ACCOUNTING,ECONOMICS,FINANCE?

Thursday, October 1, 2009

  • Finance (kewangan) = 1 bidang yang mengandungi fakta, prinsip dan theory tentang pengumpulan dan penggunaan wang oleh individu, badan perniagaan dan badan kerajaan. Pada umumnya, bidang kewangan di anggap sebagai satu bidang fungsian khusus dalam pentadbiran perniagaan.
  • Hakikatnya, prinsip dan theory yang terdapat dalam bidang kewangan kebanyakan di pinjam dan di ubahsuai daripada bidang2 lain seperti bidang perakaunan dan bidang ekonomi. Sahubungan itu, bidang kewangan harus dibezakan daripada bidang perakaunan dan bidang ekonomi.
  • Accounting (perakaunan) = melibatkan aktiviti dan proses mengumpul, mencatat dan melaporkan maklumat perakaunan dengan tepat.
  • Finance (kewangan) = melibatkan aktiviti dan proses membuat keputusan berdasarkan maklumat perakaunan yang telah disediakan.

HIKMAH KEMBARA

Sunday, September 27, 2009

18 September : alhamdulillah,dpt balik kedah ngn bas free..terima kasih LG dan tv9


1 Syawal : mak, abah, abang dan anak2 menakan tersayang

3 Syawal : seronok sangat dapat dengar MB berucap..bersahaja tapi penuh hikmah

6 Syawal : sebelum balik dari Keluang, mak Yati sempat bawa kami p parit raja


On the way ke Muar..mula2 ingtkn simbolik apa..rupa2nya..tgn tengah pahat batu















CINTA AGUNG

Friday, September 11, 2009


Ya Allah Engkau Tuhanku
Tiada Tuhan melainkan Engkau
Engkau cinta Agungku
Nabi Muhammad pesuruh-Mu

Ya Allah Engkau sumber bahagia
Engkaulah Sumber keselamatan
Ya Allah Engkau sumber keamanan
Engkaulah segalanya

Ya Allah Engkaulah pelindungku
Engkaulah sumber rizkiku
Di waktu sakit Kau sembuhkan
Di waktu lapar Kau beri makan



Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Cintaku haraplah dibalas
Ya Allah Engkau Cinta Agungku
Janganlah cintaku tidak dibalas

Jangan biarkan ku tanpa pimpinan
Pimpinlah aku ke jalan yang benar
Kepada Engkaulah harapanku
Janganlah hampakan perasaanku

JIHAD NAFSU

Wednesday, September 2, 2009

Salam sume..
Berdasarkan nas-nas al-Quran terdapat dua pembahagian besar terhadap Jihad, Pertama; Jihad Agung iaitu Jihad ke atas nafsu serta menentang tipu daya syaitan. Kedua; Jihad Kecil , iaitu meliputi bentuk-bentuk Jihad yang lain seperti Jihad dengan hati (berdoa), Jihad dengan lisan (nasihat dan tutur kata) atau kalam (penulisan), Jihad dengan ilmu dan pelajaran (memberi pengetahuan), Jihad dengan harta (infak dsb.) dan seterusnya Jihad dengan tubuh badan dan nyawa.

Jihad nafsu bermaksud jihad untuk membersihkan jiwa dan mensucikan hati dan sifat-sifatnya yang rendah dan keji untuk diisi dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Ringkasnya ia merupakan Jihad untuk mentaati Allah, tunduk kepada perintahNya sepanjang masa. Ia dianggap Jihad Agung kerana luas medan perjuangannya yang tidak terbatas dan terhad bagi menangkis musuh yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera.

Sebagaimana yang dijelaskan di atas bahawa Jihad yang paling tinggi ialah Jihad melawan nafsu. Jihad melawan nafsu meliputi kesanggupan kita bersabar terhadap segala kesulitan dan cabaran-cabaran getir dalam menjalankan dakwah semata-mata kerana Allah S.W.T. Termasuk juga Jihad melawan nafsu adalah Jihad melawan syaitan. Menurut Ibn Al-Qaiyim, hal ini dapat dilakukan dengan dua cara, iaitu, Pertama: dengan cara menolak bisikan yang dilemparkan ke dalam hati, sama ada perasaan waswas, syak wasangka atau keraguan yang menggoyahkan keimanan. Kedua: dengan melawan bisikan syaitan di dalam hati yang sentiasa mengajak melakukan perbuatan maksiat dan mungkar. Untuk melawan kedua-duanya ini hendaklah iman diperkukuh dan sentiasa sabar dan menahan diri.

Dalam hubungan ini, Jihad Agung iaitu melawan dan menundukkan nafsu yang bersarang dalam hati lebih diutamakan daripada Jihad melawan musuh yang berbentuk luaran. Apabila gagal menundukkan nafsunya untuk berbakti kepada Allah S.W.T., tidak mungkin baginya berdaya memerangi musuh yang berada di luar, kerana ia masih terkongkong oleh nafsunya sendiri.

Al-Qhardawi menjelaskan bahawa pendidikan (tarbiyah) dan pembinaan insan adalah lebih utama dalam melaksanakan Jihad. Tarbiyah dan pembinaan yang dimaksudkan ialah pembangunan insan mukmin yang mampu dan sanggup membawa beban dan tugas dakwah, tidak bakhil harta dan jiwa serta teguh dalam menghadapi setiap dugaan dan cubaan yang dilaluinya, demi menegakkan kalimah Allah S.W.T. Ibnu al-Qaiyim menjelaskan bahawa termasuk Jihad melalui bidang ilmu ialah dalam aspek pembabitan kita dalam aspek-aspek perancangan, termasuk menyediakan perancangan berstrategik, pelaksanaan dan sebagainya.
(To Be Continued)

EXSPRESI 09

Tuesday, September 1, 2009

En.Syafful, urusetia program dan para peserta..


Salam sume...alhamdulillah..akhirnya berjaya gak dapat beberapa gambar sepanjang program baru2 ni..program Exsplorasi Pemerkasaan Sahsiah 2009 (EXSPRESI 09) telah berjaya di adakan pada 19-21 Ogos yang lalu bertempat di Laman Bestari Resort...walaupun terlalu banyak dugaan dan cabaran sebelum dan selepas program, alhamdulillah hasilnya amat memuaskan . Memang benar ,perjuangan yang berliku-liku dan di penuhi mehnah dan tribulasi akan membuahkan kemanisan andai kita sabar,tidak mudah berputus asa dan yakin akan janjiNYA


.Bersama Bro Amin Idris

Terlalu banyak kenangan dan pengalaman yang diperoleh sepanjang program ni berlangsung, penceramah-penceramah yang di jemput telah berjaya merialisasikan impian pihak penganjur..setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih di ucapkan kepada sume peserta, urusetia (Shahril, Amir Sufi, Aisyah, K.nana, Farid Hadhari, Tobrani, Syuhada, Maimunah, Saifuddin, Firdausil Afnan dan Akalili) dan sume penceramh (Dr.Rushdan, Ustaz Najib, Bro Amin Idris, Dr. Azri, Sdr Hariri Daud, Sdr Alif Ismail, Sdr Ridhuwan Remly, Sdr Zaini Othman dan Sdr Afiq Ali) kerana sanggup berkorban masa, tenaga dan wang demi menjalankan taklifan yang di berikan..hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian.(",)

(To Be Continue)

BINGKAI KEHIDUPAN

Monday, August 24, 2009

Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna di telan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan


Allah qhoyatuna
Arrasul qudwatuna
Alquran dusturuna
Aljihadu sabililuna
Almautu fi sabilina
Asma amanina

SEDAR VS TAHU

Saturday, August 22, 2009

Salam sume..salam ramadhan..moga2 madrasah ramadhan kali ni menjadikan kita sume HAMBA yang sebenar-benar Hamba.. Jika ditanyakan siapakah kita, ramai yang tahu bahwa kita adalah Hamba ALLAH. Namun, berapa ramai antara kita yang sedar bahawa kita Hamba Allah?

Ya, ramai manusia hanya tahu, tetapi tidak sedar bahawa dirinya Hamba allah. Justeru ramai yang berlagak seolah-olah 'tuan' dalam kehidupan sehari-hari. Sikap angkuh ,tamak, pemarah dan bangga diri yang sepatutnya tidak ada pada diri seorang hamba, menjadi tabiat dan budaya dalam kehidupan.

Tahu dan sedar adalah dua perkara yang sangat berbeza. Tahu letaknya di akal yakni dengan memiliki ilmu dan maklumat. Tahu hanya di permukaan yakni baru bersifat pengetahuan dan teori. Manakala kesedaran letaknya di hati yakni dengan memiliki penghayatan dan hikmah. Ini menjelaskan mengapa ada pelajar yang lulus A1 dalam mata pelajarn agama Islam tapi tidak solat. Dia mungkin tahu tentang kebaikan n kewajiapan solat tp tak menghayati akan kebaikan dan kewajipan itu. Sedar adalah mendalam,melibatkan kemahuan dan praktikal.

Berkata Saidina Ali yang antaranya bermaksud " manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur(mimpi), bila mati baru mereka terjaga".

Rupa-rupanya hanya apabila seseorang itu mati kelak barulah hakikat kehidupan ini tersingkap dengan sejelas-jelasnya. Setelah berada di alam barzakh (alam kubur), barulah manusia insaf apakah yang sebenarnya yang perlu dicari dan dimiliki dalam hidupnya ketika di dunia dahulu.
Aneh, hanya apabila meninggal dunia , baru manusia menyedari tentang hakikat hidup didunia. Seperti kata pepatah, "setelah terantuk (mati) baru terngadah (sedar). Dalam alam kubur, ketika debu-debu tanah menjadi "bumi" dan "langit", barulah kita terjaga daripada "mimpi" selama ini. Sayangnya pada ketika itu, segala-galanya sudah terlambat. Apa gunanya sedar di alam kubur kerana saat itu kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi untuk memperbaiki keadaan. Sepatutnya kesedaran itu perlu kita miliki sewaktu hidup didunia dilalui dengan penuh kesedaran, barulah ada kebaikan dan manfaatnya.
Kesedaran itu terletak di mana? apabila sayidina ali menggunakan istilah "tidur" dan "terjaga", apakah beliau merujuk kepada mata? Selalunya, ketika hidup mata seseorang terbuka (terjaga) dan apabila mati matanya tertutup. Tetapi anehnya, sayidina ali menyatakan sebaliknya apabila hidup, yakni ketika mata terbuka itu yang dikatakan bermimpi manakala apabila mati (mata tertutup) dikatakan terjaga.
Apa yang dimaksudkan oleh sayidina ali dengan 'terjaga', tidaklah merujuk kepada mata di kepala, sebaliknya merujuk kepada mata di hati. Ramai manusia yang hidup dengan mata hati yang tertutup. Apabila mati baru mata hati itu terbuka. Mata hati inilah yang disebut dalam alquran sebagai yang berada di dalam dada. Firman allah s.w.t yang bermaksud:
" apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu dengan hati yang mereka miliki dapat memahaminya atau dengan telinga yang mereka miliki dapat memahaminya atau dengan telinga yang mereka miliki dapat mendengar semuanya? sesungguhnya (mereka yang tidak memahaminya) bukanlah kerana mata yang buta, tetapi yang buta itu ialah hati yang tersembunyi di dada." (surah al-haj 22: 46)
Seseorang akan memiliki satu kesedaran hanya apabila mata hatinya terbuka. Dia melihat sesuatu bukan hanya dengan pandangan mata kepala malah disertai demgan pandangan mata hati. Pandangan mata hati adalah pandangan paling tepat dan benar kerana ia mampu melihat yang tersirat di sebalik yang tersurat ,dapat menerobos yang batin daripada yang lahir dan mampu membezakan antara yang hakiki dengan yang ilusi.
Sebenarnya manusia memandang apa sahaja di dunia engan 4 jenis pandangan:
1. pandangan mata
2. pandangan akal
3. pandangan nafsu
4. pandangan mata hati

Hakikatnya pandangan mata hati adalah yang terbaik dan hakiki. Moga-moga kita sume tergolong dalam golongan yang sentiasa memandang dengan pandangan mati hati dan tindakan kita di dasari keimanan dan ketaqwaan , bukannya di alasi nafsu dan perasaan semata-mata...wallahua'lam.(",)