BINGKAI KEHIDUPAN

Monday, August 24, 2009

Mengharungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna di telan masa
Segores luka di jalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan


Allah qhoyatuna
Arrasul qudwatuna
Alquran dusturuna
Aljihadu sabililuna
Almautu fi sabilina
Asma amanina

SEDAR VS TAHU

Saturday, August 22, 2009

Salam sume..salam ramadhan..moga2 madrasah ramadhan kali ni menjadikan kita sume HAMBA yang sebenar-benar Hamba.. Jika ditanyakan siapakah kita, ramai yang tahu bahwa kita adalah Hamba ALLAH. Namun, berapa ramai antara kita yang sedar bahawa kita Hamba Allah?

Ya, ramai manusia hanya tahu, tetapi tidak sedar bahawa dirinya Hamba allah. Justeru ramai yang berlagak seolah-olah 'tuan' dalam kehidupan sehari-hari. Sikap angkuh ,tamak, pemarah dan bangga diri yang sepatutnya tidak ada pada diri seorang hamba, menjadi tabiat dan budaya dalam kehidupan.

Tahu dan sedar adalah dua perkara yang sangat berbeza. Tahu letaknya di akal yakni dengan memiliki ilmu dan maklumat. Tahu hanya di permukaan yakni baru bersifat pengetahuan dan teori. Manakala kesedaran letaknya di hati yakni dengan memiliki penghayatan dan hikmah. Ini menjelaskan mengapa ada pelajar yang lulus A1 dalam mata pelajarn agama Islam tapi tidak solat. Dia mungkin tahu tentang kebaikan n kewajiapan solat tp tak menghayati akan kebaikan dan kewajipan itu. Sedar adalah mendalam,melibatkan kemahuan dan praktikal.

Berkata Saidina Ali yang antaranya bermaksud " manusia ketika hidup di dunia semuanya tidur(mimpi), bila mati baru mereka terjaga".

Rupa-rupanya hanya apabila seseorang itu mati kelak barulah hakikat kehidupan ini tersingkap dengan sejelas-jelasnya. Setelah berada di alam barzakh (alam kubur), barulah manusia insaf apakah yang sebenarnya yang perlu dicari dan dimiliki dalam hidupnya ketika di dunia dahulu.
Aneh, hanya apabila meninggal dunia , baru manusia menyedari tentang hakikat hidup didunia. Seperti kata pepatah, "setelah terantuk (mati) baru terngadah (sedar). Dalam alam kubur, ketika debu-debu tanah menjadi "bumi" dan "langit", barulah kita terjaga daripada "mimpi" selama ini. Sayangnya pada ketika itu, segala-galanya sudah terlambat. Apa gunanya sedar di alam kubur kerana saat itu kita tidak boleh berbuat apa-apa lagi untuk memperbaiki keadaan. Sepatutnya kesedaran itu perlu kita miliki sewaktu hidup didunia dilalui dengan penuh kesedaran, barulah ada kebaikan dan manfaatnya.
Kesedaran itu terletak di mana? apabila sayidina ali menggunakan istilah "tidur" dan "terjaga", apakah beliau merujuk kepada mata? Selalunya, ketika hidup mata seseorang terbuka (terjaga) dan apabila mati matanya tertutup. Tetapi anehnya, sayidina ali menyatakan sebaliknya apabila hidup, yakni ketika mata terbuka itu yang dikatakan bermimpi manakala apabila mati (mata tertutup) dikatakan terjaga.
Apa yang dimaksudkan oleh sayidina ali dengan 'terjaga', tidaklah merujuk kepada mata di kepala, sebaliknya merujuk kepada mata di hati. Ramai manusia yang hidup dengan mata hati yang tertutup. Apabila mati baru mata hati itu terbuka. Mata hati inilah yang disebut dalam alquran sebagai yang berada di dalam dada. Firman allah s.w.t yang bermaksud:
" apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu dengan hati yang mereka miliki dapat memahaminya atau dengan telinga yang mereka miliki dapat memahaminya atau dengan telinga yang mereka miliki dapat mendengar semuanya? sesungguhnya (mereka yang tidak memahaminya) bukanlah kerana mata yang buta, tetapi yang buta itu ialah hati yang tersembunyi di dada." (surah al-haj 22: 46)
Seseorang akan memiliki satu kesedaran hanya apabila mata hatinya terbuka. Dia melihat sesuatu bukan hanya dengan pandangan mata kepala malah disertai demgan pandangan mata hati. Pandangan mata hati adalah pandangan paling tepat dan benar kerana ia mampu melihat yang tersirat di sebalik yang tersurat ,dapat menerobos yang batin daripada yang lahir dan mampu membezakan antara yang hakiki dengan yang ilusi.
Sebenarnya manusia memandang apa sahaja di dunia engan 4 jenis pandangan:
1. pandangan mata
2. pandangan akal
3. pandangan nafsu
4. pandangan mata hati

Hakikatnya pandangan mata hati adalah yang terbaik dan hakiki. Moga-moga kita sume tergolong dalam golongan yang sentiasa memandang dengan pandangan mati hati dan tindakan kita di dasari keimanan dan ketaqwaan , bukannya di alasi nafsu dan perasaan semata-mata...wallahua'lam.(",)