara Islam utama, menyediakan asas bagi kerjasama ekonomi lebih kukuh dan menyokong aspirasi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC).

Katanya, ia juga sejajar dengan komitmen Malaysia terhadap perkhidmatan kewangan Islam.

“Perkongsian ini melambangkan hubungan semakin erat antara Malaysia dan Asia Barat serta dunia Islam secara keseluruhannya yang menjadi sumber modal penting dan suatu pasaran yang menarik di mana kita mungkin melabur,” katanya yang juga seorang pengarah Fajr Capital.

Fajr dalam kenyataannya berkata, Pengerusi Organisasi Perakaunan dan Pengauditan untuk Institusi Kewangan Islam (AAOIFI), Sheikh Ebrahim Khalifa Al-Khalifa yang juga berpengalaman dalam industri perkhidmatan kewangan Islam dilantik sebagai pengerusinya.

Katanya, beliau akan dibantu kumpulan pengurusan yang juga terdiri daripada individu yang mempunyai kepakaran dalam bidang perkhidmatan kewangan Islam diketuai bekas pengasas dan Ketua Eksekutif HSBC Amanah, Iqbal Khan, sebagai ketua eksekutif.

Eksekutif kanannya yang lain termasuk beberapa pakar bidang perkhidmatan kewangan yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang itu dan pernah bekerja di bank terkemuka dunia seperti di HSBC, Citigroup, Bank Islam Malaysia Bhd dan institusi terkemuka lain.

Firma pelaburan itu turut menegaskan bahawa profil pemegang sahamnya yang terdiri daripada institusi pelaburan terkemuka serantau akan memberikan kelebihan kepadanya untuk bersaing.

THESIS!!!!!!!!!!

Saturday, October 3, 2009


Salam sume..xtau nk tulis apa sebenarnya, juz nk kongsi beberapa perkara berkaitan thesis yang akan saya cuba ciapkan dalam masa sebulan..huhu..doa2 r bg sempat..(",)

Memang tak dapat dinafikan, terlalu banyak cabaran dan dugaan dalam nak memulakan perjuangan menghasilkan thesis ni..pembacaan yang luas , commitment dan kesabaran yang tinggi amat diperlukan . Kadang-kadang, rasa xmau lalui sem ni..xmau wat thesis....klu ada U sendiri, boleh kot cam2..(",)..Tapi, setiap kesusahan pasti akan disusuli kesenangan or hikmah. Walaupun terpaksa memaksa diri untuk membaca pelbagai journal, buku dan bahan bacaan lain, terbukti, melalui pembacaan yang luas, kita akan mengetahui banyak perkara baru. Keadaan ini bertepatan dengan ayat Allah s.w.t dalam surah pertama yang diwahyukan kepada baginda tercinta, Rasulallah SAW yang menyeru supaya kita sentiasa membaca.

Berdasarkan resolutions of the securities commission shariah advisory council:

"At its 13th meeting on 19 M arch 1998, the SAC resolved that the mechanism for stock index futures contracts does not contradict Shariah principles. Therefore, stock index trading is allowed as long as it is Shariah compliant, and this is done by ensuring that the index component is made up of Shariah compliant securities."

"There are two types of financial futures contracts in the futures industry in Malaysia. These are the Kuala Lumpur Composite Index (KLCI) futures contracts and KLIBOR futures contracts which are traded on Bursa Malaysia Derivative Bhd. The SAC decided that both of these contracts are not permissible by Shariah. This is because the KLCI futures contract is based on the underlying index where most of its components are securities of companies that have not been approved by the SAC. On the other hand, the KLIBOR futures contract is based on interest rates and hence, contains the element of riba."

"Nevertheless, it is important to discuss the extent to which the stock index mechanism is permissible according to Shariah in the context of risk management. Added to this was the launch of the Shariah Index by Bursa Malaysia. It functions as a benchmark for the performance of Shariah compliant securities. The increase in the Shariah Index depicts an increase inthe share prices in this sector and vice-versa."

Dalam masa berbaki xsampai 2bulan , diri ini masih tercari2 cara yang bagaimana untukku mewaqafkan diriku kepada agamaku yang tercinta selepas keluar dari USIM nanti. Tapi bila tengok fakta di atas, memang terbukti...Memang Malaysia masih dikuasai oleh conventional finance, conventional banking and conventional economics walaupun kita sering di war2kan bahawa Malaysia adalah negara ISLAM. Oleh itu, menjadi tanggungjawab yang besar untuk kita, mahasiswa/i Islam untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang sebenar2nya termasuklah sistem ekonominya, yang berteraskan AL-Quran dan As-Sunnah sepenuhnya, satu hari nanti insya'allah (",).

As a financial mathematics's student, saya sekali lagi terasa bagai baru terjaga dari tido yang indah selama ini apabila terbaca fakta ini :

" for islamic financial institutions, a financial engineering challenge is to introduce new shariah -compatible products to enhance liquidity in the market and to offer tools to manage risk and to diversify portfolios".

Bunyi macam senang kejanya, tapi berat telinga mendengar, berat lagi otak yang perlu berfikir..dalam nak memastikan sesuatu product baru dihasilkan, banyak faktor perlu di titikberatkan supaya selari dengan syariah dan kepentingan ummah.

Semoga kita semua yang bergelar mahasiswa dan generasi pewaris bangsa sentiasa amk ihtimam dan sedar bahawa amanah dan tanggungjawab kita cukup besar kerana kitalah yang bakal mencorakkan dan mewarnai Malaysia, negara tercinta..satu hari nanti..Oleh itu, kita perlu melakarinya dari sekarang.

Moral of the story:

* Leader is reader- sebagai pemimpin dan bakal pemimpin, perlu banyakkan membaca!!!

* Kuasai bidang ilmu masing2 -kita perlu bertanggungjawab kepada agama , bangsa dan negara!!

* Sentiasa berusaha memperlngkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran

Hakikatnya, pesanan diatas adalah untuk diri sendiri dan sahabat2 sume.."Ilmu itu adalah cahaya, dan cahaya tidak akan masuk kepada orang yang membuat maksiat"..dan sedarlah!!hanya Allah pemilik hakiki seantero ilmu....Oleh itu,bagi memastikan ilmu yang kita kejar benar2 diberkati, marilah sama2 kita sentiasa mendekatkan diri kepada pemilik ilmu dan sentiasa memastikan diri kita melakukan segala suruhanNYA dan meninggalkan laranganNYA.

# Kepada shabat2 yang tengah berjuang menyiapkan thesis masing2, mari sama2 kita ikhlaskan niat, berusaha semaximum mungkin, menggunakan masa yang ada seoptimum yang boleh dan don't give up disamping memohon kekuatan dan petunjuk dari pencipta..moga2 segala usaha kita diberkatiNYA.."Ya allah, permudahkanlah segala urusan hamba2mu.."..wallahua'alm.(",)

ACCOUNTING,ECONOMICS,FINANCE?

Thursday, October 1, 2009

  • Finance (kewangan) = 1 bidang yang mengandungi fakta, prinsip dan theory tentang pengumpulan dan penggunaan wang oleh individu, badan perniagaan dan badan kerajaan. Pada umumnya, bidang kewangan di anggap sebagai satu bidang fungsian khusus dalam pentadbiran perniagaan.
  • Hakikatnya, prinsip dan theory yang terdapat dalam bidang kewangan kebanyakan di pinjam dan di ubahsuai daripada bidang2 lain seperti bidang perakaunan dan bidang ekonomi. Sahubungan itu, bidang kewangan harus dibezakan daripada bidang perakaunan dan bidang ekonomi.
  • Accounting (perakaunan) = melibatkan aktiviti dan proses mengumpul, mencatat dan melaporkan maklumat perakaunan dengan tepat.
  • Finance (kewangan) = melibatkan aktiviti dan proses membuat keputusan berdasarkan maklumat perakaunan yang telah disediakan.